Saturday, September 17, 2011

Events 20110916


16 September 2011 Jumaat   Sambutan serentak Hari Kemerdekaan Ke 54 dan Hari Malaysia ke 48 di Dataran Merdeka.

Bergema jeritan : MERDEKA1 MERDEKA! MERDEKA!  1 MALAYSIA! 1 MALAYSIA 1 MALAYSIA

Melihat bendera Malaysia memenuhi ruang bangunan Menara II Bukit Aman ketika bangunan di fokus jurukamera TV saya hanya tersenyum. Berjaya juga Tuan Ali dengan anak buahnya Syarif Lobo dan Pak Akob beserta rakan-rakan mengantung bendera bentuk bena memenuhi Menara II. Tak sia-sia la usaha Tuan Ali yang penuh bersemangat berulang alik ke Dataran untuk mempastikan berdera tersusun kemas ... hahaha

Tak perlu kata apa-apa , itu lah semangat kami meraikan hari keramat Merdeka setiap tahun .  Mana tempat dan ruang yang boleh dipanjat , akan di panjat bagi mempastikan jalur gemilang terpacak megah.

Cuma yang ini saja saya tak boleh kompromi bila  Syarif Lobo jumpa saya tanya " Tuan, kalau kita tebuk dinding kaca Menara I , pecah dak?", Saya tanya " Hang nak tebuk buat apa?" . Mudah saja jawab Syarif Lobo " Nak ikat bendera sebab tak ada tempat nak ikat". Sampai macam tu sekali semangat Syarif Lobo ni " Hang jangan duk cari pasai Syarif , nanti dengan saya dengan Tuan Ali sekali kena balun, depa kata kita gila"....hahaha

Cuti sempena Hari Malaysia ni juga adik bungsu saya Hidayat buat progaram khas. Mak saya yang paling seronok , senyum memanjang je , apa tidaknya nak pi sarung cincin kejari  Bakal Menantu. Tahniah la kepada Hidayat yang dah bertemu jodoh, semuga hidup bahagia lepas ni....

Ayah selalu berpesan     " Anak ku kalau kau rebah jangan biarkan dirimu terus terbaring, tegakkan kembali dirimu seolah-olah kamu tidak pernah rebah "

Saya hanya nak ulangi kata-kata " Sekali gagal tak bermakna  akan terus gagal untuk selama-lamanya "

Sunday, September 11, 2011

God Is Great

10 September 2011 Diam tak diam dah 12 hari Ramadan yang penuh dengan keberkatan ditinggalkan . Syawal yang rasanya baru sangat menjelma juga kelihatan macam berlari-lari membawa kemeriahan . Yang ada kini hanya kesyukuran nikmat ramadan dan memori indah ledakan mercun dan warna  warni percikan bunga api ketika menyambut ketibaan syawal ..... Alhamdulillah

Ramadan yang diberkati saya bersyukur dengan rahmat Allah swt yang melimpahkan kurnianya anak keempat saya Che Nur Izzah diberi biasiswa pendidikan untuk pengajian di UPSI . Anak ketiga pula Che Ahmad Syafuan mula bertugas sebagai  Servis Engineer di Datasonic Technologies Sdn Bhd .

Dalam kesibukan tugas , terima kasih saya yang tak terhingga kepada Bos saya Tuan Ali  yang dengan berat hati telah menyokong cuti saya untuk berhari raya di Jitra Raya Sakan.

 Dapat la saya dan anak2 serta cucu berhari raya dengan dengan mak saya Nang Mah bt Nik Baharum dan menziarahi pusara ayah Bidin bin Mat , nenek kesayangan Saadiah bt Yaakob dan pusara ahli-ahli keluarga sebelah mak termasuk pusara moyang saya Long Seman.

Istimewa Syawal ini Allah swt anugerah kelapangan untuk kami  bersama-sama di Majlis pertunangan anak saudara kami Mohd Farid Abdullah dan pasangannya Shila pada 3 Sept 2011 di Kuala Kangsar Pertunangan Farid  .

Hari ini 10 Sept 2011  sekali lagi kami dirahmati Allah swt dapat berkumpul beramai-ramai di Masjid Bukit Aman untuk Majlis pernikahan anak saudara kami Mohd Suhaib  Mohd Nor dengan pasangannya Farhana Abd Razak Perkahwinan Suhaib .


 Nak publish kemeriahan Syawal 1432 yang dianugerah kepada keluarga kami...........




Depan rumah Mak kami di Kg Tanah Merah, Jitra, Kedah malam raya bersiap nak membakar ...hihihi








Man  , Mona dan anak-anak  sampai di hari raya ke 2......bawa bunga api saja , mercun dah habis bakar kat Penang.





                                                                                     





Hebat sungguh Abang Suhaib ...... sekali lafaz saja terus confirm jadi suami Farhana



Gara-gara pegang dagu Farhana nampak  panic semacam...hihihi


Tok Kedah datang , Tok Penang pun datang. Sedara mara yang jauh dan yang dekat pun nampak sakan mai nak bergambar .....Meriahhhh.


Kakak, Abang dan adik Suhaib bergaya sungguh.....seronok la dapat tambah ahli keluarga.












Episod paling menarik yang sempat dirakam ... .. Berhati2 betul Farhana nampaknya.