Tuesday, December 13, 2011

Rif And Harris


12 Disember 2011   Mulakan catatan hari ini dengan melafaskan selawat Tafrijiyah .......


Alhamdulillah ! kesyukuran hanya ditujukan kepada Allah swt kerana dengan izinnya jua apa yang dihajati berlaku dengan lancar dan sempurna. Segala yang baik itu dari Allah swt jua manakala yang tidak sempurna itu adalah kelemahan hamba mu ini....

Sebak dada saya apabila gema kompang serta selawat kepada junjungan nabi Muhammad saw mengiring langkah pasangan pengantin . Tanggal 10 Disember 2011 mencatat sejarah bukan saja kepada anak saudara ku Rifqah dan Harris yang selamat diijabkabul sebagai suami isteri, malah sejarah juga kepada Mak Anjang dan Mak Teh  yang pertama kali menyediakan pelamin  yang begitu indah untuk pengantin.....khabarnya yang nyata kedua mereka ni tak tidor dua malam semata-mata duk buat benda ni  Menarik dan Cantik..hihihi

Bukan setakat menyediakan pelamin , Mak Anjang juga bertanggungjawab menyediakan makanan yang enak untuk tetamu ....yang ini pun khabarnya Mak Anjang tumpah juga airmata kegembiraannya.  Yang relax hanya Pak Anjang dan kawan-kawannya  dalam pesta  Kacau  dan Goreng ....hahaha

Pak Anjang suka tengok pengantin yang begitu ceria dan gembira ....... tak caya tengok kat foto Rif N Harris .....

Paling meriah adik beradik dari Penang, Terangganu dan Kedah semua datang meraikan majlis Pak Andak dan Mak Andak ...seronok gitu.













11 Disember 2011 - Bukan setakat pengantin saja menghilangkan diri pergi berbulan madu , keluarga yang datang dari kampong juga berjalan sakan, sampai lupa kat kampong yang ditinggalkan....hahaha 


Tak tau la ayam dan itik makan ke tak makan. Harapkan Pak Ngah dan Pak Su saja la pi bagi makan ayam dan itik tu kerana mereka balik awal sikit......hehehe 

Lepas solat Zuhor berkonvoi di lebuh raya Lata  ke Bukit Melawati , Kuala Selangor . Menziarah tempat sejarah dengan niat nak  menjamu lotong dan kera makan kacang. Bawa sekilo kacang panjang tapi kerana terlampau gairah nak berebut naik keretapi bukit , Pak Cik Man tertinggal kacang yang dibawa dalam kereta . Kena keluar duit lain la pulak beli kacang . Happy gilaaa bebbb....lebih-lebih lagi bila abang Suhaib dan Farhana tiba-tiba muncul join kami kat Taman Ikan Air Tawar.







Dari Kuala Selangor kami berkonvoi menuju ke Nilai   melalui bandar diRaja Kelang . Saya sekadar nak bertandang tapi saudara yang lain termasuk anak bongsu saya bertekad nak berkampong di banglow dua tingkat  Abang Jan dan Faezah di Nilai Impian. 


Jamuan makan malam yang disediakan oleh Abang Jan dan Faezah amat istemewa dan lazat sekali.  Apa tidaknya ulam-ulaman dipetik di tepi rumah je. Pak Teh tak makan nasi tapi makan lauk mengalahkan orang makan nasi tiga hari ......hehehe





Saya hanya nak kata " Aku hanya manusia biasa , hidup didunia ingin bahagia , Ya Allah limpahkan lah kunia , agar hidupku sentiasa bahagia "


No comments:

Post a Comment