Monday, May 21, 2012

Nostalgic Ride

20 Mei 2012  Macam tak percaya je , tiba-tiba muncul perasaan nak melakukan perjalanan ziarah ke Kuala Krau, Pahang. Banyak perkara yang nak dibuat terbayang dikotak fikiran saya. Lepas solat suboh saya ajak isteri saya " Jom kita ronda-ronda Pahang hari ni , naik motor".

Isteri saya memang pantang diajak lebih-lebih lagi kalau bermotosikal, terus saja bersiap-siap macam nak pergi mengembara sebulan...hahaha

Lebih kurang jam 8.45 pagi kami bertolak dari rumah terus menuju ke highway Kl-Karak dengan semangat yang membara....



Dalam perjalanan kami singgah di Steshen Minyak Petronas berhampiran kawasan rehat Lentang. Berhenti sekadar nak pekena teh tarik dan menjamah hidangan di Restoran D' Paya Serai.


Masa kami berhenti ramai juga pengguna lebuhraya singgah menjamu selera . Paling ramai saya nampak warga Kelantan dengan lambang baju merah . Mereka-mereka ni tentunya dalam perjalanan balik selepas menyaksikan perlawanan Piala FA malam tadi . Semuanya kelihatan ceria-ceria belaka , kebanyakan kenderaan yang digunakan berkibar dengan bendera merah kebanggan mereka. Walau pun saya tak menuntun perlawanan semalam , dari riak muka mereka ,saya dapat jangkakan tentu Kelantan dah menang...hahaha.

Semasa menghampiri plaza tol Temerloh , sedikit kecuaian menyebabkan saya terlepas laluan motosikal dan terpaksa melalui laluan tol bersama kenderaan lain. Malangnya sebaik melepasi palang tol saya terpandang kereta peronda polis. Pemandu kereta polis tersebut keluar berdiri didepan kereta sambil memberi isyarat mengarah saya berhenti.

Sebaik berhenti saya terus berkata kepada anggota polis tersebut "Minta maaf encik saya tak perasan simpang tadi" . Dengan suara tinggi polis tu menghambur kata-kata kepada saya " Signboard besar terpangpang pun tak nampak, minta ic dengan lesen". Saya serahkan lesen dan tunjukan pengenalan saya. Lepas memeriksa lesen saya, anggota berkenaan serahkam kembali dan saya dibenarkan meneruskan perjalanan.

Selamat aku...hahaha. Masa bergerak meneruskan perjalanan , isteri saya tanya " Kad kuasa polis abang tak ada ke?" Saya kata " Ada dalam beg susah nak keluar" .

Tapi yang saya herannya kenapa pemandu kereta peronda tu yang keluar tahan saya manakala crewnya hanya berdiam diri dalam kereta??????

Semasa melalui jalan Temerluh ke Kuala Krau kelihatan sepanjang jalan berkibar bendera Parti politik macam suasana pilihanraya pulak....hahaha



Lebih kurang jam 10.30 am sebaik sampai di Kuala Krau kami terus menuju ke tanah perkuburan Bukit Steshen Keretapi untuk menziarahi pusara aruah bapa mertua saya.


Dari pusara bapak kami meneruskan perjalanan ke perkampungan orang asli Penderas. Dah hampir 34 tahun saya tidak pernah kesana. Kali terakhir saya ke perkampongan ini sekitar tahun 1978 semasa berkhidmat di Balai Polis Kuala Krau. Nak masuk keperkampungan tu misti cara berkumpulan kerana masa tu ancaman kominis masih berleluasa.

Banyak perubahan yang berlaku diperkampongan ini, kalau dulu kawasan hutan yang hanya menggunakan laluan lori membawa balak tapi kini dah ada jalan tar dan sebuah sekolah yang cantik .

Yang pastinya penduduk disini masih macam dulu-dulu baik dan mudah mesra.Seronok tengok gadis-gadis remaja mereka bergotong royong membersih kawasan permainan ...hahaha.



Sempat juga lah saya dan isteri bergambar dengan kanak-kanak didepan sekolah dan yang seronoknya kami dapat mencuba menumbuk padi huma sambil berbual mesra dengan penduduknya yang begitu peramah. Yang sempat kami kenal hari tu masa mencuba menumbuk padi bernama Kamsiah dan Rohana.



Menjelang tengahari lebih kurang jam 1.30 pm , kami berpatah balik keKuala Krau. Singgah dikedai makan peninggalan bapa mertua untuk menziarahi 'Mak De' dan Adik Siti. Kami dihidangkan dengan makan tengahari yang sungguh enak. Ikan patin, daging salai berulamkan maman dan budu menjadi rezeki tengahari kami. Sayangnya kami tidak dapat bertemu adik Siti yang tiada dirumah kerana sedang menjalani latihan khidmat negara di Muazam Shah.


Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur kami sempat singgah di Kuala Gandah untuk melihat gajah...hahaha




Saya hanya nak kata "Nostalgia, Nostalgia , Nostalgia....hahaha"

2 comments:

  1. Nampak dak sign board beso " LIPAT KAJANG " hehehe

    ReplyDelete
  2. Sign board "LIPAT KAJANG' tak nampak pulak pasai kat simpang tu penuh dengan bendera bulan penuh....hehehe

    ReplyDelete