Saturday, April 24, 2010

NEW

Bangunan baru menempatkan Pejabat IGP /DIG , Jabatan KDN/KA dan Jabatan Logistik yang dibina sejak 13 Januari 2005 telah siap dan diserah secara rasmi oleh pihak JKR kepada PDRM. Majlis penyerahan berlangsung di Putrajaya pada 21 April 2010.

Pada 22 April 2010 pihak JKR yang diketuai oleh Ir Encik Khairul menyerahkan seguni anak kunci bangunan kepada Kem Komandan Tuan Ali bin Ahmad. Maka bermula lah episod Staf Kem Komandan mengambil alih kawalan keselamatan bangunan daripada pihak kontraktor. Pembersihan keselamatan pula dilaksanakan oleh pihak cawangan Khas.

Pada 23 April 2010 selepas 3 hari bertungkus lumus disetiap inci bangunan Staf Cawangan Khas yang diketuai oleh Tuan Zakaria Adam berjaya menyempurnakan tugas pembersihan keselamatan.

Akhirnya pada jam l/k 5.00 petang 23 April, 2010 Majlis serah menyerah tanggung jawab antara Tuan Zakaria Adam dengan Tuan Ali dilangsungkan secara rengkas di Lobi Bangunan baru dengan disaksikan oleh petugas Cawangan Khas dan staf Kem Komandan. Kawalan keselamatan bangunan dengan rasminya tertanggung dibahu staf Kem Komandan.


Kata Tuan Ali " Berat ni tanggung jawab kita, kebersihan bangunan perlu dijaga , kerosakan perlu dipantau dan diselenggara , yang paling utama kawalan keselamatan perlu dipastikan ditahap terbaik tanpa sedikit pun ruang untuk pencerobohan".

Saya hanya nak kata " Sentiasa peka , sentiasa curiga , sentiasa berjaga-jaga perlu menjadi amalan dan budaya kita. Insyaallah keselamatan akan terpelihara"

Friday, April 16, 2010

6 BKUN @ NKRA

16 April 2010 (Jumaat) Staf pejabat saya sering mengemukakan persolan mengenai NKRA . Kerana saya pun jahil juga, maka saya cuba memahaminya sedikit demi sedikit.

Sebagai ingatan saya nak catatlah sedikit apa yang PM dah umumkan mengenai NKRA..

Malaysia akan memberi tumpuan terhadap enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk melonjakkan daya saingannya dalam ranking dunia.

Enam bidang NKRA yang akan dilaksanakan ialah:-

1. Mengurangkan jenayah.
2. Memerangi rasuah.
3. Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
4. Meningkatkan kualiti kehidupan kumpulan berpendapatan rendah.
5. Mengukuhkan infrastruktur di luar bandar dan kawasan pedalaman.
6. Meningkatkan pengangkutan awam dalam tempoh sederhana.

Enam NKRA yang dicadangkan ini berkeupayaan melonjak prestasi daya saing negara yang diyakini boleh meningkatkan ranking di peringkat dunia. Bidang-Bidang ini adalah merupakan Indeks Prestasi Utama (KPI) negara.

Thursday, April 15, 2010

7 / 125

15 April 2010 Saya amat tertarik dengan berita yang dilapurkan oleh BERNAMA dengan memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri semasa memberi jawapan di sidang Dewan Rakyat.

Rupanya hanya tujuh perkara sahaja daripada 125 cadangan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Perkara yang tak terlaksana dan alasannya adalah seperti berikut:-

1. Cadangan pengwujudan dan pelaksanaan Kod Etika yang sesuai.

Justifikasi: Kod Etika sedia ada dikekalkan kerana ia merangkumi aspek nilai murni sejagat, moral dan prinsip profesional PDRM.

2. Cadangan peralihan daripada paradigma "Pasukan" kepada paradigma "Perkhidmatan".

Justifikasi: Perkataan pasukan perlu dikekalkan kerana ia menggambarkan PDRM sebagai satu agensi penguatkuasa yang mempunyai pelbagai peranan yang mana prinsip dan autoriti adalah wujud.

3. Pembentukan satu mekanisme penyemakan bebas yang telah diperjelaskan di dalam Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP).

Justifikasi: RUU SIAP telah diluluskan semasa persidangan Dewan Negara yang berlangsung dari 6 hingga 14 Julai 2009.

4. Menjadikan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) sebagai perundangan subsidiari di bawah Akta Polis 1997.

Justifikasi: PTKPN adalah prosedur tatacara dan teknik perisikan pelaksanaan tugas rahsia PDRM.

