20200701...Teringat sesuatu yg telah lama ku tinggalkan...
Wednesday, November 16, 2016
Confused
16 Nov 2016 ( Rabu ) Betul ke apa yang diperjuangkan? Betul ke apa yang dipertahankan? Benar ke apa yang diperkatakan? Atau mereka dan aku yang salah membuat penilaian? Hanya masa yang menentukan kerana hanya Allah swt yang maha mengetahui....
Sama-sama kita membuat penilaian dan bersabar menunggu kesudahannya apa yang diperkatakan oleh mereka2 samaada yang berakal panjang atau yang berakal pendek atau mungkin juga yang tidak berakal ...
Mungkin tak salah untuk saya memetik firman Allah swt dalam surah Al-Anfal ayat 46-49 yang bermaksud
" Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya. (Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata: Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh agama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya). Dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin, maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana ".
Semuga kita sama-sama mendapat manafaatnya...In Syaa Allah.
Tuesday, September 20, 2016
20 Sept 2016 Dah lama meninggalkan aktiviti menulis. Terasa kehilangan sesuatu yang amat berharga. Dah tak tahu dari mana nak memulakan catatan selepas 3 tahun ditinggalkan. Mungkin elok kalau diimbas kembali kenangan bergambar pahit manis 3 tahun yang dah berlalu sebagai catatan utk anak cucuku...
26 Okt 2015 ... Menganggotai Lembaga Temuduga Kenaikan Pangkat PRP (Kpl ke Sjn)
Kontinjen Penang.

17 Januari 2016 Ride Kl - Kuala Krau
26 Okt 2015 ... Menganggotai Lembaga Temuduga Kenaikan Pangkat PRP (Kpl ke Sjn)
Kontinjen Penang.

21 November 2015 Langkawi
8 Disember 2016 Latihan Kegemparan Am
2 Januari 2016 Ride KL-Penang- Kedah
10 Januari 2016 Ride Ikan Patin Temerloh/Lemang Tok Ki Bentong
17 Januari 2016 Ride Kl - Kuala Krau
25 Jan 2916 Ride Ke Kuala Selangor
Friday, May 24, 2013
Memori Mei...13
24 Mei 2013 (Jumaat) Dah lama tak menulis , kak Ros pun dah bertanya 'kenapa tuan tak Up date blog sekarang?' .
Pada pagi jumaat yang mulia dan berkat ini terdetik dihati untuk kembali mencatat peristiwa untuk kenangan dimasa mendatang.
Saya melakar catitan dengan memetik firman Allah swt ayat 286 dari surah Al-Baqara yang bermaksud :
" Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."
PRU 13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013 telah berlalu , keputusan pilihanraya yang memberi kemenangan kepada Barisan Nasional telah pun telah diwartakan pada 22 Mei 2013. Kepada calun-calun yang tidak berpuashati dengan perjalanan pilihanraya yang telah dijalankan mempunyai tempoh 21 hari untuk mengemukakan petisyen atau bantahan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri. Gunakanlah saluran undang-undang yang ada untuk membantah , hindarkan diri dari menjerumuskan negara kekancah kehancuran melalui demontrasi jalanan.
Bulan Mei 2013 juga melakar kenangan untuk keluarga saya, anak kedua saya Che Ahmad Syauqi selamat dijab qabul dengan pasangannya mesra dengan panggilan "baby" di Masjid Bukit Aman pada 3 Mei 2013. Majlis kenduri yang dijadualkan pada 5 Mei 2013 diubah kepada 30 Jun 2013 bertempat di Dewan Dato Mahfuz , Jalan Hishamuddin, Kl.
Semuga kita akan terus mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah swt hendaknya.

