Saturday, January 31, 2009

Manjoi


+


Hari terakhir bulan januari 09 . Dah janji dengan Tuan Ali dan SM Mail nak ke Ipoh menunaikan jemputan Hafis anak buah di Unit Perumahan yang akan melangsungkan perkahwinan. Kira-kira yang janji nak ikut penuh la satu Van. Waktu yang ditetapkan nak berlepas pukul 10.00 pagi.

Umi Yati kecewa tak dapat ikut kerana saya bagitau Van dah penuh dan tak ada perempuan ikut. Hari tu janji memang nak pergi bersama, mintak maaf banyak-banyak la yang.

Jam 9.38 am saya call Sm Mail katanya dia masih kat rumah lagi. Dalam hati saya tertanya-tanya janji SM Mail pukul 10.00 am tu nak bertolak ke nak berlepas. Bila saya sampai kat pejabat pukul 10.21 am saya nampak Tuan Ali dan SM Mail baru sampai. Kata Kpl Zaini kerana janji jam 10.00 am nak berlepas , jam 9.30 am dia dah terpacak kat pejabat. Sorry la bang janji SM Mail memang macam tu sebab dia janji ikut sedap mulut. Lain kali call la dulu macam saya.

Kerana Sjn Rasit yang tiba-tiba sakit pinggang dan ada yang nak naik kereta sendiri ,selain saya Tuan Ali dan Sm Mail yang ikut sama ialah En Musa , Kpl Zaini dan Huzaifah . Kami berlepas lebih kurang jam 10.40 am . Sm Mail yang memang minat stereng ambil alih tugas pandu Van.

Selepas berputar kat kawasan gugusan Manjoi SM Mail minta bantuan Azlan untuk jadi penunjuk jalan. Sambil-sambil itu kami cuba-cuba juga ikut plan kat kad jemputan hingga akhirnya jam 1.45 pm kami sampai di Dewan Serbaguna Manjoi. Azlan dan adik comelnya yang datang nak jadi penunjuk jalan akhirnya ikut dari belakang saja. Walau apa pun terima kasih la Lan kerana sanggup tinggalkan Harida kerana nak jemput kami.

Masa kami sampai Hafis tengah bersanding , rupanya ada dua pasangan pengantin iaitu abang kepada pengantin perempuan. Antara tetamu yang tak asing kepada saya yang tengah jamu selera ialah Harida dengan bapa dan ibu mertuanya, SM Rosli dan keluarga serta Sazali dan isterinya.

Majlis kendurinya meriah , makanan yang dihidangkan sedap-sedap belaka. Berselera betul kami makan. Pukul 2.30pm kami berlepas balik ke Kuala Lumpur.

Sm Mail macam biasa la ikut Hj Tahir tak nak bagi stereng pada orang lain. Macam dia pegang mic karaoke juga la. Lepas rehat kat Tapah Sm Mail mungkin kepenatan baru nak suruh Zaini pandu Van tetapi Tuan Ali paksa juga dia bawa sampai Kl. Itu la lain kali kalau ada driver jangan nak ambil alih tugas pulak.

Dalam perjalanan saya tak tidor kerana banyak ilmu nak disebarkan. Saya nak mereka berkongsi sama artikal Dr Mahadir bertajuk "Hannan" yang dipost dalam blog nya. Yang menarik kepada saya ialah mengenai penguasan ilmu dikalangan orang-orang yahudi. Malangnya En Musa yang duduk depan ,Kpl Zaini duduk kanan dan Huzaifah yang duduk belakang saya tak percaya. Semua saya nampak asyik geleng kepala kiri dan kanan saja. Rupa-rupanya mereka berada di alam lain yang lebih menyeronokkan. Saya terus bercakap sampai tak ada lagi yang geleng kepala.

Masa saya nak balik rumah dari Bukit Aman saya singgah di Petronas untuk tambah gas kereta. Depan saya ada empat buah teksi masih menunggu untuk isi gas. Masa menunggu giliran tak tau macam mana saya telah tertidor , bila saya sedar empat buah teksi depan saya sudah tiada, nasib baik tak ada kereta lain yang menunggu dibelakang saya .

