Friday, January 15, 2010

Menang lagi

MAKSAK Malaysia malam ni @ 15 Jan 2010 menganjurkan malam Anugerah Maksak 2009 bagi mengenang dan meraikan pencapaian cemerlang jaguh-jaguh sukan dari kalangan kakitangan Awam sepanjang tahun 2009.



Pengarah Pengurusan PDRM YDH Dato' Abdul Razak Bokhari dan isteri serta Dato' Zaleha binti Abdul Rahman antara VIP yang hadir. Tuan Ali dan saya sendiri pun dijemput juga ke majlis tersebut.



Tak sangka pula saya Majlis Sukan PDRM berjaya menjadi Johan bagi Kategori Pemenang Keseluruhan Aktiviti MAKSAK Malaysia Tahun 2009 dengan pungutan 158 mata mengalahkan Maksak Kuala Lumpur ditempat kedua dan Maksak Selangor ditempat ketiga. Tahniah ! Tahniah ! Tahniah ! PDRM .

Bagi penerima Anugerah Khas Maksak Malaysia wakil PDRM Sazali Abdul Samad dan ASP Bibiana Ng Pei Chin telah berjaya meraih anugerah tersebut.



Sekalung tahniah untuk kedua-dua mereka yang berjaya mengharumkan pasukan PDRM.

1 comment: