Thursday, February 26, 2009

SEIRING JALAN

Hari ini 26 Feb 2009 pagi-pagi dah dapat call dari Sm Mail tapi tak dapat cakap. Saya amat yakin Sm Mail call nak ingatkan untuk hadir kawat jadi saya tak call balik. Saya bersiap pantas kerana terpaksa hantar intan dan are-ee kesekolah sebelum kepejabat.

Saya memang tergesa-gesa betul ari ni takut lewat sampai pejabat. Malang sungguh apabila sampai trafic light Kg Batu Muda Tambahan saya terpaksa patah balik kerumah kerana terlupa tali pinggang. Bila keadaan dah darurat macam tu tali pinggang tergantung dalam almari pun dah tak nampak, macam nak gila saya mencarinya.
Lega saya apabila sampai dipejabat masih ada masa 15 minit lagi untuk bersiap tapi kelam kabut jugalah. Nasib baik Tuan Ali nampak cool saja. Masa nak ambil baris saya pun gemuruh juga maklumlah dah lama tak kawat. Program jadi kelam kabut sikit apabila selepas Tuan Ali mengarahkan pegawai ambil tempat , sm Mail terus mulakan lagu "Negaraku". Walau apa pun kawat bagi bulan Februari ini yang dihadiri oleh 75 orang pegawai dan anggota dari Jabatan Pengurusan telah berjalan dengan lancar diikuti majlis penyampaian Sijil Anugerah Khidmat Cemerlang 2008. Berbakat juga Sjn Napisah jadi juruacara cuma PA sistem kurang baik terlalu perlahan sangat.

Bukan kami nak tunjuk rajin
cuma kami peka dan prihatin
patuh pada arahan pemimpin
supaya kami lebih berdisiplin

Hajat kami nak melangkah seiring
melaksana amanah bersama pemimpin
bertugas dengan penuh disiplin
supaya masyarakat lebih yakin

Kami anggota polis berdisiplin
tugas dilaksana sebaik mungkin
kami tak mau ada komplin
dari semua peringkat pemimpin

Terlupa nak ingatkan Sm Mail pesanan dari Tuan Ali "Lain kali kalau dah silap atau terlupa , jangan buat terus anggap saja perkara tu tak ada dalam program, baru nampak kita smart" Tuan Ali juga kata "kalau dah buat silap tindakan perlu diambil tanpa mengira pangkat".

Ayah saya pernah berkata:
Anak ku
Bila kau dah dewasa
penuhkan ilmu didada
supaya iblis tak dapat goda
jangan biar iblis lalaikan kita
nanti kita masuk neraka

Anak ku
Bila kau dah tua
gunakan ilmu yang ada
bakarkan iblis yang menggoda
agar dia dicampak keneraka
kau pula dapat masuk syurga

Saya hanya nak kata :

Sm Mail kita memang serupa
tersilap bukannya sengaja
lain kali kita tak kan lupa
harap-harap Tuan Ali maafkan saja

Saturday, February 21, 2009

lima puloh satu


21 Feb 2009 genap lima puluh satu umor saya. Terima kasih kepada semua yang hantar ucapan mendoakan kesejahteraan saya khasnya kepada rakan-rakan pejabat dan kak pah yang ucapannya begitu mencuit perasaan saya. Kepada Umi Yati dan semua anak-anak yang tak pernah melupakan hari lahir abah " Terima kasih banyak-banyak .Abah sayangkan kamu semua sebagai anugerah allah yang tak ternilai"

Anugerah

Tuhan ku ...
tanah yang ku pijak
langit yang ku junjung
air yang ku teguk
segar udara yang ku hirup
meneguhkan keyakinan ku
engkaulah pencipta
yang esa

Tuhan ku...
rahmat mu
kasih mu
hidayah mu
membara kan kepercayaan ku
engkaulah yang disembah
dengan sebenar-benarnya

Tuhan ku ...
roh ku
jasad ku
apa yang ku miliki
hakikatnya
adalah hak mutlak mu

Tuhan ku ...
dengan air mata keinsafan
ku mohon pada mu
ampun kan segala dosa ku
dosa kedua ibu bapa ku
dosa isteri dan anak-anak ku
dosa sekelian muslimin dan muslimat
hanya engkaulah
yang maha pengampun