Ubun-Ubun


Pesan ayah
Biar pandangan berbeza
biar haluan tak sama
Biar perasaan bergelora
Pastikan fikiran sekata
Agar kebahgiaan tercipta

Munajat ku


Aku hanya manusia biasa
Hidup didunia inginkan bahagia
Ya Allah limpahkanlah kurnia
Agar hidupku sentiasa bahagia

Ya Allah Ya Rah man
Ya Allah Ya Ra him
Ya Allah Hu Ya Allah
Ya Zal Jala Liwal Ikram

Mohon ku hanya pada mu
Ya allah tuhan yang satu
Tuhan yang tiada sekutu
Memberi rahmat pada diri ku

Ya Allah Ya Rah man
Ya Allah Ya Ra him
Ya Allah Hu Ya Allah
Ya Zal Jala Liwal Ikram

Ku pohon rahmat dan restu
Mendapat petunjuk dari mu
Untuk ku amalkan ilmu
Yang diajar pada diri ku

Ya Allah Ya Rah man
Ya Allah Ya Ra him
Ya Allah Hu Ya Allah
Ya Zal Jala Liwal Ikram

Ku pohon ehsan dari mu
Penuhkan ilmu didada ku
Untuk diajar anak dan cucu
Agar menjadi manusia berilmu

Ya Allah Ya Rah man
Ya Allah Ya Ra him
Ya Allah Hu Ya Allah
Ya Zal Jala Liwal Ikram

Ya Allah tuhan yang satu
Yang menguasai segala ilmu
Berilah taufik dan hidayah mu
Untuk diri ku kembangkan ilmu

Ya allah Ya rah man
Ya allah Ya ra him
Ya allah Hu Ya Allah
Ya Zal Jala Liwal Ikram

cheazmibidin
31/1/09 @0400 hrs

Thursday, January 29, 2009

Teloi




Majlis perkahwinan Fitri dengan Nazri pada 31 Dis 2008.

Ini janji kami
kau kawin kami misti pergi
kalau tak dapat pergi
hadiah pasti kami bagi

Ini realiti kami
kadang-kadang ada tugas misteri
janji manis terpaksa diketepi
kerana tugas menjerat kami

Ini pun janji kami
janji yang akan ditepati
walau kau dah bersuami
kau tetap kawan kami

Kini kau dah jadi isteri
pandai-pandai la jaga suami
doa kami saban hari
kekal bahgialah kau dengan Nazri

Bagi saya dan sm Ismail kami ada kenangan untuk dikongsi . Seronok tau kami dapat kerumah kau Fitri. Sepanjang jalan kami tak kering gusi kutuk kawan-kawan yang tak dapat pergi khasnya kawan kita Alwi. Selamat pengantin baru untuk kau dan Nazri.









Ibu ku

Ibu
izinkan anak mu
merangkul
memeluk

mencium mu

izinkan anak mu
merasai
getar
denyut
jantung mu

izinkan anak mu
mengusap
membelai

wajah mu

izinkan anak mu
mengingati
mengenang
kasih
sayang
jasa
pengorbanan mu

izinkan anak mu
melafaskan
kata syahdu
Ibu ...kaulah segala bagiku
Ibu ...kaulah syurga ku



Cheazmibidin
29/1/09 @2220 hrs





ILMU

Ilmu ! Ilmu!
kata ayah ku
nak lihat dunia
kau perlu tahu
nak tahu
kau perlu ilmu

Ilmu! Ilmu!
katanya lagi
ramainya guru
ilmu tak datang pada mu
nak tahu
kau perlu berguru

Ilmu! Ilmu!
serunya lagi
macam-macam ilmu
kau akan keliru
nak tahu
kau perlu istiqomah selalu

