Monday, July 16, 2012

Allah Hu Akbar

12 Julai 2012  Jam 6.30 petang untuk malam ketiga berturut-turut berlepas ke Kelang untuk menghadiri majlis tahlil arwah di rumah bapa mertua Tuan Ali .  Harap Tuan Ali dan keluarga bersabar dan redha menerima ketentuan Allah swt diatas pemergian buat selamanya anakandanya yang dikasihi Mohd Ikmal Hakim yang kembali kerahmatullah pada petang Isnin 9 Julai 2012. Doa kami agar roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan mendapat rahmat serta keampunan Allah swt....Al Fatihah.

Takdirnya pulak selepas kembali dari Kelang , perut saya mula meragam dan bahagian belakang saya beransur-ansur berasa sakit. Saya menjangkakan sakit gastrik telah kembali menyerang saya. Menjelang tengah malam kesakitan yang saya alami semakin menjadi-jadi. Dengan bantuan  Syauqi , saya ke Pusat Rawatan Al Islam Kg Baru untuk menerima rawatan.


Disebabkan kesakitan yang saya alami agak teruk ,selepas diberi suntikan saya dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan lanjut.....

13 Julai 2012 Selepas solat jumaat dimasjid Kg Baru keadaan kesakitan saya dah agak pulih , saya minta kebenaran doktor untuk keluar wad .Akhirnya jam 5.30 pm selepas menyelesaikan bil rawatan saya dibenarkan balik...Alhamdulillah

14 Julai 2012 Masih belum sihat sepenuhnya tetapi hati didalam tetap gembira. Saya masih berpeluang untuk ke Nibung Tebal menghadiri majlis perkahwinan Hafis dan seterusnya melawat Mak saya di kampong.....hahaha

Gambar-Gambar kenangan di Majlis perkahwinan Hafis ......menarik dan meriah sekali.





Dalam perjalanan ke Jitra kami singgah di Gurun kerana dah lama merancang nak ke pucak Gunung Jerai...tak termakbul hasrat kami , jalan kepuncuk ditutup kepada semua lalu lintas kerana kerja-kerja pembaikan akibat tanah runtuh sedang dijalankan.  Hanya setakat di kaki gunung je la....hahaha




 Yang paling best sekali bila balik kampong , dapat jumpa mak la.......hehehe



Saya hanya nak kata " Kesakitan saya sembuh bila minta mak saya tolong urut dan doakan. Kalau tak sihat , jumpa la mak dan minta mak ubatkan ...Insyaallah sembuh"

Monday, July 9, 2012

Frazer Hill ...One day trip


8 Julai 2012 Ahad  Yeeaah! cuti dua minggu saya dah bermula. Terima kasih kepada tuan Ali yang menyokong permohonan cuti saya....hahaha

Hari ini saya bersama isteri bergerak dengan sym 200 kami menuju ke  Frazer Hill untuk melihat keindahan hutan disana.


Selepas membeli sarapan untuk anak-anak  lebih kurang jam 10.00 pagi kami memulakan perjalanan dengan doa.....

 Ya Allah! Engkau tuan punya perjalanan ini, dan penjaga kepada ahli keluarga. Ya Allah! Aku berlindung denganMu dari kawan-kawan yang tidak ada kecekapan, dan dari putus asa dalam perjalanan, Ya Allah! Pendekkanlah bagi kami bumi ini, dan permudahkanlah bagi kami perjalanan ini". 

Menjelang tengahari kami dah berada Pusat Bandar Bukit Frazer. Aduh! teruja benar bila hasrat hati menjadi kenyataan. Isteri saya macam nak melompat turun dari sym nak pijak bumi idamannya...hahaha


Teguran seorang lelaki ahli kelab sym membuat kami terus menjadi mesra lebih-lebih lagi bila tahu kami pernah bertemu di majlis makan malam club sym di WW hotel tahun lepas. Sahabat yang dikenali sebagai Izani menjalankan perniagaan kedai cenderamata di Bukit Frazer.


Sebagai tanda kenangan kehadiran kami di Bukit Frazer isteri saya membeli cenderamata untuk anak-anak . Terima kasih Izani kerana memberi diskaun 20% kepada kami .

Makan tengahari kami hanya ala kadar disebuah restoran bersebelahan Masjid Sultan Mahmud .



Selepas menunaikan solat dan puas berlegar dipersekitaran Bukit Frazer kami meneruskan perjalanan pulang...

Nak publish gambar menarik kami di Bukit Frazer ....Kak Ros dan Abang Nizam jangan jeles ya....hahaha




Kalau nak tengok banyak lagi kat sini la ....hahaha