Wednesday, November 16, 2016


Confused

16 Nov 2016 ( Rabu )  Betul ke apa yang diperjuangkan? Betul ke apa yang dipertahankan? Benar ke apa yang diperkatakan? Atau mereka dan aku yang salah membuat penilaian?  Hanya masa yang menentukan kerana hanya Allah swt yang maha mengetahui....

Sama-sama kita membuat penilaian dan bersabar menunggu kesudahannya apa yang diperkatakan oleh mereka2 samaada yang berakal panjang atau yang berakal pendek atau mungkin juga yang tidak berakal ...

Mungkin tak salah untuk saya memetik firman Allah swt dalam surah Al-Anfal ayat 46-49 yang bermaksud

 " Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya. (Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata: Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh agama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya). Dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin, maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana ".

Semuga kita sama-sama mendapat manafaatnya...In Syaa Allah.

Tuesday, September 20, 2016

20 Sept 2016  Dah lama meninggalkan aktiviti menulis. Terasa kehilangan sesuatu yang amat berharga. Dah tak tahu dari mana nak memulakan catatan selepas 3 tahun ditinggalkan. Mungkin elok kalau diimbas kembali kenangan bergambar pahit manis 3 tahun yang dah berlalu sebagai catatan utk anak cucuku...

26 Okt 2015 ... Menganggotai Lembaga Temuduga Kenaikan Pangkat PRP (Kpl ke Sjn)
 Kontinjen Penang.





21 November 2015  Langkawi 




8 Disember 2016  Latihan Kegemparan Am


2 Januari 2016  Ride KL-Penang- Kedah

10 Januari 2016 Ride Ikan Patin Temerloh/Lemang Tok Ki Bentong


                   
                                     17 Januari 2016  Ride Kl - Kuala Krau
                             



25 Jan 2916  Ride Ke Kuala Selangor