Cheazmibidin
21 Feb 2009

Friday, February 20, 2009

PELITA MASIH MENYALA


Hari selasa 17/2/09 masuk saja pejabat telipon berdering. Angkat telipon terus dengar suara yang tak asing lagi Encik Kassim pegawai DBKL Tasik Perdana. Tujuan telipon cuma nak bagi tau dia dah baca utusan ada cerita saya. Lepas tu dapat call dari Normala Utusan mesej yang sama cuma katanya "Minta maaf kalau ada fakta yang tersilap". Kata saya "Tak Mengapa dan terima kasih". Normala adalah wartawan utusan yang menemubual saya . Beliau anak anggota polis juga , bapanya bertugas di Cini, Pahang.

Pada hari yang sama saya terima beberapa call daripada kawan-kawan lama yang terputus hubungan . Paling menarik saya terima call daripada Penang. SM Bakar dari FRU katanya "Tuan apa khabar, saya sm Bakar sama-sama main petanque dengan tuan. Saya baca utusan , tuan tak ingat ka kita sama-sama duduk kat Jongkong Estate masa kecik-kecik dulu. Bila tengok gambar tuan tugas sentry masa konst dan cerita tuan sekolah Sg Kob . saya teringat kat tuan". Saya begitu teruja dan terus berbual panjang dengan Sm Bakar mengingatkan kembali rakan-rakan lama dan keluarga mereka yang tinggal diJongkong Estate dari tahun 1964 hingga tahun 1970.

Ikhlas saya katakan kenangan manis yang paling sukar untuk dilupakan ialah detik-detik semasa saya dibesarkan oleh aruah nenek dan Pak cik saya Harun. Kepayahan dan kehidupan yang serba kekurangan merupakan saat-saat manis yang sentiasa terbayang dimata saya. Kalau Syadah adik saya tahu tentu dia juga akan teruja, saya tahu perasaannya kerana kami berdua sama-sama dibesarkan oleh aruah nenek kami Saadiah bt Yaakob di Jongkong estate.

Pelita Masih Menyala

Nenek ku ....
tika itu
ubun ku masih mentah
tangan dan kaki
masih lemah
kau yang peluk
kau yang pimpin ku

Nenek ku ....
tika itu
dada ku kosong
tiada secuit ilmu
kau ajarku surah
dari kitab allah
kau ulang-ulang
hingga tertanam dibenak ku

Nenek ku ...
tika itu
tingkah laku ku tak tentu
nakal ku ikut nafsu
cacian dan cemuhan
dilempar ke muka ku
kau yang pendam malu

Nenek ku...
Masa pantas berlalu
dewasa ku
tak dapat cium tangan mu
hanya bayangan
wajah
senyum tawa mu
menemani ku

Nenek ku ....
mengenang waktu bersama
jasa
pengorbanan mu
yang terpahat dimemori
tak kan ku padam
surah dari kitab
yang diajar padaku
ku hadiahkan untuk mu

Cheazmibidin

21 Feb 2009 @0020








Sunday, February 15, 2009

Singa Dan Harimau


Tiba-tiba Intan bersuara sambil menahan ketawa "Abah! semalam intan mimpi harimau dengan singa masuk dalam rumah, intan jerit panggil mama. Masa tu abah kat bilik air tengah mandi, Bila mama nampak Singa dan harimau tu , mama terus jerit panggil abah. Harimau dan Singa lari kedapur.

Abah keluar dari bilik mandi pakai tuala saja terus simbah air kat muka singa dan harimau tu. Harimau dan Singa tu terkejut terus lari" Intan dah tak dapat menahan ketawa , berderai lah ketawanya. Saya yang minat nak tahu cerita selanjutnya terus bertanya " Mengapa pulak singa dan harimau tu lari ke dapur, takut kat mama ka?" Intan menjawab " Tak lah , Asu (Suraya) yang cubit perut harimau dan Singa tu, sebab tu dia lari kedapur" ketawa Intan semakin menjadi-jadi ditokok tambah derai ketawa Umi yati.

