1 Feb 2013 Tahun 2013 hanya berbaki lagi sebelas bulan....aduhhh betapa cepatnya masa berlalu . Terfikir juga kalaulah umor berpencen wajib masih kekal 55 tahun , perkhidmatan ku hanya berbaki lagi 21 hari je, sekarang ni mungkin dalam tempoh bercuti penceeenn....hahaha.
Masih sayang dengan kerjaya sekarang .... seronok dengan karenah teman-teman pejabat. Hari-hari masih boleh bergurau senda , makan minum bersama dan ketawa sampai tak kering gusi ..... yang pentingnya kerja tak pernah terbengkalai...hahaha
Yang paling menyeronokan peluang beriadah bersama sahabat-sahabat di hari-hari cuti hujung minggu. Aktiviti konvoi bermotosikal begitu mencabar keupayaan dalam membentuk sifat cekal. berani dan mengukuhkan jati diri. Terima kasih kepada sahabat saya Mohd Nizam ,Muhd Alwi dan Yaakob Safar yang sanggup bergelendangan bersama-sama saya...hahaha
Sebagai kenangan dalam mengingati aktiviti konvoi yang telah ditempuhi nak juga saya Up loud gambar kat posting pertama 2013 ni....hihihi
Konvoi ke Genting Highland pada 18 Jun 2012.....
Cameron Highland
Konvoi ke Jeram Toi 23 September 2012.....
Jeram Toi
Konvoi ke Bukit Frazer 7 Oktober 2012...
Bukit Frazer
Konvoi ke Bentong 2 Disember 2012....
Bentong
Konvoi ke Gemas 15 Disember 2012....
Gemas
Konvoi ke Lancang 20 Januari 2013....
Lancang
Konvoi ke Kuala Rompin 24 Januari 2013....
Kuala Rompin
Konvoi ke Pulapol Kl 28 Januari 2013....
Pulapol Kl
Syukur Alhamdulillah dalam usia emas ni walau pun ada sedikit sebanyak penyakit yang dialami dengan redha, keseluruhannya Allah swt masih merahmati dengan kesihatan yang baik. Masih diberi kekuatan mental dan juga fizikal untuk bergerak kesana kemari tanpa gangguan..... Hanya kepada Mu Ya Allah aku berserah diri dan memohon rahmat Mu.....
No comments:
Post a Comment