Friday, May 24, 2013

Memori Mei...13

24 Mei 2013 (Jumaat)   Dah lama tak menulis , kak Ros pun dah bertanya 'kenapa tuan tak Up date blog sekarang?' .

Pada pagi jumaat yang mulia dan berkat ini terdetik dihati untuk kembali mencatat peristiwa untuk kenangan dimasa mendatang.

Saya melakar catitan dengan memetik firman Allah swt ayat 286 dari surah Al-Baqara yang bermaksud :

  " Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):  Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." 

PRU 13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013 telah berlalu , keputusan pilihanraya yang memberi kemenangan kepada Barisan Nasional telah pun telah diwartakan pada 22 Mei 2013. Kepada calun-calun yang tidak berpuashati  dengan perjalanan pilihanraya yang telah dijalankan mempunyai tempoh  21 hari untuk mengemukakan petisyen atau bantahan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri. Gunakanlah saluran undang-undang yang ada untuk membantah , hindarkan diri dari menjerumuskan negara kekancah kehancuran melalui demontrasi jalanan.

Bulan Mei 2013 juga melakar kenangan untuk keluarga saya, anak kedua saya Che Ahmad Syauqi selamat dijab qabul dengan pasangannya mesra dengan panggilan "baby" di Masjid Bukit Aman pada 3 Mei 2013. Majlis kenduri yang dijadualkan pada 5 Mei 2013 diubah kepada 30 Jun 2013 bertempat di Dewan Dato Mahfuz , Jalan Hishamuddin, Kl. 





Semuga kita akan terus mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah swt hendaknya.



Saturday, February 2, 2013

Usia Emas...


1 Feb 2013   Tahun 2013 hanya berbaki lagi sebelas bulan....aduhhh betapa cepatnya masa berlalu . Terfikir juga kalaulah umor berpencen wajib masih kekal 55 tahun , perkhidmatan ku hanya berbaki lagi 21 hari je, sekarang ni mungkin dalam tempoh bercuti penceeenn....hahaha.

Masih sayang dengan kerjaya sekarang .... seronok dengan karenah teman-teman pejabat. Hari-hari masih boleh bergurau senda , makan minum bersama dan ketawa sampai tak kering gusi ..... yang pentingnya kerja tak pernah terbengkalai...hahaha

Yang paling menyeronokan peluang beriadah bersama sahabat-sahabat di hari-hari cuti hujung minggu. Aktiviti konvoi bermotosikal begitu mencabar keupayaan dalam membentuk sifat cekal. berani dan mengukuhkan jati diri. Terima kasih kepada sahabat saya Mohd Nizam ,Muhd Alwi dan Yaakob Safar yang sanggup bergelendangan bersama-sama saya...hahaha

Sebagai kenangan dalam mengingati aktiviti konvoi yang telah ditempuhi nak juga saya Up loud gambar kat posting pertama 2013 ni....hihihi

Konvoi ke Genting Highland pada 18 Jun 2012.....Cameron Highland



Konvoi ke Jeram Toi  23 September 2012..... Jeram Toi




Konvoi ke Bukit Frazer 7 Oktober 2012...Bukit Frazer



Konvoi ke Bentong 2 Disember 2012....Bentong



Konvoi ke Gemas 15 Disember 2012.... Gemas



Konvoi ke Lancang 20 Januari 2013....Lancang



Konvoi ke Kuala Rompin 24 Januari 2013....Kuala Rompin



Konvoi ke Pulapol Kl 28 Januari 2013....Pulapol Kl



Syukur Alhamdulillah dalam usia emas ni walau pun ada sedikit sebanyak penyakit yang dialami dengan redha, keseluruhannya Allah swt masih merahmati dengan kesihatan yang baik. Masih diberi kekuatan mental dan juga fizikal untuk bergerak kesana kemari tanpa gangguan..... Hanya kepada Mu Ya Allah aku berserah diri dan memohon rahmat Mu.....