Tuan Ali tentu sebuk selepas ni kerana dilantik sebagai Ketua Pasukan pelaksana 5 S bagi Jabatan Pengurusan. Berat juga tanggung jawabnya kerana terpaksa mempastikan amalan 5 S bukan sahaja bagi Cawangan Kem Komandan tetapi juga melibatkan Cawangan Istiadat, Persatuan, Pembantu dan Muzium PDRM dilaksanakan dengan jayanya. Rasa-rasanya susah jugak nak dapat pensijilan amalan 5S dari MPC kalau tak ada kerjasama dari semua pihak.
Hari ni kerana Tuan Ali sibuk dengan program suntikan Hepetitis B dan program hari terakhir JPN di Bukit Aman untuk pengeluaran Mykad , terpaksa la saya ambil alih untuk taklimat program amalan 5 S. Alhamdulillah semua macam bersemangat betul nak laksanakan program ni. Yang nak dibuat dan diamalkan ni perkara yang baik tak kan ada yang nak membangkang kut.
Semuga hasrat menjadikan amalan 5S sebagai budaya tercapai hendaknya.
Saya cuma nak kongsi satu " Dari kecil saya dilatih oleh bapa saya supaya jangan sekali-kali menghisap rokok, walau pun sebenarnya bapa saya pengamal rokok malahan ia juga menghisap paip. Agaknya bapa saya tahu amalannya itu tak baik dari aspek kesihatan dan mahu saya amalkan gaya hidup sihat tanpa rokok. Alhamdulillah sampai sekarang saya tak perlu bazirkan wang untuk membeli rokok"
Saya cuma nak kata " Kalau kita tak mampu nak membudayakan perkara yang baik , setidak-tidaknya kita sokonglah amalan yang baik untuk kebaikan bersama".
Tengok yang ini berselerak macam kapal karam ..... kena kemas ni.
Kerjasama yang macam ni lah yang ingin dilihat oleh Tuan Ali dan pucuk pimpinan PDRM...