Saturday, February 25, 2012

Japanese Tea House & Garden

25 Feb 2012   Minggu lepas dengan bantuan Abang Nizam SYM 200 saya telah diselenggara dengan sempurna . Kos selenggara mencecah RM 160, kata abang Nizam Belting, engine oil dan Clutch Oil semua dah tukar. Alhamdulillah motosikal dah bergerak lancar....

Hari ni saya dengan isteri saya nak uji kemantapan SYM 200 mendaki Banjaran Titiwangsa ....hahaha

On the way ke Genting Highlands , kami singgah menjamah lemang dengan serunding kat  gerai ditepi lebuhraya Kl-Karak.



 Mungkin kerana terlebih kenyang,  bila bergerak semula di lebuhraya tiba-tiba fikiran berubah nak ke Bukit Tinggi pulak.....

Nak masuk ke Berjaya Hill Resort  untuk melihat keindahan kawasan tersebut kena bayar  RM 12 seorang....bayar saja la.

Rancangan kami nak mengeluarkan peluh kat Japanese Village yang amat istimewa tu, lepas tu baru nak meninjau-ninjau tempat-tempat lain yang menarik....


Berada di ketinggian antara 2700 kaki hingga 3500 kaki dari paras laut amat menyeronokan .  Kesian juga melihatkan  isteri saya yang tercungap-cungap masa mendaki di kawasan Botanical Garden.....hahaha

Nak publish gambar-gambar menarik kami kat sana.....














Saturday, February 18, 2012

Sportsmanship


18 Februari 2012  Demi kemajuan sukan dalam PDRM saya petik rencana yang tersiar dilaman Web PDRM sempena Majlis Malam Anugerah Sukan PDRM 2011 yang berlangsung pada 17 Februari 2012 di Dewan Banquet Pulapol Kuala Lumpur. 

Saya bersama Tuan Ali Ahmad dan sahabat-sahabat saya dari sukan petanque PDRM hadir dimajlis ini...











Tahniah untuk Pak Tam ( Rasit Desa) yang terpilih sebagai calun jurulatih terbaik dari sukan Petanque......




Usah Alpa Dengan Kejayaan Yang Telah Dicapai - YDH Ketua Polis Negara
 
Kuala Lumpur, 17 Feb - "Saya ingin mengingatkan kepada jaguh-jaguh kita, supaya memegang prinsip 'not to rely on recognition on previous achievements' atau dengan kata lainnya tidak menjadi alpa dengan kejayaan yang telah dicapai, sebaliknya terus dipertingkatkan dan memerlukan komitmen melalui perancangan, pelaksanaan, latihan dan usaha yang gigih kerana PDRM perlu maju dan sekiranya mampu, kita boleh mengulang kembali sejarah sebagai peneraju sukan negara," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Majlis Malam Anugerah Sukan PDRM 2011 di PULAPOL Kuala Lumpur, hari ini. 

Beliau turut menjelaskan, selain menjalankan tugas hakiki sebagai anggota keselamatan, PDRM juga mempunyai anggota yang cemerlang di dalam arena sukan negara dan dapat disimpulkan atlet PDRM juga secara langsung membantu menaikkan imej PDRM di mata masyarakat.

"Saya meminta agar Majlis Sukan PDRM sentiasa memantau pengurusan dan perjalanan program-program yang telah dirancang supaya sentiasa 'on the right track' dan dijalankan dengan penuh efisien serta keperluan dan kebajikan para atlet dan persatuan-persatuan akan menjadi keutamaan kita.

Gaya Hidup Sihat
Seiring dengan program budaya sihat PDRM yang kini telah dilaksanakan, setiap kontinjen perlu memastikan kesihatan warga PDRM berada di tahap yang terbaik.

"Selain daripada kesihatan fizikal individu, aktiviti-aktiviti kesukanan adalah landasan yang ideal ke arah membentuk persefahaman dan kerjasama yang lebih jitu selain membentuk persefahaman, koordinasi dan integriti di kalangan pegawai PDRM di samping memupuk dan mengeratkan tali silaturahim dan semangat setia kawan di kalangan pegawai PDRM tanpa mengira peringkat jawatan," jelasnya.

Di akhir ucapan, YDH Ketua Polis Negara menyarankan strategi sukan PDRM ditumpukan dalam acara-acara yang berbentuk 'niche' - iaitu yang boleh dieksploitasi oleh pasukan kerana PDRM mempunyai kemudahan dan kelengkapan untuk sukan tersebut termasuklah sukan bina badan, silat, menembak, lawn bowl dan sebagainya. 

Majlis pada hari ini turut dihadiri Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md Sobri, YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, Pengarah-pengarah PDRM, YDH SAC Zulkifli Bin Mohamed, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur dan tetamu-tetamu jemputan.

Ketibaan YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.




Ucapan aluan oleh YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM.
 

Ucapan aluan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Antara Persembahan Sepanjang Majlis. 









Penyampaian Anugerah Kepada Kontinjen Terbaik Sepanjang Kejohanan Piala Ketua Polis Negara Iaitu Tempat Pertama Kontinjen Selangor, Ke-2 Kontinjen Bukit Aman, Ke-3 Kontinjen Johor.







Paling kanan...YDH Insp Gazali bin Yunos dari Kelab Bina Badan menerima anugerah sebagai Pengelola Sukan Terbaik.


Paling kanan...P/Sjn Rosli bin Yaacob dari Kelab Tinju menerima anugerah sebagai Jurulatih Terbaik.
 

Kanan...L/Kpl Emma Firyana binti Saroji dari Kelab Boling Padang menerima anugerah sebagai Atlit Harapan Wanita.
 

Kanan...L/Kpl Tengku Sharizal bin Tengku Abd Rahman dari Kelab Tinju menerima anugerah sebagai Atlit Harapan Lelaki.


Paling kanan...L/Kpl/S Noor Amelia binti Musa dari Kelab Olahraga menerima anugerah sebagai Olahragawati.
 

Paling kanan...L/Kpl Fauzi bin Khalid dari Kelab Silat Olahraga menerima anugerah sebagai Olahragawan.


YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM menyampaikan cenderamata kepada YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.
 

Nyanyian lagu Polis Sedia Berkhidmat mengakhiri acara majlis.



Jurufoto   : Konst Raymond, Konst Santher
Wartawan : L/Kpl Irfan