15 April 2010 Saya amat tertarik dengan berita yang dilapurkan oleh BERNAMA dengan memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri semasa memberi jawapan di sidang Dewan Rakyat.
Rupanya hanya tujuh perkara sahaja daripada 125 cadangan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Perkara yang tak terlaksana dan alasannya adalah seperti berikut:-
1. Cadangan pengwujudan dan pelaksanaan Kod Etika yang sesuai.
Justifikasi: Kod Etika sedia ada dikekalkan kerana ia merangkumi aspek nilai murni sejagat, moral dan prinsip profesional PDRM.
2. Cadangan peralihan daripada paradigma "Pasukan" kepada paradigma "Perkhidmatan".
Justifikasi: Perkataan pasukan perlu dikekalkan kerana ia menggambarkan PDRM sebagai satu agensi penguatkuasa yang mempunyai pelbagai peranan yang mana prinsip dan autoriti adalah wujud.
3. Pembentukan satu mekanisme penyemakan bebas yang telah diperjelaskan di dalam Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP).
Justifikasi: RUU SIAP telah diluluskan semasa persidangan Dewan Negara yang berlangsung dari 6 hingga 14 Julai 2009.
4. Menjadikan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) sebagai perundangan subsidiari di bawah Akta Polis 1997.
Justifikasi: PTKPN adalah prosedur tatacara dan teknik perisikan pelaksanaan tugas rahsia PDRM.
5. Pindaan terhadap undang-undang, peraturan dan prosedur kerja.
Justifikasi:Pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 bukanlah di bawah bidang kuasa PDRM.
6. Meningkatkan akauntabiliti cawangan khas .
Justifikasi: Tahap akauntabiliti cawangan khas negara ini adalah selaras dengan negara lain.
7. Mengadakan dua jawatan Timbalan Ketua Polis Negara (TKPN).
Justifikasi: Cadangan ini telah diganti dengan mewujudkan tiga jawatan Penolong TKPN yang kini dalam peringkat pelaksanaan.
The King, his family and U
1 week ago
No comments:
Post a Comment