5. Pindaan terhadap undang-undang, peraturan dan prosedur kerja.

Justifikasi:Pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 bukanlah di bawah bidang kuasa PDRM.

6. Meningkatkan akauntabiliti cawangan khas .

Justifikasi: Tahap akauntabiliti cawangan khas negara ini adalah selaras dengan negara lain.

7. Mengadakan dua jawatan Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN).

Justifikasi: Cadangan ini telah diganti dengan mewujudkan tiga jawatan Penolong TKPN yang kini dalam peringkat pelaksanaan.

Sunday, April 11, 2010

Kerana Aku Melayu

11 April 2010 Saya tertarik hati apabila membaca artikel yang ditulis oleh Yang Berbahagia Dato A. Kadir Jasin mengenai Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkan oleh kerajaan baru2 ini. Petikan saya hanya di kolum yang saya nak kongsi baca iaitu permasaalahan orang melayu dan kesimpulan yang dibuat oleh Dato A. Kadir Jasin ....Orang Melayu perlu berubah la.

Apakah Kesilapan Orang Melayu

(I) Sikap orang Melayu/Bumiputera sendiri – nak cepat kaya, mudah puas dan iri hati:

(II) Kekurangan modal kewangan dan modal insan di kalangan Bumiputera;

(III) Kelemahan sistem pelaksanaan, penyelarasan dan pemantauan;

(IV) Rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan;

(V) Terlalu bergantung dan menyerah kepada sistem politik dan pentadbiran yang didominasi oleh Bumiputera (akhirnya diabaikan dan dikhianati);

(VI) Padang permainan tidak sama rata atau ada padang yang tidak boleh dimasuki orang Melayu kerana agamanya, dan dimonopoli oleh bukan Melayu/Islam (misalnya arak, judi dan yang tidak serasi dengan hukum Syariah);

(VII) Kerana penguasaan mereka dalam ekonomi, orang bukan Bumiputera mendapat naungan (patronage) yang lebih besar daripada pemerintah berbanding Bumiputera.

(Cuma Bumiputera akibat kedangkalan pemikiran cepat iri hati dan menuduh Melayu jadi kroni dan pemungut sewa (rentier). Realitinya, kroni dan rentier raksasa adalah bukan Bumiputera yang menggunakan operasi pasaran untuk berjual-beli aset, lesen,monopoli dan francais yang diberikan oleh kerajaan.)

Harapan Bumiputera Di Bawah MEB

Model Ekonomi Baru (MEB) ringkasnya bermatlamat mengubah ekonomi Malaysia daripada berpendapatan sederhana kepada tinggi selaras dengan hasrat mencapai
status negara maju menjelang tahun 2020.

Perdana Menteri berkata pendapatan per kapita akan dinaikkan daripada AS$7,000 (lebih kurang RM23,000) sekarang kepada AS$15,000 (RM49,000) menjelang akhir dekad ini.

Di bawah model itu, kerajaan tidak akan membenarkan lagi amalan “memungut sewa” (rentier) dan "penaungan” (patronage) yang telah mencemar matlamat membantu golongan sasaran di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Di masa yang sama, pemerintah berulang kali bercakap mengenai penghapusan subsidi yang menjadi payung kepada golongan berpendapatan rendah, tetapi menjadi sumber kekayaan kepada kapitalis dan pemilik industri.

Kesimpulannya

(I) Kekangan antara peruntukan Perlembagaan dan amalan akan berterusan jika orang Melayu keseluruhannya tidak mengawasi saudara sebangsa dalam kelompok politik, pemerintahan dan pentadbiran agar menjadi lebih telus dan mengotakan apa yang dikata;

(II) Orang Melayu tidak boleh lagi menyerahkan bulat-bulat nasib mereka kepada parti-parti politik, pemerintahan dan pentadbiran yang diterajui oleh Melayu. Mereka wajib bertanya dan menegur kepimpinan politik, pemerintahan dan pentadbiran Melayu secara terbuka.

(III) Kepentingan bangsa wajib mengatasi afiliasi dan taat setia kepartian;

(IV) Melayu wajib mewujudkan semula kepelbagaian suara untuk mendesak dan mengawasi agar kepentingan mereka tidak diabaikan;

(V) Melayu wajib membuang sikap negatif seperti iri hati, menghina bangsa sendiri, rendah diri tetapi terlalu bertolak-ansur dengan bangsa-bangsa lain sehingga merugikan bangsa sendiri;

(VI) Orang Melayu wajib mengkaji dan memahami falsafah, ideologi dan nilai moral kaum-kaum bukan Melayu sebelum boleh bersaing secara berkesan dengan mereka.