Saturday, February 18, 2012

Sportsmanship


18 Februari 2012  Demi kemajuan sukan dalam PDRM saya petik rencana yang tersiar dilaman Web PDRM sempena Majlis Malam Anugerah Sukan PDRM 2011 yang berlangsung pada 17 Februari 2012 di Dewan Banquet Pulapol Kuala Lumpur. 

Saya bersama Tuan Ali Ahmad dan sahabat-sahabat saya dari sukan petanque PDRM hadir dimajlis ini...











Tahniah untuk Pak Tam ( Rasit Desa) yang terpilih sebagai calun jurulatih terbaik dari sukan Petanque......




Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai - YDH Ketua Polis Negara
 
Kuala Lumpur, 17 Feb - "Saya ingin mengingatkan kepada jaguh-jaguh kita, supaya memegang prinsip 'not to rely on recognition on previous achievements' atau dengan kata lainnya tidak menjadi alpa dengan kejayaan yang telah dicapai, sebaliknya terus dipertingkatkan dan memerlukan komitmen melalui perancangan, pelaksanaan, latihan dan usaha yang gigih kerana PDRM perlu maju dan sekiranya mampu, kita boleh mengulang kembali sejarah sebagai peneraju sukan negara," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Majlis Malam Anugerah Sukan PDRM 2011 di PULAPOL Kuala Lumpur, hari ini. 

Beliau turut menjelaskan, selain menjalankan tugas hakiki sebagai anggota keselamatan, PDRM juga mempunyai anggota yang cemerlang di dalam arena sukan negara dan dapat disimpulkan atlet PDRM juga secara langsung membantu menaikkan imej PDRM di mata masyarakat.

"Saya meminta agar Majlis Sukan PDRM sentiasa memantau pengurusan dan perjalanan program-program yang telah dirancang supaya sentiasa 'on the right track' dan dijalankan dengan penuh efisien serta keperluan dan kebajikan para atlet dan persatuan-persatuan akan menjadi keutamaan kita.

Gaya Hidup Sihat
Seiring dengan program budaya sihat PDRM yang kini telah dilaksanakan, setiap kontinjen perlu memastikan kesihatan warga PDRM berada di tahap yang terbaik.

"Selain daripada kesihatan fizikal individu, aktiviti-aktiviti kesukanan adalah landasan yang ideal ke arah membentuk persefahaman dan kerjasama yang lebih jitu selain membentuk persefahaman, koordinasi dan integriti di kalangan pegawai PDRM di samping memupuk dan mengeratkan tali silaturahim dan semangat setia kawan di kalangan pegawai PDRM tanpa mengira peringkat jawatan," jelasnya.

Di akhir ucapan, YDH Ketua Polis Negara menyarankan strategi sukan PDRM ditumpukan dalam acara-acara yang berbentuk 'niche' - iaitu yang boleh dieksploitasi oleh pasukan kerana PDRM mempunyai kemudahan dan kelengkapan untuk sukan tersebut termasuklah sukan bina badan, silat, menembak, lawn bowl dan sebagainya. 

Majlis pada hari ini turut dihadiri Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md Sobri, YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, Pengarah-pengarah PDRM, YDH SAC Zulkifli Bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur dan tetamu-tetamu jemputan.

Ketibaan YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.




Ucapan aluan oleh YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM.
 

Ucapan aluan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Antara Persembahan Sepanjang Majlis. 









Penyampaian Anugerah Kepada Kontinjen Terbaik Sepanjang Kejohanan Piala Ketua Polis Negara Iaitu Tempat Pertama Kontinjen Selangor, Ke-2 Kontinjen Bukit Aman, Ke-3 Kontinjen Johor.







Paling kanan...YDH Insp Gazali bin Yunos dari Kelab Bina Badan menerima anugerah sebagai Pengelola Sukan Terbaik.


Paling kanan...P/Sjn Rosli bin Yaacob dari Kelab Tinju menerima anugerah sebagai Jurulatih Terbaik.
 

Kanan...L/Kpl Emma Firyana binti Saroji dari Kelab Boling Padang menerima anugerah sebagai Atlit Harapan Wanita.
 

Kanan...L/Kpl Tengku Sharizal bin Tengku Abd Rahman dari Kelab Tinju menerima anugerah sebagai Atlit Harapan Lelaki.


Paling kanan...L/Kpl/S Noor Amelia binti Musa dari Kelab Olahraga menerima anugerah sebagai Olahragawati.
 

Paling kanan...L/Kpl Fauzi bin Khalid dari Kelab Silat Olahraga menerima anugerah sebagai Olahragawan.


YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM menyampaikan cenderamata kepada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
 

Nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat mengakhiri acara majlis.



Jurufoto   : Konst Raymond, Konst Santher
Wartawan : L/Kpl Irfan

Tuesday, February 7, 2012

Teratak Tuk Tuk

7 Februari 2012   Dah berakhir rupanya empat hari cuti nih...macam tak puas je nak tidor. Isteri dan anak-anak sediakan macam program untuk mengisi masa rehatku. Yang bestnya semua program ada makan-makan ..... hahaha.

