Saturday, May 28, 2011

NATO Bombing Vs Tornado

28 Mei 2011  Perasaan sedih melihat penderitaan umat islam di Timur Tengah adakalanya tanpa disedari melinangkan air mata.  Rasa geram sesama manusia menebalkan perasaan permusuhan sesama insan ciptaan Allah swt. Bilakah manusia akan kembali kepada khaliq????

NATO masih terus mengebom , membunuh dan menghancurkan bumi Libya.  Alangkah kejamnya manusia  kafir ni yang kerana benci seorang Muslim bernama Ghadaffi sunggup mereka mengebom dan membunuh insan yang tidak berdosa tanpa belas kasihan.  Hanya doa ku untuk Mu Libya....





Dan , adakah ini balasan Allah swt kepada sikap bongkak mereka?????......  Puting beliong menghentam dan memusnahkan bandar Joplin,  Missouri , US. Setakat ini seramai 132 terbunuh dan 900 yang lain mengalami kecederaan. Bandarnya menjadi padang jarak padang terkukur....




Saya teringat surah yang dibaca oleh Imam Tn Hj Tahir Malik semasa mengimamkan sembahyang jumaat semalam dari surah Al-Hashr ayat 22 - 24 yang bermaksud "Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.  Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.  Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana"

Friday, May 20, 2011

Police Medal Award

20 Mei 2011 Gembira juga saya untuk memetik berita yang disiarkan di Laman Web Rasmi PDRM .....hahaha

Kuala Lumpur, 19 Mei 2011 - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, berkenan mengurniakan pingat kepada 256 pegawai dan anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Dan Pingat Keberanian Polis itu diadakan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 204. Istiadat berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur.

Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP), dianugerahkan kepada Komisioner Polis Datuk Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Komisioner Polis Dato' Robiah Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM.

Seramai 27 pegawai dianugerahkan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP). Di antara penerimanya ialah SAC Datuk Mazlan Mansor, SAC Dato' Azman Yusof, SAC Dato' Yong Lei Choo, ACP Adzman Mohd Jan, ACP Lim Leong Hock, ACP Rasdi Ramli, ACP Datin Laila Ali, ACP Mohd Azli Abdullah dan ACP Raja Shahrom Raja Abdullah.

Darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP) pula dianugerahkan kepada 60 pegawai, antaranya Supt. Baharom Abu, Supt. Paul Khiu Khon Chiang, DSP Hjh. Noraini Hj. Othman, DSP Muniandy Ramasamy, ASP Che Azmi Bidin, ASP Selamat Sainayune, ASP Turiman Ahmad Tabon, ASP Napri Sahlan dan ASP Shaharuddin Yunus.

Manakala 10 pegawai lagi dianugerahkan Darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP), antaranya C/Insp. Meerah Batcha, C/Insp. Wellington Sabang Jail, Insp. Hamsani Abu Hassan dan Insp. Udiasoorian Samireddy.

Darjah Bentara Pasukan Polis (BPP), dianugerahkan kepada 157 Anggota Pangkat Rendah. Di antara penerimanya ialah Sub. Insp. Rusnah Md. Isa, Sub. Insp. Jaafar Nordin, Sub. Insp. Bustami Wahab dan Sub. Insp. Mohd Isa Simbok.

Seterusnya, SM/D. Liew Pong Lan, SM Salim Bah Chi, SM Kumar Mohan, Sjn/D. Ahmad Tamizi Mat Lazim, Sjn. Erip Larong, Sjn. Mohd Turi Mohd She, Sjn. Sharudin Mohd Isa dan Sjn Yok Kasan Yok Keh.

Diikuti Kpl/D. Sidin Marthotikromo, Kpl. Singaram Karuppiah, L/Kpl. Sorudin Nan, L/Kpl. Hun Ak Siong dan L/Kpl. Ahmad Ab. Ghani.

Turut hadir diistiadat yang bersejarah itu ialah, Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara, Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik dan Dato' Hj. Ghazali Hj. Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM).


Datuk Paduka Maharaja Lela menghadap dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk memulakan Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis Siri 2/2011, sempena Peringatan Hari Polis Ke 204 Tahun 2011.



Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, menganugerahkan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada Komisioner Polis Datuk Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), PDRM.


Komisioner Polis Dato' Robiah Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM dianugerahkan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP), oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.


ACP Lim Leong Hock, dianugerahkan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, TuankuMizan Zainal Abidin.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, menganugerahkan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), kepada ACP Rasdi Ramli.

ASP Che Azmi Bidin dianugerahkan Darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP), oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, menganugerahkan Pingat Bentara Pasukan Polis (BPP), kepada Sub.Insp. Bustami Wahab.
  

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut menganugerahkan
Pingat Bentara Pasukan Polis (BPP), kepada Sjn/D. Ahmad Tamizi Mat Lazim.

Pegawai Agama Istana Negara, memimpin bacaan doa, bersyukur kehadrat Allah S.W.T. di atas perkenanNya, Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis danPingat Keberanian Polis Siri 2/2011, telah selamat disempurnakan.

Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara, bersalaman dan mengucapkan tahniah kepada penerima Darjah dan Pingat diIstiadat yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur.

DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), turut mengucapkan tahniah kepada paara penerima Darjah dan Pingat di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur.

Bergambar kenangan, Sjn. Mohd Turi Mohd She dan isteri, bergambar kenangan dengan Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara dan Puan Sri Hajah Suriati Hj. Md. Sobri, diakhir Istiadat.

Jurufoto/Wartawan : SM Megat Nizar


Saturday, May 14, 2011

Lawful 4 NATO , Unlawful 4 Ghadaffi


14 Mei 2011  Saya sangat sedih dan amat bersimpati dengan penderitaan umat islam di Timur Tengah .  Bilakah permainan ini akan berakhir. Tentera-Tentera NATO masih terus memburu dan mencuba habis-habisan untuk membunuh Ghadaffi . Dah bom dan lancarkan peluru berpandu kat rumah pemimpin tu sampai anak dan cucu terbunuh masih berdolak dalik menafikan mereka bukan bertujuan membunuh pemimpin tersebut .....bersimpati dan mempertahankan nyawa rakyat yang tak berdosa pula alasannya.

Bersemangat saya bila memetik kata-kata Ghadaffi  "I tell the coward crusaders — I live in a place where you can’t get to and kill me, I live in the hearts of millions.’’


Lepas tu terpaksa berlari kebilik air kerana nak muntah bila terbaca kenyataan jurucakap penyerang gila tu "“We are not targeting him, our targets are solely military".


Semalam dipagi jumaat yang mulia , penyerang gila membuat onar lagi dengan menyerang dan membunuh 11 orang imam dan mencederakan berpuloh2 yang lain....sedih sungguh.


Kenyataan yang paling tak guna dari NATO  "We are aware of allegations of civilian casualties in connection to this strike and although we cannot independently confirm the validity of the claim we regret any loss of life by innocent civilians when they occur."


Saya hanya nak kata " US dan sekutunya ibarat perompak , mereka dah rompak US 30 billion duit kerajaan Libya . Lepas tu mereka guna duit tu untuk membunuh rakyat Libya".

Monday, May 2, 2011

Obama Vs Osama


2 Mei 2011  Persoalan yang bermain dikepala saya ialah ' betul ka Osama dah mati? Betul ke mayat Osama sekarang berada ditangan Amerika? Betul ke tak ada tentera Amerika yang cedera atau mati semasa operasi membunuh Osama dilancarkan?'

Nak tanya ni bukan kerana apa, puas duk tengok berita pasal Osama dah mati , gambar orang yang mati tak ditunjuk , gambar tentera buat operasi pun tak tunjuk. Yang ada kat TV cuma gambar Obama dan gambar rakyat Amerika bergembira dengar pengumuman Obama.......hidup Obama mati Osama....hehehe.

Memang kita tak akan dapat melihat mayat Osama yang dibunuh tu , Amerika awal-awal lagi dah bagi tahu mayat Osama dah di campak kedalam laut selepas dibunuh untuk dimakan oleh jerung dan paus.  Macam nak menipu je ......Obama, Obama, mayat Osama pun disemadikan kat laut....hehehe

Agaknya Obama dan rakyatnya nak tebus malu persepakatan mereka dengan NATO gagal bunuh Ghadaffi kat Libya , yang terbunuh anak dan cucu Ghadaffi pulak. Misi nak melindung dan menyelamatkan nyawa dah jadi Misi menyerang dan membunuh. Bertambah la geram apabila diberitahu  kedutaannya yang kosong  pula diceroboh dan dirosakkan oleh penyokong Ghadaffi.

Yang seronoknya bila Amerika mengecam tindakan rakyat Libya tersebut dan menyalahkan Regim Gadaffi kerana gagal mematuhi 'The Vienna Convention' dalam  melaksanakan tanggung jawab dan obligasi antarabangsa mempertahankan ' diplomatic missions'.....hihihi

Untuk mengelak dituduh bacul dan penakut dengan tindak balas Ghadaffi dan penyokong-penyokongnya, agaknya terpaksalah Obama dan rakyatnya  buat cerita baru mengatakan mereka takut ancaman  dan tindak balas dari Al-Qaeda kerana kematian Osama...Obama, Obama , mayat Osama pula terpaksa diguna buat pendinding....hehehe

Akhirnya saya hanya tertarik kata-kata ini dalam kenyataan Obama mengenai kejayaan menghapuskan Osama   " We are once again reminded that America can do whatever we set our mind to. That is the story of our history, whether it's the pursuit of prosperity for our people, or the struggle for equality for all our citizens; our commitment to stand up for our values abroad, and our sacrifices to make the world a safer place. Let us remember that we can do these things not just because of wealth or power, but because of who we are: one nation, under God, indivisible, with liberty and justice for all."

Saya hanya nak kata " Buatlah apa yang anda suka selagi anda masih berkuasa kerana apabila anda tiada lagi berkuasa , cakap anda tak ada lagi siapa nak percaya, walaupun apa yang anda kata benar belaka".