Saturday, February 2, 2013
Usia Emas...
1 Feb 2013 Tahun 2013 hanya berbaki lagi sebelas bulan....aduhhh betapa cepatnya masa berlalu . Terfikir juga kalaulah umor berpencen wajib masih kekal 55 tahun , perkhidmatan ku hanya berbaki lagi 21 hari je, sekarang ni mungkin dalam tempoh bercuti penceeenn....hahaha.
Masih sayang dengan kerjaya sekarang .... seronok dengan karenah teman-teman pejabat. Hari-hari masih boleh bergurau senda , makan minum bersama dan ketawa sampai tak kering gusi ..... yang pentingnya kerja tak pernah terbengkalai...hahaha
Yang paling menyeronokan peluang beriadah bersama sahabat-sahabat di hari-hari cuti hujung minggu. Aktiviti konvoi bermotosikal begitu mencabar keupayaan dalam membentuk sifat cekal. berani dan mengukuhkan jati diri. Terima kasih kepada sahabat saya Mohd Nizam ,Muhd Alwi dan Yaakob Safar yang sanggup bergelendangan bersama-sama saya...hahaha
Sebagai kenangan dalam mengingati aktiviti konvoi yang telah ditempuhi nak juga saya Up loud gambar kat posting pertama 2013 ni....hihihi
Konvoi ke Genting Highland pada 18 Jun 2012.....Cameron Highland
Konvoi ke Jeram Toi 23 September 2012..... Jeram Toi
Konvoi ke Bukit Frazer 7 Oktober 2012...Bukit Frazer
Konvoi ke Bentong 2 Disember 2012....Bentong
Konvoi ke Gemas 15 Disember 2012.... Gemas
Konvoi ke Lancang 20 Januari 2013....Lancang
Konvoi ke Kuala Rompin 24 Januari 2013....Kuala Rompin
Konvoi ke Pulapol Kl 28 Januari 2013....Pulapol Kl
Syukur Alhamdulillah dalam usia emas ni walau pun ada sedikit sebanyak penyakit yang dialami dengan redha, keseluruhannya Allah swt masih merahmati dengan kesihatan yang baik. Masih diberi kekuatan mental dan juga fizikal untuk bergerak kesana kemari tanpa gangguan..... Hanya kepada Mu Ya Allah aku berserah diri dan memohon rahmat Mu.....
Friday, August 17, 2012
Selamat Hari Raya
17 Ogos 2012 Jumaat Bersiap-siap untuk meninggalkan Kuala Lumpur . Tahun ni insyaallah nampaknya berpeluang berhari raya di Jitra lagi....Alhamdulillah.
Rancangannya semua anak-anak dan cucu-cucu akan balik beraya bersama emak saya di Kg Tanah Merah, Jitra . Anak ketiga saya masih di Germany mengikuti kursus dan khabarnya akan menyambut hari raya di London.....Selamat Hari Raya Dekwan.
Monday, July 16, 2012
Allah Hu Akbar
12 Julai 2012 Jam 6.30 petang untuk malam ketiga berturut-turut berlepas ke Kelang untuk menghadiri majlis tahlil arwah di rumah bapa mertua Tuan Ali . Harap Tuan Ali dan keluarga bersabar dan redha menerima ketentuan Allah swt diatas pemergian buat selamanya anakandanya yang dikasihi Mohd Ikmal Hakim yang kembali kerahmatullah pada petang Isnin 9 Julai 2012. Doa kami agar roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan mendapat rahmat serta keampunan Allah swt....Al Fatihah.
Takdirnya pulak selepas kembali dari Kelang , perut saya mula meragam dan bahagian belakang saya beransur-ansur berasa sakit. Saya menjangkakan sakit gastrik telah kembali menyerang saya. Menjelang tengah malam kesakitan yang saya alami semakin menjadi-jadi. Dengan bantuan Syauqi , saya ke Pusat Rawatan Al Islam Kg Baru untuk menerima rawatan.
Disebabkan kesakitan yang saya alami agak teruk ,selepas diberi suntikan saya dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan lanjut.....
13 Julai 2012 Selepas solat jumaat dimasjid Kg Baru keadaan kesakitan saya dah agak pulih , saya minta kebenaran doktor untuk keluar wad .Akhirnya jam 5.30 pm selepas menyelesaikan bil rawatan saya dibenarkan balik...Alhamdulillah
14 Julai 2012 Masih belum sihat sepenuhnya tetapi hati didalam tetap gembira. Saya masih berpeluang untuk ke Nibung Tebal menghadiri majlis perkahwinan Hafis dan seterusnya melawat Mak saya di kampong.....hahaha
Gambar-Gambar kenangan di Majlis perkahwinan Hafis ......menarik dan meriah sekali.
Dalam perjalanan ke Jitra kami singgah di Gurun kerana dah lama merancang nak ke pucak Gunung Jerai...tak termakbul hasrat kami , jalan kepuncuk ditutup kepada semua lalu lintas kerana kerja-kerja pembaikan akibat tanah runtuh sedang dijalankan. Hanya setakat di kaki gunung je la....hahaha
Yang paling best sekali bila balik kampong , dapat jumpa mak la.......hehehe
Saya hanya nak kata " Kesakitan saya sembuh bila minta mak saya tolong urut dan doakan. Kalau tak sihat , jumpa la mak dan minta mak ubatkan ...Insyaallah sembuh"

Monday, July 9, 2012
Frazer Hill ...One day trip
8 Julai 2012 Ahad Yeeaah! cuti dua minggu saya dah bermula. Terima kasih kepada tuan Ali yang menyokong permohonan cuti saya....hahaha
Hari ini saya bersama isteri bergerak dengan sym 200 kami menuju ke Frazer Hill untuk melihat keindahan hutan disana.
Selepas membeli sarapan untuk anak-anak lebih kurang jam 10.00 pagi kami memulakan perjalanan dengan doa.....
“Ya Allah! Engkau tuan punya perjalanan ini, dan penjaga kepada ahli keluarga. Ya Allah! Aku berlindung denganMu dari kawan-kawan yang tidak ada kecekapan, dan dari putus asa dalam perjalanan, Ya Allah! Pendekkanlah bagi kami bumi ini, dan permudahkanlah bagi kami perjalanan ini".”
Menjelang tengahari kami dah berada Pusat Bandar Bukit Frazer. Aduh! teruja benar bila hasrat hati menjadi kenyataan. Isteri saya macam nak melompat turun dari sym nak pijak bumi idamannya...hahaha
Teguran seorang lelaki ahli kelab sym membuat kami terus menjadi mesra lebih-lebih lagi bila tahu kami pernah bertemu di majlis makan malam club sym di WW hotel tahun lepas. Sahabat yang dikenali sebagai Izani menjalankan perniagaan kedai cenderamata di Bukit Frazer.
Sebagai tanda kenangan kehadiran kami di Bukit Frazer isteri saya membeli cenderamata untuk anak-anak . Terima kasih Izani kerana memberi diskaun 20% kepada kami .
Makan tengahari kami hanya ala kadar disebuah restoran bersebelahan Masjid Sultan Mahmud .
Selepas menunaikan solat dan puas berlegar dipersekitaran Bukit Frazer kami meneruskan perjalanan pulang...
Selepas menunaikan solat dan puas berlegar dipersekitaran Bukit Frazer kami meneruskan perjalanan pulang...
Nak publish gambar menarik kami di Bukit Frazer ....Kak Ros dan Abang Nizam jangan jeles ya....hahaha
Subscribe to:
Posts (Atom)