Saturday, April 23, 2011

Enculturation

23 April 2011  Apabila sekumpulan pelajar 'out campus" UTM memohon untuk membuat latihan praktikal , Tuan Ali telah memberi persetujuan menyediakan 20 orang peserta untuk mengikuti kursus yang akan dianjurkan oleh pelajar-pelajar berkenaan.

Saya amat menyokong keputusan Tuan Ali kerana berpendapat selain sebagai satu motivasi dan semangat kepada anggota-anggota Kem Komandan untuk meneruskan kelangsungan pembelajaran berterusan, saya juga berpendapat kursus yang akan disampaikan bercirikan pendidikan Nonformal yang memberi penekanan kepada kemahiran berfikir dikalangan peserta kursus.

Alhamdulillah kursus tersebut yang dikendalikan oleh 6 orang pelajar dari beberapa jabatan termasuk PDRM telah berjalan dengan lancar dan sempurna pada 20 April 2011.

Terima kasih kepada pelajar-pelajar berkenaan yang sudi menjemput saya untuk menyempurnakan majlis penutup kursus.















Doa 22

No comments:

Post a Comment