Saturday, June 18, 2011

Spirit

18 Jun 2011  Saya amat tertarik dengan lapuran perkembangan terkini di Libya. Kata-kata Muammar Gadaffi kepada beribu-ribu penyokong2nya yang mengadakan perhimpunan di Tripoli's Green Square  " NATO will be defeated,They will pull out in defeat."  menaikan semangat saya.


Betul ke ni? Mungkin juga la kut, kerana duk dengar cerita Amerika dan NATO pun macam ada krisis kewangan je . Setiausaha Pertahanan Amerika Robert Gates yang dah nak bersara 30 Jun 2011 ni pun dah bagi pendapat dia   "reduced capabilities" was better than "no NATO at all." . Kita tungguuuu  episod selanjut ....hahaha

Bagi anak bungsu saya Are E nampaknya pun bersemangat jugak ......dua minggu lepas pada 6 Jun 2011 dia dah selamat berkhatan. Bukan main seronok lagi dia sekarang , hari2 terkinja2 dengan X BOX  hadiah bersama Mama dan abang2nya 

.




Bagi anak saudara saya Taqi dan Diana yang dah naik pelamin hari Ahad 12 Jun 2011 Pak Anjang ucapkan "Selamat Pengantin Baru, dengan iringan doa 'istana' yang dibina mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah swt "






Saya hanya ingin memetik maksud ayat pertama dari surah An Nisa sebagai memperingati diri sendiri  "Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu".

No comments:

Post a Comment