Sunday, June 5, 2011

Trooping The Colours".

5 Jun 2011   SPB YDP  Agong  Tunku Mizan bertitah  "Sesungguhnya, kekukuhan dan kestabilan sesebuah negara amat bergantung kepada pelbagai institusi yang menjadi tonggak pentadbiran negara tersebut, malah, institusi pentadbiran dan pelaksanaan yang kukuh merupakan antara elemen terpenting dalam menghasilkan sebuah negara maju dan disegani,"

Seronok pula saya apabila berpeluang bersama-sama Tuan Ali menyaksikan  istiadat mengarak panji-panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong semalam 4 Jun 2011.

Tahniah kepada ATM dan rakyat Malaysia yang tidak pernah lupa untuk memperbaharui lafas ikrar taat setia kepada SPB YDP Agong yang kita daulatkan. 

Sebagai kenang-kenangan ......












Bapa saya pernah berpesan " Orang Melayu ada Raja , Orang Melayu juga yang daulatkan Raja . Pantang Tok Nenek kita untuk sembah derhaka kepada Raja"


Saya hanya nak kata " Biar berkecai daging dan tulang , biar darah tumpah membasahi bumi, selagi jasad masih bernyawa ,  sumpah kami,  Raja tetap dibenteng dan di pertahan"

No comments:

Post a Comment