2 Mei 2011 Persoalan yang bermain dikepala saya ialah ' betul ka Osama dah mati? Betul ke mayat Osama sekarang berada ditangan Amerika? Betul ke tak ada tentera Amerika yang cedera atau mati semasa operasi membunuh Osama dilancarkan?'
Nak tanya ni bukan kerana apa, puas duk tengok berita pasal Osama dah mati , gambar orang yang mati tak ditunjuk , gambar tentera buat operasi pun tak tunjuk. Yang ada kat TV cuma gambar Obama dan gambar rakyat Amerika bergembira dengar pengumuman Obama.......hidup Obama mati Osama....hehehe.
Memang kita tak akan dapat melihat mayat Osama yang dibunuh tu , Amerika awal-awal lagi dah bagi tahu mayat Osama dah di campak kedalam laut selepas dibunuh untuk dimakan oleh jerung dan paus. Macam nak menipu je ......Obama, Obama, mayat Osama pun disemadikan kat laut....hehehe
Agaknya Obama dan rakyatnya nak tebus malu persepakatan mereka dengan NATO gagal bunuh Ghadaffi kat Libya , yang terbunuh anak dan cucu Ghadaffi pulak. Misi nak melindung dan menyelamatkan nyawa dah jadi Misi menyerang dan membunuh. Bertambah la geram apabila diberitahu kedutaannya yang kosong pula diceroboh dan dirosakkan oleh penyokong Ghadaffi.
Yang seronoknya bila Amerika mengecam tindakan rakyat Libya tersebut dan menyalahkan Regim Gadaffi kerana gagal mematuhi 'The Vienna Convention' dalam melaksanakan tanggung jawab dan obligasi antarabangsa mempertahankan ' diplomatic missions'.....hihihi
Untuk mengelak dituduh bacul dan penakut dengan tindak balas Ghadaffi dan penyokong-penyokongnya, agaknya terpaksalah Obama dan rakyatnya buat cerita baru mengatakan mereka takut ancaman dan tindak balas dari Al-Qaeda kerana kematian Osama...Obama, Obama , mayat Osama pula terpaksa diguna buat pendinding....hehehe
Akhirnya saya hanya tertarik kata-kata ini dalam kenyataan Obama mengenai kejayaan menghapuskan Osama " We are once again reminded that America can do whatever we set our mind to. That is the story of our history, whether it's the pursuit of prosperity for our people, or the struggle for equality for all our citizens; our commitment to stand up for our values abroad, and our sacrifices to make the world a safer place. Let us remember that we can do these things not just because of wealth or power, but because of who we are: one nation, under God, indivisible, with liberty and justice for all."
No comments:
Post a Comment