9 Ogos 2011 Bukan keliru tetapi saya cuba memahami pergolakan yang berlaku sama ada didepan mata , jauh dimata tetapi dipertonton didepan mata, tak dengar tetapi diperdengarkan dengan jelas dan nyata....Allah Hu Akbar.
Di malam yang penuh syahdu ini saya mengambil kesempatan untuk membaca ayat pertama dan kedua firman Allah swt dari surah Saba' .....
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
الۡحَمۡدُ لِلَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الۡأَرۡضِ وَلَهُ الۡحَمۡدُ فِي الۡآخِرَةِ وَهُوَ الۡحَكِيمُ الۡخَبِيرُ (1) يَعۡلَمُ مَا يَلِجُ فِي الۡأَرۡضِ وَمَا يَخۡرُجُ مِنۡهَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ السَّمَا وَمَا يَعۡرُجُ فِيهَا وَهُوَ الرَّحِيمُ الۡغَفُورُ (2)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
"Segala puji tertentu bagi Allah Yang Memiliki dan Menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dialah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. Dia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit serta apa yang naik kepadanya dan Dialah jua yang Maha Mengasihani, lagi Maha Pengampun"
NATO masih mengebom bumi Libya dan Afghanistan atas selogan untuk mempertahan dan menyelamatkan nyawa manusia yang dianiaya oleh pemerintah. Tetapi yang nyatanya bom-bom NATO itulah yang mengorban jiwa-jiwa tidak berdosa dan memusnahkan tamadun yang dibina.
Syaitan kah mereka ini????
Saya bersimpati dengan apa yang berlaku di Oslo dan London , dua buah bandar di negara anggota NATO yang amat hebat mengeluarkan peruntukan ketenteraan dalam Misi di Libya dan Afghanistan.
Tanpa sebuah jet pejuang dan seorang musuh pun yang menceroboh ke Great Britain , tiba-tiba bangunan diletup dan dibakar. Bandaraya London yang hebat tiba-tiba menjadi seperti medan peperangan. Aduh!!! bukan sedikit kemusnahan yang berlaku sehingga kerajaan terpaksa menghantar 16000 anggota polis untuk berperang dengan rakyat sendiri yang bertindak merusuh seolah sudah kehilangan akal dan tanpa sifat kemanusiaan.
Perdana Menteri David Cameron berkata. “This is criminality pure and simple, and it has to be confronted and defeated.”
Saya hanya ingin bertanya " Petunjuk lagikah ini???????"