Sunday, October 2, 2011

Petanque IGP Cup 2011 .....Talents Grooming


2 Oktober 2011   Alhamdulillah selepas dua hari berkampung di Gelanggang Petanque Bde Tengah PGA Cheras , maka selesailah kejohanan Petanque KPN Cup 2011.

Meriah! Meriah! Meriah! hanya itu yang dapat digambarkan. Tahun ni seramai 325 peserta dari 16 Kontinjen mengambil bahagian. Terima kasih tak terhingga kepada Majlis Sukan PDRM dan Komander Bde Tengah PGA YDH SAC Mohd Rodhi Ismail yang telah memberikan sokongan padu kepada Kontinjen Bukit Aman yang bertindak sebagai Pengelola kejohanan .

Jam 8.45 pm malam tadi (1 Okt 2011)  Kontinjen Bukit Aman meraikan kemenangan berpasukan lelaki mengalahkan pesaing hebat Kontinjen Pulau Pinang. Sebelum itu Pasukan Kedah telah menggemakan gelanggang dengan sorakan kemenangan apabila berjaya menundukan pasukan N. Sembilan dalam saingan berpasukan Wanita.

Pasukan Pulau Pinang pun rasanya tidak kecewa sangat kerana berjaya menjadi Johan dalam Veteran (Triple) Lelaki mengalahkan Trio Bde Tengah .

Pasukan Bde Tengah yang hebat dengan mempunyai 32 gelanggang pula berjaya mengungguli kategori Veteran Wanita apabila Trio mereka berjaya menjinakan Trio Perak untuk dinobat sebagai Johan Veteran Wanita.

Nampaknya tahun ni semua pasukan yang mengambil bahagian akan membawa pulang hadiah masing-masing . Semua kena datang ke Dewan Pengaman Pulapol Kl untuk jamuan makan malam dan majlis penyampaian hadiah sempena penutup kejohanan Bola Tampar Dan Petanque Piala KPN 2011....Best gitu! Hihihi

Kepada yang tak sempat bersama kami nah klik saja disini Urusetia kami ,  Meriahnya Petanque (1st day) Ceria Petanque (1st day ),  Haiyuk-Haiyuk... (1st day)ISA guna kuasa (2nd Day) , Cuba teka siapa dia?Tiada beza antara kami (2nd day)    untuk menilai dan mentafsir nilai persahabatan dan keakraban petanque....

Jurulatih Kl Sjn Rasit kata " Tuan ni mulut celupar betul la awal dah letak siapa kalah siapa dan siapa jadi juara , Kl dah kalah kepada Pulau Pinang ...hehehe".

Saya hanya kata "Hang  Shid baca kekuatan atas kertas , saya baca kekuatan dalam hati dan perasaan...hihihi"

Nak tambah sikit lagi " Kepada Kpl Mat Zin jurulatih N. Sembilan jangan sedih sangat la pasal silap perhitungan tu....lain kali kita lawan lagi . Lagi pun ISA dah mansuh ....hihihi".

Nak publish yang ini ....Cantik!!.....hihihi


 Kata Tn Hj Tahir Imam Masjid Bukit Aman " Nak menegakkan syiar islam ni bukan  setakat duk masjid saja. Kita kena la turun padang sama , sampai waktu sama-sama tunaikan tanggung jawab kepada Allah SWT."  Kata saya " Setuju sangat Tn Hj "

                                                        Masa untuk minum.......kita minum dulu 


Anggun.....

Bukan senang nak posing dengan gadis-gadis cun nih...hihihi

2 comments:

  1. wah... pic sy paling atas tu...hu3..papepun tahniah pada team PULAPOL KL coz 1st time mara sampai suku akhir... 2 thn akan dtg kita berjuang plak sampai final....yeah~~

    ReplyDelete
  2. Salam Puan,

    Tq , semuga Pulapol Kl akan muncul sebagai gergasi petanque dalam masa 2 tahun....hihihi

    ReplyDelete