Saya bertanya lagi " Lepas kena siram dengan abah, singa dengan harimau tu lari kemana?" Intan sambung cerita " Harimau dengan singa tu lari kedapur terus gigit tangan Angah yang sedang minum air, tapi tangan Angah tak berdarah pun" Saya pun turut ketawa terus menyambung soalan "Lepas tu apa yang terjadi?" Intan dengan nada yang sungguh gembira berkata " Harimau dan Singa tu terus pergi mengamuk kat rumah Ika anak cik siti , lepas tu kedua-duanya pergi pula mengamuk kat rumah Pak Hamid" . Intan sambung dengan mengilai panjang "Lepas tu Intan terbangun dari tidur".

Seronok juga cerita Intan ni ya.

Jasa


Singa dan Harimau
Gagah kah mereka

Anak kecil ku berkata selamba
Ayah ...
Singa kan di Afrika
Harimau pula tidur dibelantara
Biar lah gagah mereka
Di sini kita yang berkuasa

Bagaimana Si Anjing
Garang kah ia

Anak kecil ku pantas bersuara
Ayah ...
Anjing kan banyak berjasa
Pencuri takut padanya
Garang nya mistilah ada
Harta kita akan dijaga

Bagaimana Si Anjing gila
Bahaya kah ia

Anak kecil ku menjawab segera
Ayah ....
Anjing gila mana ada
Penyakitnya saja yang ada
Itu pun kalau digigitnya kita
Penawarnya kan doktor dah ada

Bagaimana manusia
Berjasa kah mereka

Anak kecil ku pantas berkata
Ayah ....
Kita kan manusia
Ayah dan ibu kan dah berjasa
Berkorban sepenuh jiwa raga
Membesar dan mendidik saya



Cheazmibidin
14 Feb 2009 @0300

Friday, February 13, 2009

Penguasa


Dituntut mana ilmu ini
Penguasa dikata tiada kuasa
Yang diberi kuasa dimulia
Perintah Penguasa diambil lewa

Amanah siapa yang dibawa
Perintah siapa yang dijaja
Biadapnya pada penguasa
Tiada taat dan setia
Derhaka! Derhaka! Derhaka!

Betulkah begitu
Benarkah begini
Wajarkah itu
Logikkah ini

Dam! Dam! Dam!
Tak cukup lagi
Tong! Tong! Tong!
Masih tak cukup lagi
Gedegam! Gedegam! Gedegam!

Baru rasa lega
Penguasa terbela


Cheazmibidin
13 Feb 2009 @1630

Kalam Bumi

Merenung langit yang dijunjung
ku lihat bulan bercahaya indah
bintang-bintang warna berseri
aku berfantasi
Merenung bumi tempat berdiri
ku lihat tanah subur
pasir halus berdebu
aku terlupa diri
Merenung laut luas terbentang
ku lihat ombak bergulung
pantai mengayak pasir
aku terpesona
Merenung gunung tegak berdiri
ku lihat awan tepu
angin menghembus rintik-rintik
aku terpegun

Hati nurani tersentuh
terucap kalimah "Allah hu akbar"
maha suci allah
kebesaran dan kekuasaan mu
kaulah pencipta abadi

Cheazmibidin
17 Ogos 2005 @1330

bliss



Saya adalah seorang peminat minuman yogurt. Sebenarnya ketagihan saya terhadap minuman yogurt bermula apabila Syarikat Nestle membuat promosi percuma yogurt yang nak luput tempoh diBukit Aman beberapa tahun lepas. Anak-anak saya juga minat minum yogurt dan saya percaya ramai antara kita yang minat minum yogurt.

Yang saya pasti antara rakan pejabat yang minat minum yogurt ialah Kak Ros dan PA Kem Komandan yang nama glemornya Farah. Kalau nak diikutkan nama sebenar Farah ni lebih manis iaitu Nor Aznie , sangat sesuai dengan rupanya yang amat menarik dan menggoda. Ramai lah juga jejaka yang jatuh hati dengannya tetapi tak ada respon. Malang betul nasib mereka ya!

Hari ini 12 Feb 2009 Kak Ros , Farah , Anisah dan Nazneen ambil kesempatan waktu rehat pergi ke NSK Selayang beli barang . Tuan Hj Tahir OCS sedekahkan duit rm 100.00 untuk buat belanja makan staff pejabat. Nazneen dah ada dua orang anak , suaminya Mahadir Mohamad orang Serawak salah seorang pemain petanque pasukan saya. Tuan Ali pernah kata pada saya " Saya tengok Nazneen ni pemalu sikit no?" Saya hanya kata " Ya ka tuan? Dia ni orang Taiping, suami dia orang Serawak. Dia memang pemalu tapi rajin dan pandai masak".

