Saturday, May 5, 2012

Catatan Nyanyok 3.0.....hahaha

5 Mei 2012 Alhamdulillah selepas melalui minggu-minggu yang memenatkan fizikal dan minda , minggu ni terasa tenang sedikit.  Isteri saya dah ada program bersama rakan-rakannya, Are Ee dan Akid pula nak ke perpustakaan negara dan minta saya hantarkan. Malangnya bila sampai diperpustakaan dapati tergantung notis dipintu pagar "Perpustakaan ditutup sempena cuti Hari Wesak" .

On the way balik atas dasar kepercayaan bahawa negara ini aman dan damai saya tinggalkan Are Ee dan Akid di Galeri Permainan Giant Batu Caves .  Saya nak balik masak untuk mereka....hahaha

Masa yang terluang saya habiskan dengan membaca.....  

 Catatan seorang Prof dan pakar Perlembagaan  yang ditangkap semasa Bersih 3.0 28 April 2012 menarik perhatian. Saya fikir semua Pegawai dan anggota polis kena baca yang ini......hahaha


Catatannya lebih kurang begini je....

Saya ditahan sekitar jam 3:50 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. 

Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.

Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.

Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal."

Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa.

Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.


Saya hanya nak kata " Prof kangkong ka ni?....hehehe" "Biaqkan la dia dah nyanyuk sebab banyak urat yang putus"....hahaha.

No comments:

Post a Comment