Saturday, April 23, 2011

Enculturation

23 April 2011  Apabila sekumpulan pelajar 'out campus" UTM memohon untuk membuat latihan praktikal , Tuan Ali telah memberi persetujuan menyediakan 20 orang peserta untuk mengikuti kursus yang akan dianjurkan oleh pelajar-pelajar berkenaan.

Saya amat menyokong keputusan Tuan Ali kerana berpendapat selain sebagai satu motivasi dan semangat kepada anggota-anggota Kem Komandan untuk meneruskan kelangsungan pembelajaran berterusan, saya juga berpendapat kursus yang akan disampaikan bercirikan pendidikan Nonformal yang memberi penekanan kepada kemahiran berfikir dikalangan peserta kursus.

Alhamdulillah kursus tersebut yang dikendalikan oleh 6 orang pelajar dari beberapa jabatan termasuk PDRM telah berjalan dengan lancar dan sempurna pada 20 April 2011.

Terima kasih kepada pelajar-pelajar berkenaan yang sudi menjemput saya untuk menyempurnakan majlis penutup kursus.















Doa 22

Sunday, April 17, 2011

Do it yourself

17 April 2011   Isteri saya mengeluh kerana terpaksa mengeluarkan belanja tambahan untuk membaiki dapur ' high presure' yang dah hampir tak boleh digunakan. Katanya "Kedai jual dapur kat Setapak kata kos untuk ganti dua unit 'bunner' yang patah  RM 380 ditambah bayaran perkhidmatan jumlah keseluruhan RM 530 , kalau beli baru harganya lebih kurang RM 900 saja".

Kebetulan cuti hujung minggu ni tak ada apa nak buat , saya ambil kesempatan mencari jalan untuk membaik pulih dapur yang sedia ada tu dengan kos yang paling minima. Dengan bantuan Syauqi dan Mamat yang ada kemahiran menggunakan sepana dapur tersebut dapat dibaiki dengan sempurna. Terkejut juga saya kerana kos membeli dua unit 'burner bagi membaiki dapur tersebut hanyalah RM 75 .  

Inilah rupanya dapur yang kami dah baiki dan 'servis' dengan sempurna.....hihihi




Saturday, April 9, 2011

Cheer " Yee -haa"

9 April 2011  Dah dua minggu tak update blog terasa macam kehilangan sesuatu je.. nak kata sibuk tak la sibuk sangat cuma idea tak datang. Agaknya kebelakangan ni saya mengalami gastrik yang agak mengganggu tumpuan. Nasib baik Tuan Ali faham bila saya minta excuse menyertai beliau jadi panel kat kursus Integriti Siri 1/2011 yang berlangsung dari 27 - 29 Mac 2011 di Institiut Integriti Malaysia.

Walau pun begitu pada hari kedua , saya hadir juga untuk menyertai Tuan Ali menjadi penal . Malamnya pula saya ikut serta bersantai bersama peserta kursus yang mengadakan malam mesra , siap dengan karaoke sekali.   Yang paling sebuk menyanyi  sampai tak nak lepas mic pulak si tetamu jemputan SM Tulang, Nama gelaran baru dari Tuan Ali .....hihihi

Yang paling seronok malam tu saya nampak ialah Abang Alwi fasilitator dan Abang Salmee .....eemm ada idola kat situ rupanya. ... hihihi

Pada 2 April 2011 bersama-sama Aris dan Ahmad Saman menyertai Reunion X pelajar SM Jitra   di Desa Rejang , Setapak. Seronok jumpa sahabat-sahabat , teman masa sekolah yang dah bertahun-tahun tak jumpa , sampai rakan sekampong pun dah dah tak boleh nak cam lagi....

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=163271497064980&set=t.1784928558&theater

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1478756707510&set=t.1784928558&theater

Sebenarnya tak ada perancangan nak bersara lagi , dah ditawarkan saya ambil peluang juga untuk mengikuti kursus bakal-bakal pesara siri 1/2011. Kursus anjuran KDN selama 4 hari berlangsung di Suria Resort Cherating, Pahang mulai 3 - 6 April 2011. Masa kursus tu baru tau rupanya banyak juga perkara yang nak dibuat lepas bersara. Yang pelik dan seronoknya lepas bersara kena jadi usahawan...hihihi

http://www.facebook.com/album.php?id=1784928558&aid=55760

Saya hanya nak kata " Ya Allah tuhan yang menguasai sekelian Alam , aku bersyukur dengan apa yang engkau telah kurniakan kepada aku, jangan lah diriku dibebankan dengan hanya memikirkan hal-hal keduniaan sehingga melupakan hari akhirat , engkau ampunkan lah segala dosa-dosa ku "