Saturday, July 31, 2010

CEREMONY N PALONG LOVE


31 Julai 2010 Hari bersejarah yang disambut setiap tahun oleh segenap lapisan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Kebiasaannya Hari Pahlawan disambut dengan meletak kalungan bunga di Tugu Negara bagi mengenang jasa para pahlawan yang terkorban demi mempertahankan negara.

Tahun ini kali pertama acara sambutan hari pahlawan dilangsungkan di Dataran Merdeka dengan perubahan aturcaranya untuk disesuaikan dengan dasar amalam ugama Islam di negara Malaysia tercinta ini. Alhamdulillah..... tahun ini giliran ATM menjadi penganjur majlis.


Tuan Ali , Sm Mail dan dua orang kuat Kem Komandan Abang Akob dan Syarif Dol hadir sebagai jemputan dan pemerhati . Nak tengok susun acara yang dijalankan kerana tahun depan PDRM pula akan menjadi penganjur.

Sempena hari Pahlawan ini juga sahabat kami saudara Izhar Ismail dari unit perumahan memahat sejarah, untuk dirai bersama sambutan hari pahlawan dengan lafas akad nikah untuk memiliki gadis pilihannya Siti Aisah Abd Sukor.

Memang hebat dengan sekali lafas sahaja saudara Izhar membuatkan kedua-dua saksi mengangguk kepala mengesahkan lafas tersebut. Saya sendiri dan Tn Hj Tahir yang duduk dibelakang juru nikah tidak was-was langsung dengan lafas tersebut. Lepas menyempurnakan lafas akad tersebut Tn Hj Tahir cepat-cepat menyuruh Izhar menunaikan dua rakat solat sunat sebelum berlangsung ucara membatal wuduk . Tahniah Izhar...

Kepada rakan-rakan yang tak berkesempatan kemajlis akad nikah Izhar saya publishkan sedikit gambar dimajlis tersebut. Majlis kendurinya akan berlangsung esok di Felda Palong 12, Bahau , N. Sembilan.







Saya hanya nak kata " Selamat pengantin baru Izhar dan Siti Aisah, doa kami semua agar istana yang dibina mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah swt ".

Saturday, July 24, 2010

Wasiat Lukman

24 Julai 2010 Kak Aziah x cc Kem Komandan , Hanisah dan sahabatnya dari Jeli muncul kat rumah saya ketika saya melangkah keluar untuk keMasjid Bukit Aman.

Selepas berbual-bual sebentar saya mohon izin untuk kemajlis kenduri aqiqah dan cukur rambut cucu En Musa Sharif staf unit letrik Kem Komandan yang berlangsung di Masjid Bukit Aman . Umi Yatie terus melayan tetamu istimewa saya dirumah.

Alhamdulillah saya sampai di masjid tepat ketika majlis berzanji hendak dimulakan, ketika itu ketua imam Ustaz Hj Hassan Al Hafiz sedang menerangkan fadhilat aqiqah dan qurban.

Kemerduan suara ustaz Hj Hassan , Tn Hj Tahir dan saudara Tukiran berzanji amat menyentuh hati saya. Bacaan surah Al-qadar dan surah Lukman oleh Ustaz Hj Hassan selepas doa membuatkan saya terus berfikir dan menyelami wasiat Lukman untuk anak-anaknya.

Saya ingin cuba memahami dan mendalami pengertian wasiat dan pesanan Lukman yang ditaksirkan seperti berikut....

(1) Tidak mensyirikkan Allah

(2) Bersyukur kepada Allah

(3) Berbuat baik dan mengenang jasa Ibu bapa

(4) Tidak taat kepada arahan menyuruh perkara maksiat

(5) Menuruti Jalan2 orang-orang soleh yg sifatnya taat kepada Allah

(6) Mengingati hari kiamat dan pembalasan

(7) Menunaikan segala perintah Allah kerana setiap amalan akan dihisab oleh Allah

(8) Mengerjakan perkara yang baik dan cegah perkara yang buruk

(9) Sentiasa bersabar

(10)Tidak bersikap sombong dan takbur

(11) Tidak berlebih-lebihan

(12) Sentiasa bersederhana

(13) Adab bercakap dan bersuara

Lepas selesai solat zuhor berjamaah yang diimamkan oleh Ustaz Hassan Al hafiz kat Masjid saya bersama-sama Tn Hj Tahir dan Sm Mail bergegas ke Kg Nakhoda , Selayang untuk menenunaikan jemputan majlis perkahwinan staf kami Dilla dan pasangannya juga seorang pegawai Polis.

Kepada Dilla dan suaminya kami nak ucap " Selamat pengantin baru , dengan doa agar mahligai indah yang dibina kekal keakhir hayat. Bila dah dapat cahaya mata jangan lupa wasiat lukman ".

Wednesday, July 14, 2010

Games@Rain


14 Julai 2010 Hari kedua berlangsung kejohanan Petanque Tertutup Kem Komandan . Giliran Kem Komandan Tuan Ali yang berpasangan dengan Tn Hj Tahir masuk gelanggang. Tuan Ali mulanya saya nampak memakai baju oren tetapi tukar baju bila nampak saya pun pakai baju oren. Takut seragam la agaknya tu..

