20 Nov 2011 Melawat anak kat Tg Malim bersama isteri sambil-sambil nak betulkan keretanya yang dah beberapa hari tak bergerak kerana kerosakan bateri. Nak jadi mekanik pulak ni. Kerja mudah tukar bateri yang dah "kong" .....hihihi
Masa dalam perjalanan balik singgah kat Kg Gamut makan durian. Buah yang sangat enak dari nak makan sebiji terus beli 8 biji . Lepas makan patah balik ke Tg Malim hantar untuk jaja , selebihnya bawa balik untuk anak-anak yang menunggu kat rumah...hahaha ayah yang tak lupa anak-anak.
Alhamdullillah perjalanan yang berkat hari ini . Masa pergi tak hujan , masa balik sepanjang jalan dari Hulu Yam hujan tetapi kami selamat kerana hujan dah berhenti . Ditakdirkan sebaik kami menjejak kaki dirumah hujan pun turun secara tiba-tiba.....hujan rahmat kut ...
Nak tengok kami makan durian ? Hahaha klik kat sini
Saya hanya nak kata " Kak Ros dan Abang Nizam bawa-bawa la SYM tu meronda kat Kg Gamut sambil makan durian yang enak kat sana"
The King, his family and U
1 week ago
No comments:
Post a Comment