11 Julai 2010 Saya sebenarnya bukanlah seorang peminat bola yang tegar tetapi entah macam mana pagi ni tergerak hati saya nak menonton perlawanan antara Germany melawan Uruguay bagi penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Dunia 2010.
Sotong kurita meramalkan Germany akan mengalahkan pasukan Uruguay. Sebelum ini peminat tegar Germany pernah mengancam untuk membunuh sotong kurita berkenaan kerana kekalahan pasukan mereka diseparuh akhir.
Bagi saya sendiri sepatutnya sotong kurita tersebut dibunuh awal-awal lagi...
Bukannya apa , sebenarnya saya tak suka ramalan. Saya juga takut untuk melihat terdapatnya insan-insan yang tergugat imannya semata-mata kerana mempercayai sotong kurita mengetahui perkara yang ghaib kerana tekaannya kebetulan menjadi nyata. Lagi pun Allah melarang kita bertenung nasib dan mempercayai tukang tilik.
Mungkin lebih baik kalau saya memikirkan tentang sikap positif dan respon luar biasa staf pejabat saya Kak Ros . Hari jumaat lepas Kak Ros dengan ditemani sahabat karibnya Harida mengisi waktu rehat muslimin lelaki menunaikan solat jumaat untuk shooping sakan di Jalan TAR.
Khabarnya yang nyata benar selepas disahkan oleh Kak Mary dan Kak Normah menunjukan Kak Ros berbelanja mencecah RM 300 di Jln TAR. Untung suami Kak Ros kerana sepasang baju Melayu cantik untuk dipakai 1 Syawal 1431 dah siap dibeli. Kata Kak Ros " Sekarang kena beli baju yang dah siap , tukang jahit dah tak terima tempahan buat baju melayu untuk raya".
Terkejut juga saya dengar keluhan Kak Ros tu. Bukannya apa, tak sangka pula saya belum masuk bulan ramadhan tempahan baju melayu untuk syawal dah tak diterima. Awalnya orang melayu buat persiapan untuk sambut syawal. Yang herannya kenapa tukang jahit tak buat persedian untuk menerima tempahan yang sudah dijangka akan berganda datangnya.
Nak kepastian masa perjumpaan dengan kawan-kawan petang jumaat dirumah Mat Saman saya tanya " Betul ka sekarang nak tempah baju melayu raya tukang jahit dah tak terima?'. Ramli suami Kak Ja cepat menjawab " Memang betul , tukang jahit Melayu , kalau tukang jahit cina dia terima la". Dalam hati saya berdetik dengan soalan "Awat la tukang jahit Melayu macam ni , tak ada idea ka untuk cari jalan macam mana nak terima tempahan yang mencurah-curah tu".
Kedudukan sekarang Germany mengatasi uruguay 3 - 2 . Saya nak berhenti menaip kerana nak bagi tumpuan kepada perlawanan yang semakin rancak dan seronok.
Adakah ramalan sotong kurita akan berlaku kebetulan lagi. Jangan nanti sampai ada orang pergi sembah sotong kurita sudah la.
The King, his family and U
1 week ago
No comments:
Post a Comment