Saturday, September 17, 2011

Events 20110916


16 September 2011 Jumaat   Sambutan serentak Hari Kemerdekaan Ke 54 dan Hari Malaysia ke 48 di Dataran Merdeka.

Bergema jeritan : MERDEKA1 MERDEKA! MERDEKA!  1 MALAYSIA! 1 MALAYSIA 1 MALAYSIA

Melihat bendera Malaysia memenuhi ruang bangunan Menara II Bukit Aman ketika bangunan di fokus jurukamera TV saya hanya tersenyum. Berjaya juga Tuan Ali dengan anak buahnya Syarif Lobo dan Pak Akob beserta rakan-rakan mengantung bendera bentuk bena memenuhi Menara II. Tak sia-sia la usaha Tuan Ali yang penuh bersemangat berulang alik ke Dataran untuk mempastikan berdera tersusun kemas ... hahaha

Tak perlu kata apa-apa , itu lah semangat kami meraikan hari keramat Merdeka setiap tahun .  Mana tempat dan ruang yang boleh dipanjat , akan di panjat bagi mempastikan jalur gemilang terpacak megah.

Cuma yang ini saja saya tak boleh kompromi bila  Syarif Lobo jumpa saya tanya " Tuan, kalau kita tebuk dinding kaca Menara I , pecah dak?", Saya tanya " Hang nak tebuk buat apa?" . Mudah saja jawab Syarif Lobo " Nak ikat bendera sebab tak ada tempat nak ikat". Sampai macam tu sekali semangat Syarif Lobo ni " Hang jangan duk cari pasai Syarif , nanti dengan saya dengan Tuan Ali sekali kena balun, depa kata kita gila"....hahaha

Cuti sempena Hari Malaysia ni juga adik bungsu saya Hidayat buat progaram khas. Mak saya yang paling seronok , senyum memanjang je , apa tidaknya nak pi sarung cincin kejari  Bakal Menantu. Tahniah la kepada Hidayat yang dah bertemu jodoh, semuga hidup bahagia lepas ni....

Ayah selalu berpesan     " Anak ku kalau kau rebah jangan biarkan dirimu terus terbaring, tegakkan kembali dirimu seolah-olah kamu tidak pernah rebah "

Saya hanya nak ulangi kata-kata " Sekali gagal tak bermakna  akan terus gagal untuk selama-lamanya "

No comments:

Post a Comment