Masa mula masuk gelanggang hujan renyai-renyai , bila permainan bermula, hujan mula mencurah disambut guruh berdentum. Pemain yang bersemangat tak nak keluar gelanggang berdegil untuk teruskan perlawanan. Syarif Lobo yang jadi penganjur tak berupaya nak menghalang terpaksa membenarkan perlawanan yang masih diperingkat kumpulan ini berlangsung dalam hujan.

Seluar dan baju basah tak jadi hal, yang penting kepala kena jaga. Bagi Sm Mail kertas sarang telur dah cukup untuk menutup kepalanya. Tahniah untuk pasukan Sm Mail yang menang bergaya kedua-dua perlawanan dalam hujan tersebut.

Tuan Ali walau pun pertama kali pegang bola petanque telah mempamirkan permainan yang bergaya dan menyeramkan pasukan lawannya. Agaknya nasib tak menyebelahi Tuan Ali dan Hj Tahir kerana tewas di game pertama mereka. Dari permainan yang ditunjukan pasukan Tuan Ali dijangka ada harapan untuk berjaya dalam saingan di peringkat kumpulan.
Good luck Tuan Ali dan Hj Tahir.

Saya memang seronok dan nak publish sikit gambar-gambar kenangan semasa game berlangsung.....




Tuesday, July 13, 2010

New N Fresh


13 Julai 2010 Hari Jumaat lepas Cawangan Kem Komandan telah menerima seramai 20 orang anggota yang baru . Kesemua mereka adalah pelatih skuad 1/2010 yang baru tamat latihan asas di Pusat Latihan Polis Air Hitam, Bahau, Negeri Sembilan.

Kebiasaannya program akan diatur untuk majlis khas dengan Kem Komandan . Kali ini Tuan Ali terlalu sibuk dan terpaksa ke Sungai Petani menghadiri Mesyuarat Lembaga Perlesenan Getah Malaysia , majlis perjumpaan bersama Kem Komandan akan diadakan serentak dengan Kursus Dalam Perkhidmatan yang akan diadakan pada 26-28 Julai 2010.

Semalam dan hari ini saya berpeluang bertemu muka dan berkenal mesra dengan staf baru ini. Alhamdulillah nampaknya semua ceria-ceria belaka dan menunjukan semangat yang tinggi untuk berkhidmat di Cawangan Kem Komandan.

Saya hanya nak kata " Selamat Datang ke Kem Komandan Bukit Aman , bersedialah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik . Berkhidmatlah dengan tegas, adil dan berhemah".

Sunday, July 11, 2010

Kurita N Ros

11 Julai 2010 Saya sebenarnya bukanlah seorang peminat bola yang tegar tetapi entah macam mana pagi ni tergerak hati saya nak menonton perlawanan antara Germany melawan Uruguay bagi penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Dunia 2010.

Sotong kurita meramalkan Germany akan mengalahkan pasukan Uruguay. Sebelum ini peminat tegar Germany pernah mengancam untuk membunuh sotong kurita berkenaan kerana kekalahan pasukan mereka diseparuh akhir.

Bagi saya sendiri sepatutnya sotong kurita tersebut dibunuh awal-awal lagi...

Bukannya apa , sebenarnya saya tak suka ramalan. Saya juga takut untuk melihat terdapatnya insan-insan yang tergugat imannya semata-mata kerana mempercayai sotong kurita mengetahui perkara yang ghaib kerana tekaannya kebetulan menjadi nyata. Lagi pun Allah melarang kita bertenung nasib dan mempercayai tukang tilik.

Mungkin lebih baik kalau saya memikirkan tentang sikap positif dan respon luar biasa staf pejabat saya Kak Ros . Hari jumaat lepas Kak Ros dengan ditemani sahabat karibnya Harida mengisi waktu rehat muslimin lelaki menunaikan solat jumaat untuk shooping sakan di Jalan TAR.

Khabarnya yang nyata benar selepas disahkan oleh Kak Mary dan Kak Normah menunjukan Kak Ros berbelanja mencecah RM 300 di Jln TAR. Untung suami Kak Ros kerana sepasang baju Melayu cantik untuk dipakai 1 Syawal 1431 dah siap dibeli. Kata Kak Ros " Sekarang kena beli baju yang dah siap , tukang jahit dah tak terima tempahan buat baju melayu untuk raya".

Terkejut juga saya dengar keluhan Kak Ros tu. Bukannya apa, tak sangka pula saya belum masuk bulan ramadhan tempahan baju melayu untuk syawal dah tak diterima. Awalnya orang melayu buat persiapan untuk sambut syawal. Yang herannya kenapa tukang jahit tak buat persedian untuk menerima tempahan yang sudah dijangka akan berganda datangnya.

Nak kepastian masa perjumpaan dengan kawan-kawan petang jumaat dirumah Mat Saman saya tanya " Betul ka sekarang nak tempah baju melayu raya tukang jahit dah tak terima?'. Ramli suami Kak Ja cepat menjawab " Memang betul , tukang jahit Melayu , kalau tukang jahit cina dia terima la". Dalam hati saya berdetik dengan soalan "Awat la tukang jahit Melayu macam ni , tak ada idea ka untuk cari jalan macam mana nak terima tempahan yang mencurah-curah tu".

Kedudukan sekarang Germany mengatasi uruguay 3 - 2 . Saya nak berhenti menaip kerana nak bagi tumpuan kepada perlawanan yang semakin rancak dan seronok.

Adakah ramalan sotong kurita akan berlaku kebetulan lagi. Jangan nanti sampai ada orang pergi sembah sotong kurita sudah la.