Monday, November 2, 2009

Seminar

Program asal minggu pertama bulan Okt 2009 tapi pilihanraya mengejut di DUN Bagan Pinang memaksa perancangan Seminar Pengurusan Keselamatan Kawasan Dan Bangunan siri 2/2009 ditunda keminggu keempat mulai 26 hingga 30 Okt 2009. Urusetia Seminar diterajui oleh C/Insp. Sh Rosli dibantu oleh L/Kpl Christe dan Konst/W Norhidayah. Saya bersama Sm Ismail bertindak sebagai Fesilitator. Seramai 37 peserta mengwakili semua unit cawangan Kem Komandan menyertai seminar kali ini.

Seminar diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis ,Greysand PD yang baru siap diubah suai. Bilik seminarnya pula dah dilengkapkan dengan kemudahan projector dan PA Sistem yang lebih baik. Maka tak heranlah tiba-tiba kos sewaannya pulak dinaikan dari Rm 80 ke Rm 120 untuk seunit rumah 2 bilik. Apa pun kira masih ok lagi jika nak dibandingkan dengan kos mengadakan seminar di hotel.

Kerana program dah berubah Tuan Ali yang sepaputnya mengambil bahagian aktif dalam beberapa siri ceramah dan menjadi panel persembahan kertas kerja terpaksa menarik diri. Selepas majlis perasmian seminar dan menyampaikan ceramah bertajuk “ Sikap Dan Perubahan Sikap “ , Tuan Ali bergegas untuk meghadiri mesyuarat Lembaga Perlesenan Getah Malaysia yang diadakan diSeremban dan Johor Bahru. Terpaksa la saya ambil alih semua tugas yang ditinggalnya. Dengar cerita lepas menghadiri mesyuarat tu Tuan Ali terus ke Hospital HUKM untuk menjalani pemeriksan kesihatan walau pun saya tengok dia sehat sahaja. Nak kata apa ya “Sediakan payung sebelum hujan la tu namanya”.

Setiap hari program kami bermula dengan sembahyang subuh berjamaah walau pun tidak diprogramkan.. Ramai juga yang liat nak bangun awal ni, sampai ketua kursus terpaksa terjerit-jerit . Lepas tu pukul 6.30 pagi diteruskan pulak upacara menaikkan bendera dengan nyanyian lagu negaraku dan senaman pagi.

Alhamdulillah program seminar telah berjalan lancar dan sempurna. Semua penceramah yang dijemput tidak menguzurkan diri . Yang seronoknya salah seorang penceramah dari Bahagian Keselamatan Negeri Sembilan En Zulkifli bin Md Zaid adalah bekas pelajar SMJ pernah duduk asrama dan kenal semua rakan-rakan saya seperti Koden dan Mazlee. Borak panjang juga la kami terutamanya tentang perkembangan kawan2 yang dah lama tak ketemu.

Tuan Ali masa dalam perjalanan balik dari JB singgah di Greysand katanya nak tengok seminar berjalan lancar ke tidak. Malam tu agak malang sikit kerana penceramah yang sedang memberi ceramah tiba-tiba jatuh pengsan dan terpaksa dibawa kehospital PD untuk rawatan. Khabarnya penceramah kena tekanan darah tinggi dan puncanya pulak dikatakan tak makan ubat. Hari terakhir seminar pegawai tersebut masih dirawat dihospital tapi Alhamdulillah kerana kesihatannya dah beransur pulih.

Kerana tak nak sabjek penceramah tersebut terbiar begitu saja, saya ambil alih lah untuk memberi sedikit pemahaman kepada peserta seminar. Lepas tu Tuan Ali belanja Fasilitator dan urusetia makan satey kat Teluk Kemang. “Terima kasih la Tuan Ali, sedap satey tu”.

Majlis penutup seminar telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Port Dickson Tuan Hj Mazlan bin Hj Othman .

1 comment:

  1. Mie,
    Hang kena pertemukan Zul tu dengan Koden dan Mazlee. Kalau tidak, naya depa. Nanti tidog tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang.

    ReplyDelete