Pukul 2.00 pm 12 Feb 2009 bila pejabat dibuka semula, saya lihat Kak Ros , Farah, Anisah dan Nazneen dah sampai balik kepejabat. Arif yang temankan mereka pergi keNSK rupanya. Bagi saya Arif memang baik, semua orang dia tolong. Arif dah bertunang pada 31 Jan 2009 lalu dengan gadis pilihannya, rakan sekolah kat Penang. Katanya hantaran Rm 7000.00 tahun depan kahwin la dia.

Kak Ros dengan muka yang muram dan sedih mengadu kepada kami botol minuman Bliss yang dibelinya mengandongi air 3/4 saja dan penutupnya pun dah ada kesan dibuka. Tak perasan katanya masa beli kat NSK tadi. Kasihan Ros beli minuman tapi tak dapat minum. Intonasi suara Kak Ros yang semula jadi manja ala Kelantannya menambahkan belas kasihan kami kepadanya.

Saya mencadangkan supaya tuntut ganti rugi dari pihak pasaraya NSK kerana jual barang yang telah diguna, Kata saya boleh buat aduan kepada tribunal pengguna kalau mahu. Kalau tidak pun jika dibawa balik keNSK mungkin dapat ganti rugi segera sekurangnya 5 botol bliss. Itu pun kalau kalau Pengurusnya perihatin dengan belanja yang terpaksa dikeluarkan kerana berulang alik keSelayang.

Kami paksa Sm Mail yang terkenal dengan bahasa yang bisa untuk pergi ke NSK buat tuntutan. Sm Mail ajak sekali Kak Ros dan Farah menemaninya ke NSK untuk buat tuntutan . Rupanya Sm Mail pun kecut perut juga nak buat kerja macam ni, perlukan perempuan untuk jadi perisai. Tapi kalau dengar cakapnya simen konkrit pun boleh berderai.

Betul atau tidak apa yang dicerita Sm Mail saya tak tau kesahihannya. Yang pastinya sebotol Bliss terpakai diganti dengan sebotol Bliss yang belum dijamah . Sm Mail GAGAL dalam misinya untuk mendapat ganti rugi seperti yang kami harapkan.

Thursday, February 12, 2009

Pesanan

Dengarlah dengar wahai cucu ku
apa dipesan datuk nenek mu
Jangan dilupa amalkan ilmu
agar hidup mu bahagia selalu

Dengarlah dengar wahai cucu ku
apa dipesan datuk nenek mu
Iktikadkan kepercayaan dan keyakinan mu
hanya allah yang esa tuhan mu

Dengarlah dengar wahai cucu ku
apa dipesan datuk nenek mu
Nabi Muhammad itu rasul mu
selawat dan salam setiap waktu

Dengarlah dengar wahai cucu ku
apa dipesan datuk nenek mu

Jangan sekali ditinggal solat mu
agar diampuni segala dosa mu

Dengar lah dengar wahai cucu ku
apa dipesan datuk nenek mu
Jangan diabai puasa ramadhan mu
agar dirimu dirahmati selalu

Dengarlah dengar wahai cucu ku
apa dipesan datuk nenek mu
Jangan dilupa zakat harta mu
agar diri mu diberkati selalu

Dengarlah dengar wahai cucu ku
apa dipesan datuk nenek mu

Jangan dilupa kerjakan haji mu
agar sempurna amal ibadat mu

Dengarlah dengar wahai cucu ku
apa dipesan datuk nenek mu
Jangan dilupa asal usul mu
kepada allah jua kembali mu


Cheazmibidin
6 jun 2007 @ 1350



Semuga cucu-cucu ku akan sentiasa mengingati pesanan ini.

Monday, February 9, 2009

Tension



Rancangan Umi Yati nak niaga hari Ahad terpaksa dibatalkan memandangkan kawasan tapak niaga penuh dengan bas dan kereta. Tahun ni begitu ramai penganut hindu berkumpul di Batu Caves untuk perayaan Thaipusam jika dibanding tahun lepas. Saya batal hasrat untuk kepasar dan terus balik bagi tau umi yati keadaan sesak di Sri Batu Caves.

