Saturday, May 14, 2011

Lawful 4 NATO , Unlawful 4 Ghadaffi


14 Mei 2011  Saya sangat sedih dan amat bersimpati dengan penderitaan umat islam di Timur Tengah .  Bilakah permainan ini akan berakhir. Tentera-Tentera NATO masih terus memburu dan mencuba habis-habisan untuk membunuh Ghadaffi . Dah bom dan lancarkan peluru berpandu kat rumah pemimpin tu sampai anak dan cucu terbunuh masih berdolak dalik menafikan mereka bukan bertujuan membunuh pemimpin tersebut .....bersimpati dan mempertahankan nyawa rakyat yang tak berdosa pula alasannya.

Bersemangat saya bila memetik kata-kata Ghadaffi  "I tell the coward crusaders — I live in a place where you can’t get to and kill me, I live in the hearts of millions.’’


Lepas tu terpaksa berlari kebilik air kerana nak muntah bila terbaca kenyataan jurucakap penyerang gila tu "“We are not targeting him, our targets are solely military".


Semalam dipagi jumaat yang mulia , penyerang gila membuat onar lagi dengan menyerang dan membunuh 11 orang imam dan mencederakan berpuloh2 yang lain....sedih sungguh.


Kenyataan yang paling tak guna dari NATO  "We are aware of allegations of civilian casualties in connection to this strike and although we cannot independently confirm the validity of the claim we regret any loss of life by innocent civilians when they occur."


Saya hanya nak kata " US dan sekutunya ibarat perompak , mereka dah rompak US 30 billion duit kerajaan Libya . Lepas tu mereka guna duit tu untuk membunuh rakyat Libya".

No comments:

Post a Comment