Tuesday, November 24, 2009

Jubli Perak Skuad 4/79

17 Nov 2009 Program Perjumpaan Jubli Perak Skuad 4/79 di Park Royal Kuala Lumpur akhirnya terlaksana. Sekitar jam 4.00 petang saya bersama kumpulan petugas yang terdiri dari 10 orang “awek cun” termasuk Kak Ros dengan dibantu oleh Pm OB dan abang Salmee dah berada di Ballroom untuk persiapan dan taklimat tugas.

Yang lucunya salah seorang ahli skuad telah sponsor beberapa kotak rempah keluaran adabi . Fikir punya fakir mcm mana nak packing, Supt Rosli (S/usaha) hulur Rm 20 kepada Eliza suruh pergi beli beg kertas yang kecil 100 keping , katanya kepada Eliza “kalau tak cukup tambah dulu duit sendiri” . Tak patut betul la.. orang tu datang nak menolong tapi dibebankan pulak dengan masaalah. Nasib baik Eliza tu ada idea yang lebih hebat untuk selesaikan masaalah tersebut. Dengan bermodal Rm 20 tu saja masaalah nak packing bahan-bahan tu selesai.

Pukul 8,00 malam ahli-ahli skuad yang datang solo dan berpasangan dah mula sampai , riuh rendah kat ballroom kerana ada antara ahli-ahli tu terlalu gairah dapat bertemu sahabat lama. Maklumlah ada yang berpisah lepas “passing out” 30 tahun lalu terus tak bersua muka.

Kerana tak mau masa yang singkat tu sia-sia walau seminit, maka terpaksa la para isteri dipisahkan sementara ke meja berasingan khas untuk kaum ibu. Bukannya tak sayang isteri , cuma nak manafatkan masa 4 jam tu bersama-sama rakan-rakan yang dah 30 tahun berpisah saja.

Ramai juga ahli-ahli skuad yang dah berhenti dan bersara yang hadir. Kami sama-sama sedekahkan fatihah kepada rakan-rakan muslim skuad 4/79 yang dah kembali kerahmatullah dan bertafakur sejenak mengingati rakan-rakan bukan muslim yang telah meninggal.

Kemeriahan majlis malam tu sukar nak digambarkan , ramai rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak yang dapat menghadirkan diri, Che Mahazan yang lebih dikenali dikalangan skuadmate dengan gelaran Bayan bersama anaknya Nana DJ radio Era menghidupkan suasana majlis dengan telatah mereka yang mencuit hati. Lelongan majalah yang diterbitkan oleh pelatih Inspektor Skuad 4/79 yang dah berusia 30 tahun habis terjual dengan tawaran harga antara RM 200 - RM 300. Syabas kepada Bayan dan anaknya Nana yang berjaya menyempurnakan lelongan tersebut.

Ramai juga yang nak bergambar kenangan dengan Nana termasuk Kak Ros yang akan muncul dimana saja Nana berada untuk bergambar.

Pukul 1200 tengah malam selepas menggemakan ballroom Hotel Park Royal dengan lagu Polis Sedia Berkhidmat. kami berpisah semula membawa haluan masing-masing dengan seribu kenangan manis yang tak mungkin padam dari ingatan.

























No comments:

Post a Comment