Ilmu! Ilmu!
suaranya padu
luasnya dunia ilmu
kau akan beristifar
nak tahu
kau dah dipimpin ilmu


cheazmibidin
28/1/09 @0210 hrs

Wednesday, January 28, 2009

Kamilah Pewaris


Kami dari rumpun yang sama
peninggalan datuk dan nenek
kami akan berjuang di medan
untuk menegakan tunjang
yang diwarisi kepada kami

Akan kami semarakkan
rumpun bertuah ini
menjadi belantara
yang merentasi benua



kan di buktikan
benih yang disemai
dari baka yang bertuah
di laut menjadi pulau
di darat menjadi gunung
di udara menjadi bayu

Yang menguasai arasi
ubun kami diatas sejadah
mengakui dan menghayati
keagungan dan kebesaran
taufik dan hidayah mu
kekal lah kami sebagai pewaris

cheazmibidin
27/1/09 @2200 Hrs



Anak ku



Anak ku
Tika kecil mu
Kau dibelai dan dipuja
Tubuh comel mu dipeluk manja
Kucupan sayang ciuman mesra
Lena mu didodoi bak putri raja

Anak ku
Tika kecil mu
Rengek mu meruntun jiwa
Tangis mu buat ayah bonda lara
Sakit mu ayah bonda yang rasa
Resah mu bonda tak tidur jua

Anak ku
Tika kecil mu
Senyum mu pengobat jiwa
Ketawa mu bagai ukiran kata-kata
Gembira ayah bonda tak terkira
Terubat segala sengsara duka

Anak ku
Bila kau remaja
Usia mu jangan disia-sia
Curah baktimu sepenuh tenaga
Azam dan tekad biar berganda
Tuahmu puncak kejayaan ditempa

Anak ku
Bila usia kau dah dewasa
Masa silam usah kau lupa
Sayang diri mu sayangilah keluarga
Hidup sempurna bahagia sentiasa

Anak ku
Jangan kau lupa segala ajaran
Sunah rasul jadi panduan
Kitab allah jangan abaikan
Jangan sekali agama kau tinggalkan

Cheazmibidin

5/6/2007 @ 1430

Semuga anak-anak ku yang tersayang Aziah, Syauqi, Syafuan, Izzah, Aina Nadia @ Intan dan Syahir dapat menghayati nukilan abah ni.

Kasturi Yang Ku Simpan




Jangan kau pandang dengan mata yang pejam
Kerana aku bukan manusia yang kejam
Jangan kau renung dengan mata yang kaku
Kerana aku bukan musuh mu
Pandanglah dengan gerak hati mu
Biar ku lihat kasturi yang kau sembunyi
Luah dan hamburkan
Biar dapat aku menghidu
Wangi kasturi yang terbang lalu
Kalau hajat menjadi restu
Kan ku sambar menjadi milik ku
Biar musim dan zaman berlalu
Kau tetap menjadi pujaan hati ku
Akan ku simpan semangat dan jiwa mu
Didalam hati dan jasadku

cheazmibidin
27/1/09 @0920 hrs

Untuk Umi Yati ingin ku mengimbau kisah lalu ketika aku pertama kali melontarkan suara nyaring memanggil nama mu. Ketika itu aku berdiri ditingkap rumah bujang memandang kearah kau yang sedang berjalan kekedai. Tak sangka kau terus menghala kearah ku dan bertanya " kenapa ?" . "Tak ada saya cuma nak pesan untuk simpan kari ayam untuk makan malam". Sebenarnya masa tu saya tak tau apa sebenarnya saya nak cakap . Itulah kenangan paling manis yang tak pernah saya lupa hingga hari ini.

Tuesday, January 27, 2009

kak long

Kak Long bersama bapa mertua di Istana Kuning , Alor Star.

Sempadan Laut




Intan dan Ahmad Syahir kecewa sangat kerana abah tak dapat tunai janji. Hasrat nak bermalam di Mes Graysand PD bersama Pak Su, Pak Teh dan Mak Andak sempena hujung minggu dan cuti perayaan Tahun Baru Cina tak terlaksana. Semua unit Mes telah disewa kata SI Kamaruddin. Apa boleh buat lain kali kita rancang dan booking awal-awal. Abah minta maaf banyak-banyak kepada Intan dan Syahir.