Saya tak sambut Thaipusam  walaupun rumah tak sampai satu kilometer dari Batu Caves . Tengah malam semalam bergegar rumah dengan letupan bunga api dan mercun. Dah tak heran dah sebab dah lima belas tahun duk dengar benda tu.....hehehe

Yang menyedihkan dua rakan anak saya terkorban dalam kemalangan dekat Batu Caves, motosikal yang ditunggang dilanggar lori sampah yang hilang kawalan kerana kerosakan brek...berita kejadian ... Sungguh menyedihkan .... , semuga roh kedua-dua arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang mendapat rahmat dan keampunan Allah swt hendaknya. Al-Fatihah.....

Hari Ahad 5 Februari 2012 dapat jemputan dari Abang Idris untuk bertandang ke Chaletnya di Janda Baik. Katanya " Mai la kita makan-makan ikan bakaq , tidoq kat chalet sini". Bagus jugak ni saya pun rindu nak jumpa GS Suhairi . Saya kata "Insyaallah , nanti lepas kenduri anak rakan saya di Bukit Aman , kami kesana".

Alhamdulillah sebelum isyak kami dah sampai ke  Teratak TukTuk  .  Lepas solat isyak berjamaah kami dihidangkan dengan ikan talapia bakaq.....Sedaaaaap!!!!

Saja nak publish aktiviti kami mandi manda kat Janda Baik .......hahaha










Saya hanya nak kata "Rahmat Allah atau kasih sayang Allah apabila ia melimpahi seseorang maka Dia akan memelihara kesejahteraan, rezeki , keselamatan, maruah serta anak-anak mereka". 

Monday, January 30, 2012

Protector And Comforter

29 Jan 2012  Minggu untuk merehat dan membetulkan tulang-tulang yang senget dan tergelincir. Minggu lepas banyak tenaga terhakis kat atas jalan raya......hahaha.

Terasa kecewa sangat tak dapat ke Kuala Kangsar pada 22 Jan 2012 untuk majlis perkahwinan Farid dan Shela, tersangkut dalam kesesakan jalan dari Sg Buloh ke Rawang.  Akhirnya dengan berat hati terpaksa ambil keputusan berpatah balik ke Kuala Lumpur.....kesian kat anak-anak dan cucu-cucu.

Apa pun, syukur alhamdulillah kerana dengan izin Allah swt dipermudahkan pula perjalanan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Lubuk Merbau, Kedah pada 24 Jan 2012. Tertunai la juga janji dengan Farid untuk menjengah majlis hari bahagianya.....Seronok dapat jumpa  Mak , adik beradik , anak2 buah dan kaum keluarga yang sama-sama hadir di majlis yang penuh gilang gemilang tu....tahniah untuk Kak Cik Kiah dan Bang Lah dapat menantu pertama...orangnya lawa senyum pula manis mcm gula.

Gambar yang sempat saya ambil masa majlis tu dah di uploud ke FB .....Kenduri Farid & Shela

 Nak juga  publish sekeping dua gambar aksi  menarik semasa majlis berlangsung....... hehehe

 Lelaki kacak  disamping wanita anggun..

 Bersama kakak dan adik-adik... 

 Peminat pelamin nih...

 Diiring gendang dan serunai Pattani

Menjamah makanan bersama abang dan anak..

 Silat Pattani

Sebaya depa ni , baju putih tu bila lagi????

Akhirnya saya hanya nak kata " Selamat pengantin baru untuk Farid & Shela , semuga ikatan kekal sepanjang hayat"

Saturday, January 21, 2012

In-Service Training


Kursus Keselamatan Kawasan Dan Bangunan Siri 1/2012
 Mulai  16 - 20  Januari  2012 
Graysands PD 

20 Januari 2012  Dah lama dalam pasukan, kerja pun dah macam-macam yang dibuat. Cakap pun macam  tahu serba serbi dan perasan macam orang lain tak tahu apa yang kita tahu , kadang-kadang nampak macam riak sikit....hahaha

Yang ni kena faham betul-betul laaa....Nak elak dari dikeji dan ditertawakan orang kat belakang, kenalah terus menerus belajar dan mengamalkan sikap sukakan ilmu pengetahuan, rajin belajar dan memiliki daya ingin tahu yang tinggi...  Ucapan panjang lebar Kem Komandan Tuan Ali Ahmad semasa merasmikan majlis penutup Kursus Keselamatan Kawasan Dan Bangunan siri 1/2012. Tak sempat nak buat note makanya saya petik intipatinya saja.

Saya masih mengingati pesanan guru saya ' Ular menyusur akar tak akan hilang bisanya'... Fasilitator pun kena belajar juga laa...

Saya hanya nak kata ' Ilmu dituntut hasrat nak jadi Naga , tapi kalau tak dapat jadi Naga jadi ular pun ok juga'...hahaha

Nak publish sikit gambar-gambar kenangan selepas majlis penutup....