04 Disember 2011 Seharian menemani Yatie dan Idah membeli bunga nak hias pelamin Rifqah minggu depan. Saya tertidor kat kerusi di ruang menunggu. Nasib baik Mahadir ajak pi pekena susu lembu kat kedai Mamak. Saya bukan setakat minum , sepinggan nasi gulai kambing licin saya kerjakan...hehehe
Bila berada dikedai bunga Mak Anjang dan Mak Teh dah gelap mata , cuma tak tumbang je....hehehe
Nampaknya pelamin perkahwinan Rifqah nanti akan dipenuhi dengan hiasan bunga yang menarik. Mak Anjang dan Mak Teh dah belikan lebih dari Rm 2500.00 pelbagai jenis bunga hiasan yang sangat cantik...Jangan lupa ajak kawan-kawan datang ambil gambar pesta Flora di Majlis perkahwinan hang nanti.
Jangan terkejut lepas ni kalau Mak Anjang dan Mak Teh tiba-tiba jadi taukeh bunga pulak....hahaha
Keletihan dikedai bunga membuat saya macam dah tak bermaya , mata asyik nak pejam saja. Minta maaf banyak-banyak kepada Hisham , Rasuna dan anak-anak yang berkunjung ke rumah , kalau Bang Mie tiba-tiba berada dialam lain sambil bercakap....hehehe
Saya hanya nak kata " Seronok kalau dapat lakukan apa yang kita suka , lebih-lebih lagi kalau orang gembira dengan apa yang kita suka "
No comments:
Post a Comment