Pukul 4.30 pagi 8/2/09 Buk Sol call tanya jadi tak niaga. Umi yati yang menyangka ia masih dekat kawasan rumahnya bagi tak perlu datang kerana tak niaga. Lebih kurang 10 minit kemudian saya dengar suara cemas Buk Sol memanggil Umi Yati kat depan rumah. Bila kami bangun dan buka pintu Buk Sol dengan nada separuh menangis memberitahu ia telah diragut oleh dua lelaki menunggang m/sikal dekat hentian bas jalan masuk kerumah saya.

Rupanya masa call tadi Buk Sol dah sampai kat rumah saya dan ia berpatah balik. Dalam beg yang diragut terdapat wang tunai RM 30.00 dan talipon Nokia. Sedih betul saya tengok keadaan Buk Sol yang begitu kecewa kerana kehilangan talipon dan perasaan terkejut yang dialaminya. Saya minta Syafuan hantarkan Buk Sol Balik. Umi Yati hulurkan Rm 50.00 kepada Buk Sol untuk buat belanja.

Keselamatan dikawasan perumahan Taman Batu Muda kebelakangan ini agak mengecewakan saya. Kecurian kecil seperti basikal dan kasut sudah perkara biasa. Di rumah saya sendiri dalam masa sebulan lepas sudah 2 kali kejadian curi kasut. Habis kasut anak-anak yang baru dibeli dicuri. Cakap tentang basikal saya sudah serik nak beli basikal , empat buah basikal yang dibeli untuk Intan tak sempat sebulan digunakan lesap dicuri, begitu juga basikal yang dibeli untuk pembantu habis dikebas. Itu nasib saya ,tak tau pulak nasib orang yang lebih teruk dari saya.

Umi Yati nak hilangkan tension ajak Rifqah pergi main bowling kat Ampang. Intan , Syahir dan Ika anak jiran saya Siti pula ajak saya temankan mereka ke KLCC , nak mandi kata mereka. Saya juga yang tengah tension dan memang tak ada kerja mengikut saja.

Kami ke Ampang melalui lebuh raya DUKE yang baru dibuka. Mudah betul perjalanan tak jem langsung, sampailah kami keluar kat susur jalan Semarak. Masa sampai di KLCC azan asar berkumandang. Saya terus ke masjid untuk solat Asar. Lepas tu kami berlari-lari anak ke kolam.

Saya hanya termenung ditepi kolam memerhati anak-anak mandi, sambil tu perhatikan juga gelagat ibu bapa melayan anak-anak mereka mandi. Paling mencuit hati saya gelagat pasangan muda India yang begitu asyik nak ambil gambar anak kecil berusia setahun lebih mandi . Akhirnya kamera yang dipegang tercampak kedalam air. Kasihan betul.

Kerana terlampau asyik mandi , saya terpaksa menetapkan jam 6.00 pm untuk mereka berhenti mandi. Lepas mandi saya bawa mereka ke Menara Kl sekejap tetapi tak naik menara pun kerana masa cuti sekolah yang lepas saya dah bawa mereka naik menara. On the way balik kat jalan Pahang saya singgah Mac D belikan bubur nasi dan bugger untuk mereka bertiga dan saya sendiri.

Lega juga fikiran saya lepas tu. Boleh diamalkan ni.

Saturday, February 7, 2009

Pasir Hitam





Mengimbau saat manis masa bersama-sama rakan-rakan di Cawangan Kem Komandan Bukit Aman pada tahun 2004. Program Sambutan Hari Keluarga kami anjurkan di Mes Pegawai Pasir Hitam, Langkawi. Seronok sangat dengan aktiviti yang diadakan sepanjang lawatan kami.

Antara tempat menarik yang sempat kami lawati ialah Makam Mahsuri . Under Water World dan Tempat Memasak Minyak Gamat. Sedih juga tak dapat bawa Syafuan dan Izzah bersama kerana kedua-dua tinggal di asrama sekolah.

On the Way balik kami mengambil kesempatan berkunjung kePekan Siam di Padang Besar. Banyak permainan menarik dibeli oleh anak-anak terutamanya Syauqi yang suka sangat dengan pistol mainan.



