28 Mei 2011 Perasaan sedih melihat penderitaan umat islam di Timur Tengah adakalanya tanpa disedari melinangkan air mata. Rasa geram sesama manusia menebalkan perasaan permusuhan sesama insan ciptaan Allah swt. Bilakah manusia akan kembali kepada khaliq????
NATO masih terus mengebom , membunuh dan menghancurkan bumi Libya. Alangkah kejamnya manusia kafir ni yang kerana benci seorang Muslim bernama Ghadaffi sunggup mereka mengebom dan membunuh insan yang tidak berdosa tanpa belas kasihan. Hanya doa ku untuk Mu Libya....
Dan , adakah ini balasan Allah swt kepada sikap bongkak mereka?????...... Puting beliong menghentam dan memusnahkan bandar Joplin, Missouri , US. Setakat ini seramai 132 terbunuh dan 900 yang lain mengalami kecederaan. Bandarnya menjadi padang jarak padang terkukur....
Saya teringat surah yang dibaca oleh Imam Tn Hj Tahir Malik semasa mengimamkan sembahyang jumaat semalam dari surah Al-Hashr ayat 22 - 24 yang bermaksud "Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana"
The King, his family and U
1 week ago
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteManusia sombong, tetapi Allah SWT lagi sombong, kerana sombong itu adalah hak Allah SWT. Kita baik, Allah SWT lagi baik, kerana baik, cantik, mulia dan sebagainya adalah sifat Allah...
ReplyDelete