8 Julai 2012 Ahad Yeeaah! cuti dua minggu saya dah bermula. Terima kasih kepada tuan Ali yang menyokong permohonan cuti saya....hahaha
Hari ini saya bersama isteri bergerak dengan sym 200 kami menuju ke Frazer Hill untuk melihat keindahan hutan disana.
Selepas membeli sarapan untuk anak-anak lebih kurang jam 10.00 pagi kami memulakan perjalanan dengan doa.....
“Ya Allah! Engkau tuan punya perjalanan ini, dan penjaga kepada ahli keluarga. Ya Allah! Aku berlindung denganMu dari kawan-kawan yang tidak ada kecekapan, dan dari putus asa dalam perjalanan, Ya Allah! Pendekkanlah bagi kami bumi ini, dan permudahkanlah bagi kami perjalanan ini".”
Menjelang tengahari kami dah berada Pusat Bandar Bukit Frazer. Aduh! teruja benar bila hasrat hati menjadi kenyataan. Isteri saya macam nak melompat turun dari sym nak pijak bumi idamannya...hahaha
Teguran seorang lelaki ahli kelab sym membuat kami terus menjadi mesra lebih-lebih lagi bila tahu kami pernah bertemu di majlis makan malam club sym di WW hotel tahun lepas. Sahabat yang dikenali sebagai Izani menjalankan perniagaan kedai cenderamata di Bukit Frazer.
Sebagai tanda kenangan kehadiran kami di Bukit Frazer isteri saya membeli cenderamata untuk anak-anak . Terima kasih Izani kerana memberi diskaun 20% kepada kami .
Makan tengahari kami hanya ala kadar disebuah restoran bersebelahan Masjid Sultan Mahmud .
Selepas menunaikan solat dan puas berlegar dipersekitaran Bukit Frazer kami meneruskan perjalanan pulang...
Selepas menunaikan solat dan puas berlegar dipersekitaran Bukit Frazer kami meneruskan perjalanan pulang...
Nak publish gambar menarik kami di Bukit Frazer ....Kak Ros dan Abang Nizam jangan jeles ya....hahaha
No comments:
Post a Comment