Friday, December 30, 2011

Fire Drill

29 Disember 2011  Kem Komandan mengadakan Fire Drill sebagai langkah melatih Staf di Menara 1 Bukit Aman bertindak menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.....






Saya hanya nak kata " biar susah hari ini , esok lusa senang nak selamatkan diri"

Tuesday, December 13, 2011

Rif And Harris


12 Disember 2011   Mulakan catatan hari ini dengan melafaskan selawat Tafrijiyah .......


Alhamdulillah ! kesyukuran hanya ditujukan kepada Allah swt kerana dengan izinnya jua apa yang dihajati berlaku dengan lancar dan sempurna. Segala yang baik itu dari Allah swt jua manakala yang tidak sempurna itu adalah kelemahan hamba mu ini....

Sebak dada saya apabila gema kompang serta selawat kepada junjungan nabi Muhammad saw mengiring langkah pasangan pengantin . Tanggal 10 Disember 2011 mencatat sejarah bukan saja kepada anak saudara ku Rifqah dan Harris yang selamat diijabkabul sebagai suami isteri, malah sejarah juga kepada Mak Anjang dan Mak Teh  yang pertama kali menyediakan pelamin  yang begitu indah untuk pengantin.....khabarnya yang nyata kedua mereka ni tak tidor dua malam semata-mata duk buat benda ni  Menarik dan Cantik..hihihi

Bukan setakat menyediakan pelamin , Mak Anjang juga bertanggungjawab menyediakan makanan yang enak untuk tetamu ....yang ini pun khabarnya Mak Anjang tumpah juga airmata kegembiraannya.  Yang relax hanya Pak Anjang dan kawan-kawannya  dalam pesta  Kacau  dan Goreng ....hahaha

Pak Anjang suka tengok pengantin yang begitu ceria dan gembira ....... tak caya tengok kat foto Rif N Harris .....

Paling meriah adik beradik dari Penang, Terangganu dan Kedah semua datang meraikan majlis Pak Andak dan Mak Andak ...seronok gitu.













11 Disember 2011 - Bukan setakat pengantin saja menghilangkan diri pergi berbulan madu , keluarga yang datang dari kampong juga berjalan sakan, sampai lupa kat kampong yang ditinggalkan....hahaha 


Tak tau la ayam dan itik makan ke tak makan. Harapkan Pak Ngah dan Pak Su saja la pi bagi makan ayam dan itik tu kerana mereka balik awal sikit......hehehe 

Lepas solat Zuhor berkonvoi di lebuh raya Lata  ke Bukit Melawati , Kuala Selangor . Menziarah tempat sejarah dengan niat nak  menjamu lotong dan kera makan kacang. Bawa sekilo kacang panjang tapi kerana terlampau gairah nak berebut naik keretapi bukit , Pak Cik Man tertinggal kacang yang dibawa dalam kereta . Kena keluar duit lain la pulak beli kacang . Happy gilaaa bebbb....lebih-lebih lagi bila abang Suhaib dan Farhana tiba-tiba muncul join kami kat Taman Ikan Air Tawar.







Dari Kuala Selangor kami berkonvoi menuju ke Nilai   melalui bandar diRaja Kelang . Saya sekadar nak bertandang tapi saudara yang lain termasuk anak bongsu saya bertekad nak berkampong di banglow dua tingkat  Abang Jan dan Faezah di Nilai Impian. 


Jamuan makan malam yang disediakan oleh Abang Jan dan Faezah amat istemewa dan lazat sekali.  Apa tidaknya ulam-ulaman dipetik di tepi rumah je. Pak Teh tak makan nasi tapi makan lauk mengalahkan orang makan nasi tiga hari ......hehehe





Saya hanya nak kata " Aku hanya manusia biasa , hidup didunia ingin bahagia , Ya Allah limpahkan lah kunia , agar hidupku sentiasa bahagia "


Sunday, December 4, 2011

Flora



04 Disember 2011  Seharian menemani Yatie dan Idah membeli bunga nak hias pelamin Rifqah minggu depan. Saya tertidor kat kerusi di ruang menunggu. Nasib baik Mahadir ajak pi pekena susu lembu kat kedai Mamak.  Saya bukan setakat minum , sepinggan nasi gulai kambing licin saya kerjakan...hehehe

Bila berada dikedai bunga  Mak Anjang dan Mak Teh dah gelap mata , cuma tak tumbang je....hehehe

Nampaknya pelamin perkahwinan Rifqah nanti akan dipenuhi dengan hiasan bunga yang menarik. Mak Anjang dan Mak Teh dah belikan lebih dari Rm 2500.00 pelbagai jenis  bunga hiasan yang sangat cantik...Jangan lupa ajak kawan-kawan datang ambil gambar pesta Flora di Majlis perkahwinan hang nanti.

Jangan terkejut lepas ni kalau Mak Anjang dan Mak Teh tiba-tiba jadi taukeh bunga pulak....hahaha

Keletihan dikedai bunga membuat saya macam dah tak bermaya , mata asyik nak pejam saja. Minta maaf banyak-banyak kepada Hisham , Rasuna dan anak-anak yang berkunjung ke rumah , kalau Bang Mie tiba-tiba berada dialam lain sambil bercakap....hehehe

Saya hanya nak kata " Seronok kalau dapat lakukan apa yang kita suka , lebih-lebih lagi kalau orang gembira dengan apa yang kita suka "