Hari Ahad 25 Jan 09 pukul 8.00 pagi bersama Umi Yati ikut rombongan pergi jemputan kenduri kahwin di Kg Parit Sempadan Laut (Dinding), Batu Pahat. Ikut serta dalam rombongan ialah Tuan Ali bersama isteri dan dua anaknya. Haji Tahir juga membawa isteri dan anaknya Hidayah. Kami menaiki Van KIA Fergio yang dipandu oleh Arif. Sepanjang perjalanan saya asyik menerima dan menjawab panggilan talipon dari Ahmad Syahir yang kesepian dirumah.

Kami sampai dirumah pengantin Nor Hasmah bt Mohd Yatim lebih kurang pukul 12.30 t/hari. Nak sahkan betul rumah yang dituju Hj Tahir sebaik melihat tuan rumah terus tanya "Ini rumah Haji Yatim ka?" Tuan rumah hanya mengangguk tanda mengiyakan. Kebetulan masa tu kami ternampak Nor Hasmah yang belum pun lagi bersiap berdiri depan pintu sambil memandang kearah kami. Melihatkankan jamuan telah bermula dan kami yang tengah lapar pula dijemput untuk makan ,terus ajalah menjamu selera.

Masa makan Tuan Ali tiba-tiba tanya " Bapa Nor Hasmah ni dah pergi Haji ka? " Entah la saya pun tak tau, kenapa?" sepontan jawapan dan soalan saya. Kata Tuan Ali " Tadi masa mula-mula sampai saya dengar Hj Tahir masa bertanya kat tuan rumah tu ada sebut nama Haji Mohd Yatim, Betui ka dia dah haji?" Bila soalan ni diajukan kepada Hj Tahir dia sendiri pula bertanya " Kenapa belum haji ka? Saya sebut haji ka tadi? tak apa la" . Kelucuan ni membuat kami ketawa berderai. Nasi dan lauk yang disajikan memang sedap dan menyelerakan. Rasa nak tambah lagi kerana tukang senduk tadi bubuh nasi sikit sangat, tetapi kerana ada rasa sedikit malu bila pinggan dah kosong , saya bangun terus pergi basuh tangan.

Saya teringatkan Nizam yang beriya-iya janji nak datang , nak tau juga kat mana dia. Masa jawab panggilan talipon saya Nizam kata dia on the way nak balik Kota Tinggi. Nak juga dia datang kerumah Nor Hasmah katanya ,tapi saya kata kami dah nak balik. Tak tau pulak dia pergi ke tidak lepas tu. Yang saya pasti ada dirumah kenduri hari tu ialah Sarjan Ehsan dan Sarjan Wahab bersama-sama keluarga masing-masing.

Sebelum berlepas balik kami ke Masjid Jamek Kg Parit Raja untuk solat jamak zuhur dan asar . Semasa dalam perjalanan atas permintaan kaum ibu , kami singgah sebentar di Pekan Air Hitam beli aneka keropok untuk dijadikan buah tangan. Intan awal-awal lagi pesan supaya bawa balik kueh bahulu .Saya juga beli sekilo ubi kemili harganya rm 5 saja. Hj Tahir yang memang pemurah belikan kami air mineral dan kueh karipap untuk dimakan masa dalam perjalanan.

Kekenyangan dan keletihan membuat saya dan mungkin yang lain tertidor masa dalam perjalanan. Saya tiba-tiba nampak kereta yang dipandu oleh Arif seakan-akan hendak melanggar kereta yang berada dihadapan. Saya benar-benar takut dan hilang arah. Semua orang terkejut termasuk Arif yang sedang memandu, apabila saya tiba-tiba bersuara cemas dalam keadaan panik cepat-cepat menyuruh Arif perlahankan kereta . Mengigau rupanya saya . Lepas itu semua orang ketawa dan tak ada lagi yang tidur.

Saya dan Umi Yati sampai dirumah hampir jam 7.00 malam.