Friday, May 24, 2013

Memori Mei...13

24 Mei 2013 (Jumaat)   Dah lama tak menulis , kak Ros pun dah bertanya 'kenapa tuan tak Up date blog sekarang?' .

Pada pagi jumaat yang mulia dan berkat ini terdetik dihati untuk kembali mencatat peristiwa untuk kenangan dimasa mendatang.

Saya melakar catitan dengan memetik firman Allah swt ayat 286 dari surah Al-Baqara yang bermaksud :

  " Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):  Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." 

PRU 13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013 telah berlalu , keputusan pilihanraya yang memberi kemenangan kepada Barisan Nasional telah pun telah diwartakan pada 22 Mei 2013. Kepada calun-calun yang tidak berpuashati  dengan perjalanan pilihanraya yang telah dijalankan mempunyai tempoh  21 hari untuk mengemukakan petisyen atau bantahan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri. Gunakanlah saluran undang-undang yang ada untuk membantah , hindarkan diri dari menjerumuskan negara kekancah kehancuran melalui demontrasi jalanan.

Bulan Mei 2013 juga melakar kenangan untuk keluarga saya, anak kedua saya Che Ahmad Syauqi selamat dijab qabul dengan pasangannya mesra dengan panggilan "baby" di Masjid Bukit Aman pada 3 Mei 2013. Majlis kenduri yang dijadualkan pada 5 Mei 2013 diubah kepada 30 Jun 2013 bertempat di Dewan Dato Mahfuz , Jalan Hishamuddin, Kl. 





Semuga kita akan terus mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah swt hendaknya.