Secoret kisah masa bermalam di Bilik Cempaka Mes Pegawai Pasir Hitam

Bisik-bisik
derai tawa anak kecil
ku cuba mengintai
tiada wajah nya

meremang-remang
ku pujuk sikecil
tangisannya tiada henti

salam ku beri

kepada allah
kami memohon
kepada allah
kami berlindung

katanya

kami hanya lalu
disini

Friday, February 6, 2009

Ayah ku

Ayah
biar ku bersimpuh
menjamah kaki mu
biar ku berulang-ulang
memicit dan mengurut
urat dan daging
kedua kaki mu

Ayah
ku tahu
hayunan kaki mu
tak terbilang
jauh jalan mu
tak terukur

Ayah
ku tahu
kaki ini telah letih
meniti permatang
mengharung lumpur
meredah air berbisa

Ayah
ku tahu
kaki mulia ini
telah menabur bakti
subur dan semarakkan
generasi ini

Ayah
dengan linangan air mata
hati yang tulus ikhlas
penuh syahdu
anak mu
doakan
keselamatan
kesejahteraan
kebahgiaan mu selalu






Thursday, February 5, 2009

Suspect and Respect





Lepas tengok berita menarik situasi diPerak menerusi buletin utama TV3 jam 2030 4/2/09 baru saya dan Tuan Ali beredar dari pejabat. Masa nak keluar ikut pintu belakang Tuan Ali tak dapat buka pintu kerana tak jumpa tombol. Sengaja saya padamkan lampu cepat nak tengok Tuan Ali meraba-raba dalam gelap.

Saya sampai rumah jam 2100 terus baring-baring , cucu saya Intan Suraya dalam keadaan batuk dan berhingus menghampiri dan menyuapkan saya sekeping goreng pisang. Hasrat hati nak tengok cerita "Commando" kat Astro tetapi kerana keletihan saya terus tertidur. Bila saya sedar jam dah pukul 1.00 pagi , anak-anak dan Umi Yati juga dah tidur. Lepas sembahyang isyak saya teringat pasar belum pergi lagi.

Saya sampai dipasar borong dah pukul 2.00 pagi , boring betul tukang potong ikan kat pasar Sri Ternak hanya seorang saja waktu itu, lambat la sikit kerjanya. Banyak juga ikan yang saya beli lebih kurang Rm 170 . Lepas itu saya pergi ke pasaraya NSK , kat situ saya belanja beli barang Rm 187 . Sarat la juga kereta wira dengan barang. Saya juga singgah diPetronas mengisi gas NGV sebanyak RM 8.80.

Semasa on the Way nak balik rumah apabila saya melepasi susur bulatan Batu Cave sebuah kereta peronda polis menghampiri dan mengarahkan saya berhenti. Selepas berhenti kedua-dua anggota polis dari kereta peronda keluar dan menghampiri saya yang telah pun keluar dari kereta.

Salah seorang dari anggota tersebut bertanya " Encik dari mana?" Saya jawab pantas " Dari pasar". "Dari Pasar?" anggota polis tersebut berkata seolah-olah macam tak percaya "Apa yang dibawa ni?"anggota polis tersebut melihat ditempat duduk belakang kereta saya "Barang -barang beli kat pasar , macam-macam ada" kata saya. "Patut la nampak kereta macam mendap semacam saja , encik berniaga ka?" soalnya lagi " Ya" jawab saya ringkas "Tak ada Van ka?"terus bertanya " Berniaga kecik-kecik saja" saya jawab selamba. "Tak pa la minta ic dengan lesen" . Saya keluarkan dompet , susah pula nak cari lesen dan ic yang terselit didalam beg duit tu.

Semasa meneliti lesen anggota polis tersebut bertanya lagi " Encik meniaga kat mana?" "Kat Sri Batu Cave" jawab saya. "Full time kePart time?". Saya jawab"Part time saja, cari makan" soal siasat selanjutnya polis tu tanya "Encik kerja ka? " saya mengangguk "Kat mana?" . "Saya kerja kat Bukit Aman polis juga" "Ok lah encik terima kasih" anggota polis tersebut menyerahkan kembali lesen kepada saya dan kembali ke kereta peronda.

Seronok saya melihat anggota polis yang perihatin, dedikasi dan berbudi bahasa dalam menjalankan tugas mereka , tak macam orang selalu cerita , polis kasar bila menahan dan periksa orang. Terima kasih kepada kedua-dua anggota polis yang telah menahan dan memeriksa saya.