Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya


17 Ogos 2012 Jumaat  Bersiap-siap untuk meninggalkan Kuala Lumpur . Tahun ni insyaallah nampaknya berpeluang berhari raya di Jitra lagi....Alhamdulillah.

Rancangannya semua anak-anak dan cucu-cucu akan balik beraya bersama emak saya di Kg Tanah Merah, Jitra . Anak ketiga saya masih di Germany mengikuti kursus dan khabarnya akan menyambut hari raya di London.....Selamat Hari Raya Dekwan.

Kepada kaum keluarga , sahabat handai dan rakan taulan saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf jika terdapat salah dan silap serta halalkan makan minum' Mudah-mudahan kita semua mendapat keampunan dan keredhaan dari Allah swt hendaknya.