Tuan Ali tentu sebuk selepas ni kerana dilantik sebagai Ketua Pasukan pelaksana 5 S bagi Jabatan Pengurusan. Berat juga tanggung jawabnya kerana terpaksa mempastikan amalan 5 S bukan sahaja bagi Cawangan Kem Komandan tetapi juga melibatkan Cawangan Istiadat, Persatuan, Pembantu dan Muzium PDRM dilaksanakan dengan jayanya. Rasa-rasanya susah jugak nak dapat pensijilan amalan 5S dari MPC kalau tak ada kerjasama dari semua pihak.
Hari ni kerana Tuan Ali sibuk dengan program suntikan Hepetitis B dan program hari terakhir JPN di Bukit Aman untuk pengeluaran Mykad , terpaksa la saya ambil alih untuk taklimat program amalan 5 S. Alhamdulillah semua macam bersemangat betul nak laksanakan program ni. Yang nak dibuat dan diamalkan ni perkara yang baik tak kan ada yang nak membangkang kut.
Semuga hasrat menjadikan amalan 5S sebagai budaya tercapai hendaknya.
Saya cuma nak kongsi satu " Dari kecil saya dilatih oleh bapa saya supaya jangan sekali-kali menghisap rokok, walau pun sebenarnya bapa saya pengamal rokok malahan ia juga menghisap paip. Agaknya bapa saya tahu amalannya itu tak baik dari aspek kesihatan dan mahu saya amalkan gaya hidup sihat tanpa rokok. Alhamdulillah sampai sekarang saya tak perlu bazirkan wang untuk membeli rokok"
Saya cuma nak kata " Kalau kita tak mampu nak membudayakan perkara yang baik , setidak-tidaknya kita sokonglah amalan yang baik untuk kebaikan bersama".
Tengok yang ini berselerak macam kapal karam ..... kena kemas ni.
Kerjasama yang macam ni lah yang ingin dilihat oleh Tuan Ali dan pucuk pimpinan PDRM...
Suntikan Hepatitis B kami dah ambek berzaman yg lalu che azmi ooi.6 kali dah kena inject baru ada antibody.bulan sudah kena inject anti H1N1 pulak. Merokok tu hukumnya Haram dlm Islam.Hang dapat pahala banyak .Macam ayah aku dia perokok yang tegar umur 85 dok kena rokok lagi.tak tau nak kata apa dah.Mujur aku tak ikut macam dia.
ReplyDeletekebersihan lambang keimanan . ok
Ana pun suka dan syok tengok yg kemas..Semua orang suka yg cantik dan sedap kalu nak makan.Tapi apa pasai depa tak sama menjaga kebersihan.Betoi kata u all.Mak dan bapa ana pun perokok yg kuat.White Horse dan rokok daun..Org la ni dah jelas fatwa merokok tu haram, tapi masih kepala batu.. dah la merokok, buang habuk dan puntung merata-rata..dunia mau kiamat..
ReplyDeletenak macam mana lan. dah jadi darah dagin. aku tengok ramai depa cuba berenti , tapi tak leh. tak tau la macam ketagih merokok ni. hanya depa yang menagih saya mengetaui.....
ReplyDelete