Sunday, November 6, 2011

Health Trace

01 hb November 2011  Dah buat temujanji untuk menghadiri ceramah permakanan kat klinik Tanglin jam 10.00 pagi , malangnya jam 4.00 pagi saya diserang sakit perut dan belakang . 


Kesakitan bertambah memuncak menjelang pagi , rasanya macam dah tak tertahan diri saya untuk menahan sakit. Isteri saya minta bersabar kerana Poliklinik tempat selalu keluarga kami mendapat rawatan hanya dibuka mulai jam 10.00 pagi.


Tepat jam 10.00 pagi saya dah berada di Poliklinik Aishah Tmn Samudera mengadap doktor Asmah untuk dapatkan rawatan.  Satu suntikan yang agak pedih dibenam di punggung , saya jugak diberi makan ubat gastrik. Kos rawatan hanya Rm 65.00 .  Tq doktor Asmah.


Sehingga jam 3.00 petang sakit perut dan belakang  tak juga reda malahan kaki saya pula tiba-tiba kejang. Isteri saya desak saya ke hospital untuk rawatan lanjut . Selepas mendapatkan surat rujukan dari doktor Asmah saya kehospital Pakar Al Islam Kg. Baru bersama isteri.


Kebetulan saya dirawat oleh doktor yang pernah merawat saya dua tahun lepas . Keadaan sakit yang dialami memaksa saya di masukkan ke Wad 306 B dibawah pengawasan Dr Ishak  pakar gastro. yang merawat saya pada tahun 2009. Badan saya kembali pulih selepas diberikan antibiotics dan ubat gastrik tetapi kesakitan bahagian belakang walau pun agak reda tapi masih dirasai .


Saya bersetuju untuk menjalani beberapa prosedur bagi mengesan punca penyakit .  Selepas mengambil X-ray  dan ujian Ultra-sound saya menjalani 'stres test' dikendali oleh Dr Sahrul dari IJN . Selepas ini saya perlu menjalani ujian angiogram pulak bagi mempastikan saya tiada mengalami masaalah berkaitan jantung.... Insyaallah tolong doakan saya selamat menjalani ujian ini.


Saya call mak saya beritahu saya sakit dan minta dia doakan untuk kesihatan dan keselamatan saya. 


Air mata saya menitis bila mak saya kata " Mak sentiasa berdoa untuk keselamatan dan kesihatan anak2 mak"


Saya hanya nak kata  " Terima kasih kepada Bos saya Tuan Ali dan semua staf pejabat dan anggota Kem Komandan yang tak putus-putus menziarahi saya. Kepada adik saya Syadah dan Md Nor ,Kak Ila dan suami, Sjn Rashid dan isteri, abang Kamal dan isteri, Sjn Razak , Pengerusi surau Al Najah Tmn Batu Muda bersama AJK nya saya amat terharu dengan kunjungan ziarah serta doa kalian"

No comments:

Post a Comment