Sunday, April 11, 2010

Kerana Aku Melayu

11 April 2010 Saya tertarik hati apabila membaca artikel yang ditulis oleh Yang Berbahagia Dato A. Kadir Jasin mengenai Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkan oleh kerajaan baru2 ini. Petikan saya hanya di kolum yang saya nak kongsi baca iaitu permasaalahan orang melayu dan kesimpulan yang dibuat oleh Dato A. Kadir Jasin ....Orang Melayu perlu berubah la.

Apakah Kesilapan Orang Melayu

(I) Sikap orang Melayu/Bumiputera sendiri – nak cepat kaya, mudah puas dan iri hati:

(II) Kekurangan modal kewangan dan modal insan di kalangan Bumiputera;

(III) Kelemahan sistem pelaksanaan, penyelarasan dan pemantauan;

(IV) Rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan;

(V) Terlalu bergantung dan menyerah kepada sistem politik dan pentadbiran yang didominasi oleh Bumiputera (akhirnya diabaikan dan dikhianati);

(VI) Padang permainan tidak sama rata atau ada padang yang tidak boleh dimasuki orang Melayu kerana agamanya, dan dimonopoli oleh bukan Melayu/Islam (misalnya arak, judi dan yang tidak serasi dengan hukum Syariah);

(VII) Kerana penguasaan mereka dalam ekonomi, orang bukan Bumiputera mendapat naungan (patronage) yang lebih besar daripada pemerintah berbanding Bumiputera.

(Cuma Bumiputera akibat kedangkalan pemikiran cepat iri hati dan menuduh Melayu jadi kroni dan pemungut sewa (rentier). Realitinya, kroni dan rentier raksasa adalah bukan Bumiputera yang menggunakan operasi pasaran untuk berjual-beli aset, lesen,monopoli dan francais yang diberikan oleh kerajaan.)

Harapan Bumiputera Di Bawah MEB

Model Ekonomi Baru (MEB) ringkasnya bermatlamat mengubah ekonomi Malaysia daripada berpendapatan sederhana kepada tinggi selaras dengan hasrat mencapai
status negara maju menjelang tahun 2020.

Perdana Menteri berkata pendapatan per kapita akan dinaikkan daripada AS$7,000 (lebih kurang RM23,000) sekarang kepada AS$15,000 (RM49,000) menjelang akhir dekad ini.

Di bawah model itu, kerajaan tidak akan membenarkan lagi amalan “memungut sewa” (rentier) dan "penaungan” (patronage) yang telah mencemar matlamat membantu golongan sasaran di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Di masa yang sama, pemerintah berulang kali bercakap mengenai penghapusan subsidi yang menjadi payung kepada golongan berpendapatan rendah, tetapi menjadi sumber kekayaan kepada kapitalis dan pemilik industri.

Kesimpulannya

(I) Kekangan antara peruntukan Perlembagaan dan amalan akan berterusan jika orang Melayu keseluruhannya tidak mengawasi saudara sebangsa dalam kelompok politik, pemerintahan dan pentadbiran agar menjadi lebih telus dan mengotakan apa yang dikata;

(II) Orang Melayu tidak boleh lagi menyerahkan bulat-bulat nasib mereka kepada parti-parti politik, pemerintahan dan pentadbiran yang diterajui oleh Melayu. Mereka wajib bertanya dan menegur kepimpinan politik, pemerintahan dan pentadbiran Melayu secara terbuka.

(III) Kepentingan bangsa wajib mengatasi afiliasi dan taat setia kepartian;

(IV) Melayu wajib mewujudkan semula kepelbagaian suara untuk mendesak dan mengawasi agar kepentingan mereka tidak diabaikan;

(V) Melayu wajib membuang sikap negatif seperti iri hati, menghina bangsa sendiri, rendah diri tetapi terlalu bertolak-ansur dengan bangsa-bangsa lain sehingga merugikan bangsa sendiri;

(VI) Orang Melayu wajib mengkaji dan memahami falsafah, ideologi dan nilai moral kaum-kaum bukan Melayu sebelum boleh bersaing secara berkesan dengan mereka.

2 comments:

  1. Memng betul apa yang disebut oleh Dato' Kadir Jasin itu. Orang Melayu selalu mengharap BULAT DATANG BERGOLEK DAN YANG LEPER DATANG MELAYANG. PARTI2 POLITIK MENJADI TEMPAT SANDARAN ATAU batu loncatan. Bagaimanapun kerajaan mesti adil jugalah. Kekayaan itu mestilah dibahagi2kan sama rata walaupun tidak dilebihkan kepada Melayu. Keranjaan mesti perihatin....

    ReplyDelete
  2. Hang kena tgk sama banyak dah di seluruh Malaysia ni tokong China guna nama tok aji depa sikit tak heran pun

    ReplyDelete