Monday, October 26, 2009

Musim



25 Okt 2009 Kadang-kadang saya terlalu sibuk dengan aktiviti yang memerlukan pengorbanan masa. Sehinggakan ada ketikanya terpaksa membuang jauh keseronokan lepak dan baring-baring ketika cuti hujung minggu. Inilah yang berlaku sepanjang cuti hujung minggu bulan Syawal dan kini dah melangkau kebulan Zulkaedah pulak.

Apa ketidaknya setiap hujung minggu asyik membelek kad jemputan kenduri kahwin dan jemputan majlis hari raya, dari siang hingga kemalam. Terpaksa la pilih mana yang terdaya nak pergi. Kepada kawan-kawan yang menjemput yang saya tak dapat pergi tu, minta maaf banyak-banyak la.

Menghadiri majlis perkahwinan anak X Sjn Dawi di Merlimau, Melaka pada 17 Okt 2009 sungguh istimewa. Mulanya kami dah tersalah rumah kerana tersalah ikut petunjuk yang disediakan pengantin kerana nama seakan-akan sama. Kiranya nasib baik la ketua rombonngan Tuan Hj Tahir ambil iktibar rakan-rakan yang dah terbabas , bertanya dulu sebelum kami duduk makan , terselamat kami dari makan kenduri yang tak diundang.

Di rumah X Sjn Dawi sambil makan tu pulak, saya berpelung berjumpa dengan X Staf Kem Komandan yang dah bersara dan yang bertukar yang dah bertahun-tahun tak jumpa. Seronok jugak la dapat berbual-bual panjang , rasanya rugi kalau tak pergi. Bukannya senang nak jumpa rakan-rakan yang dah berpencen ni. Masa jumpa ni la ambil peluang minta no. telepon nak jemput kenduri , maklumlah semuanya dah sampai peringkat nak bermenantu pulak. Ada yang datang tu bawa calun menantu sekali untuk kenalkan kepada rakan-rakan.

On the Way balik kami singgah di Masjid Assujaah , Merlimau. Seronok kerana keadaan masjidnya yang dijaga bersih dan mendamaikan hati.

Rombongan kami sampai balik ke Kuala Lumpur lebih kurang pukul 5.30 petang. Malamnya saya bersama isteri dan anak-anak bergegas pulak Hulu Kelang menghadiri majlis jamuan raya di perumahan pdrm menara sri mahang.

Satu lagi Majlis istimewa yang saya hadiri ialah pada 24 Okt 2009 bertempat di Barek Polis Bukit Aman. Persatuan penduduk buat majlis 3 dalam satu ,hari keluarga, ceramah kesihatan dan sambut raya sekali. Disamping hadir sebagai jemputan saya juga diminta oleh Tuan Ali yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Penduduk Barek Polis Bukit Aman untuk mengwakili beliau. Kena la saya berucap sedikit diMajlis tersebut.

Lepas tu saya kePulapol melawat menantu bersama besan saya yang datang dari Alor Star. Balik dari Pulapol belum sempat masuk rumah, saya terus kerumah sahabat setaman yang mengadakan kenduri perkahwinan anak perempuannya.

25 Okt 2009 hari ahad pukul 9.30 pagi guru Tadika Kemas Bukit Aman call ingatkan saya , ada mesyuarat Gabungan Pengerusi2 Tabika Kemas Parlimen Segambut . Pukul 10.00 pagi saya dah terpacak kat PKM Kg Batu. Macam biasa la kerana pengerusi2 Tabika ni semuanya pandai-pandai bercakap mesyuarat berlarutan hingga jam 1.30 petang. Penat betul la...

2 comments:

  1. Salam Mie,

    Dari cerita mie tu memang memenatkan kenduri la, melawat menantu la dan mesyuarat tabika la.. tak pa lah mie bersabar ajelah,,semua ni kebajikan yang mie taburkan..insyallah bila mie pencen nanti semua ini akan d kenang orang..

    ReplyDelete