Saturday, November 26, 2011

هجرية



26 November 2011  Masa begitu pantas berlalu , esok kita akan membuka dairi baru bagi tahun 1433 Hijrah. Petang ni jam 6.30 pm kena pi surau baca Yassin dan doa hujung tahun 1432 H, lepas tu nak sambung pula berdoa  untuk buka buku baru 1433H.....

Mula-mula nak baca doa ni.....



Lepas tu nak baca doa ni pula......

Tiba masa nak sambut "Maal Hijrah" ni , teringat  pada saudara Ahmad Md Saman , Mak Lang dan Kak Ja . Bukannya apa dua tahun lepas masa sambut "Maal Hijrah 1431" famili kami buat reunion kat Bagan Lalang . Kalau umor panjang dan ada kelapangan dan keupayaan kita pakat buat reunion balik la untuk sambut Maal Hijrah 1441 ..... hehehe



Saya hanya nak kata "Ya Allah, ampunilah segala kesalahanku serta segala dosa yang telah aku lakukan samaada yang aku sedari atau tidak ku sedari."

Monday, November 21, 2011

Lucky Number ... 20112011

20 Nov 2011   Melawat anak kat Tg Malim bersama isteri sambil-sambil nak betulkan keretanya yang dah beberapa hari tak bergerak kerana kerosakan bateri. Nak jadi mekanik pulak ni.  Kerja mudah tukar bateri yang dah  "kong" .....hihihi

Masa dalam perjalanan balik singgah kat Kg Gamut makan durian.  Buah yang sangat enak dari nak makan sebiji terus beli 8 biji . Lepas makan patah balik ke Tg Malim hantar untuk jaja , selebihnya bawa balik untuk anak-anak yang menunggu kat rumah...hahaha ayah yang tak lupa anak-anak.

Alhamdullillah perjalanan yang berkat hari ini . Masa pergi tak hujan , masa balik sepanjang jalan dari Hulu Yam hujan tetapi kami selamat kerana hujan dah berhenti . Ditakdirkan sebaik kami menjejak kaki dirumah hujan pun turun secara tiba-tiba.....hujan rahmat kut ...

Nak tengok kami makan durian ?   Hahaha  klik kat sini

Saya hanya nak kata  " Kak Ros dan Abang Nizam bawa-bawa la SYM tu meronda kat Kg Gamut sambil makan durian yang enak kat sana"

Wednesday, November 16, 2011

قلبي


15 Nov 2011 Dr Ishak hanya kata kat saya Alhamdulillah! semua Ok....simpan la gambar ni untuk kenang-kenangan......






Saya membaca doa yang diajar oleh Tok dan Nenek saya  " Allahumma innii as-aluka rohmatan min ‘indika tahdiibihaa qolbii wa tajma‘u bihaa syamlii wa taruddu bihalfitnatu ‘annii." 

Akhirnya saya juga nak ucapkan  "Terima kasih kepada doktor2 dan staff2 wad 3 Hospital Pakar Al Islam Kg. Baru diatas layanan selama 9 hari saya berada di wad untuk rawatan"

Tuesday, November 8, 2011

MRI

08 November 2011  Dulu hanya dengar cerita saja dari Tuan Ali dan SI Mail Lok U tapi hari ini saya sendiri merasai masuk dalam terowong tersebut  ...hahaha




Hari ni saya menjalani prosedur MRI (Magnetic Resonance Imaging ) di Sentosa Medical Centre. Terima kasih kepada Dato Dr Abd Samad Sakijan dan pembantu-pembantunya , saya langsong tidak tertekan dengan prosedur tersebut.






Saya hanya nak kata " Lebih baik kita tahu daripada kita tak tahu".

Sunday, November 6, 2011

Health Trace

01 hb November 2011  Dah buat temujanji untuk menghadiri ceramah permakanan kat klinik Tanglin jam 10.00 pagi , malangnya jam 4.00 pagi saya diserang sakit perut dan belakang . 


Kesakitan bertambah memuncak menjelang pagi , rasanya macam dah tak tertahan diri saya untuk menahan sakit. Isteri saya minta bersabar kerana Poliklinik tempat selalu keluarga kami mendapat rawatan hanya dibuka mulai jam 10.00 pagi.


Tepat jam 10.00 pagi saya dah berada di Poliklinik Aishah Tmn Samudera mengadap doktor Asmah untuk dapatkan rawatan.  Satu suntikan yang agak pedih dibenam di punggung , saya jugak diberi makan ubat gastrik. Kos rawatan hanya Rm 65.00 .  Tq doktor Asmah.


Sehingga jam 3.00 petang sakit perut dan belakang  tak juga reda malahan kaki saya pula tiba-tiba kejang. Isteri saya desak saya ke hospital untuk rawatan lanjut . Selepas mendapatkan surat rujukan dari doktor Asmah saya kehospital Pakar Al Islam Kg. Baru bersama isteri.


Kebetulan saya dirawat oleh doktor yang pernah merawat saya dua tahun lepas . Keadaan sakit yang dialami memaksa saya di masukkan ke Wad 306 B dibawah pengawasan Dr Ishak  pakar gastro. yang merawat saya pada tahun 2009. Badan saya kembali pulih selepas diberikan antibiotics dan ubat gastrik tetapi kesakitan bahagian belakang walau pun agak reda tapi masih dirasai .


Saya bersetuju untuk menjalani beberapa prosedur bagi mengesan punca penyakit .  Selepas mengambil X-ray  dan ujian Ultra-sound saya menjalani 'stres test' dikendali oleh Dr Sahrul dari IJN . Selepas ini saya perlu menjalani ujian angiogram pulak bagi mempastikan saya tiada mengalami masaalah berkaitan jantung.... Insyaallah tolong doakan saya selamat menjalani ujian ini.


Saya call mak saya beritahu saya sakit dan minta dia doakan untuk kesihatan dan keselamatan saya. 


Air mata saya menitis bila mak saya kata " Mak sentiasa berdoa untuk keselamatan dan kesihatan anak2 mak"


Saya hanya nak kata  " Terima kasih kepada Bos saya Tuan Ali dan semua staf pejabat dan anggota Kem Komandan yang tak putus-putus menziarahi saya. Kepada adik saya Syadah dan Md Nor ,Kak Ila dan suami, Sjn Rashid dan isteri, abang Kamal dan isteri, Sjn Razak , Pengerusi surau Al Najah Tmn Batu Muda bersama AJK nya saya amat terharu dengan kunjungan ziarah serta doa kalian"