PULAPOL Kuala Lumpur - 2 Oktober 2011. 'Yang jauh kita dekat-dekatkan dan yang dekat kita mesra-mesrakan' ungkapan pepatah yang diucapkan oleh YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Hj. Hanafi, pemangku Pengarah Pengurusan yang mewakili YDH Ketua Polis Negara, ketika berucap di Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar dan Petanque Piala KPN 2011 di Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur malam tadi.
Beliau berharap, kejohanan ini akan dapat merapatkan ukhuwah dan hubungan silaturrahim bagi menjalin hubungan yang kekal abadi, seterusnya membina semangat setia kawan di kalangan warga PDRM.
Kejohanan yang dikelolakan oleh Bukit Aman, bermula pada 30 September 2011 hingga 2 Oktober 2011 ini telah menarik 19 pasukan mengambil bahagian dalam sukan bola tampar dan 15 pasukan pula dalam sukan petanque. Kejohanan bola tampar telah berlangsung di PULAPOL Kuala Lumpur sementara petanque pula berlangsung di Briged Tengah PGA, Cheras.
"Adalah menjadi harapan saya agar kejohanan ini akan dijadikan platform oleh Majlis Sukan PDRM untuk membuat persiapan bagi mencari bakat atau pemain PDRM di kejohanan MAKSAK nanti"
"Tidak mustahil untuk PDRM muncul sebagai juara seandainya pemilihan pemain dibuat dengan tepat dan mengadakan latihan secara bersistematik dan berterusan. Paling utama adalah disiplin diri, sama ada semasa menjalani latihan atau pun ketika pertandingan berlangsung", harapan oleh YDH Ketua Polis Negara.
Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan Bola Tampar dan Petanque Piala KPN 2011.
Turut hadir, YDH Timbalan-Timbalan Pengarah, dif-dif jemputan, Ahli-ahli Majlis Sukan PDRM, Ahli-ahli Jawatankuasa Penganjur, Pengurus-pengurus Pasukan, Pegawai-pegawai Kanan, para jurulatih, para peserta kejohanan dan wakil-wakil media.
Hadirin dihiburkan oleh Quintet PDRM dan persembahan nyanyian daripada wakil-wakil kontinjen.
Keputusan KejohananPetanque Terbuka Wanita
Johan : Kedah
Naib Johan : Negeri Sembilan
Ke 3 : Briged Tengah
Ke 4 : Perak
Petanque Wanita Veteran
Johan : Briged Tengah
Naib Johan : Perak
Ke 3 : Negeri Sembilan
Ke 4 : Bukit Aman
Petanque Terbuka Lelaki
Johan : Bukit Aman
Naib Johan : Pulau Pinang
Ke 3 : Kuala Lumpur
Ke 4 : Selangor
Petanque Veteran Lelaki
Johan : Pulau Pinang
Naib Johan : Briged Tengah
Ke 3 : Bukit Aman
Ke 4 : Selangor
Juara Keseluruhan Petanque Piala KPN 2011Johan : Briged Tengah
Naib Johan : Bukit Aman
Ke 3 : Pulau Pinang
Ke 4 : Negeri Sembilan
Bola Tampar Piala KPN 2011Johan : Sabah
Naib Johan : Pahang
Ke 3 : Selangor
Ke 4 : Bukit Aman
![](http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40819_IMG_6061%20copy.jpg)
Ketibaan YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Hj. Hanafi, pemangku
Pengarah Pengurusan di Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur
![](http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40819_IMG_6064%20copy.jpg)
Majlis di mulakan dengan nyanyian lagu Negaraku
Majlis Makan Malam Kejohanan Bola Tampar dan Petanque
Piala Ketua Polis Negara 2011
![](http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40819_IMG_6108%20copy.jpg)
YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd Rahman menyampaikan Sijil Penyertaan
kepada Pengurus Pasukan
![](http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40819_IMG_6122%20copy.jpg)
Johan Bola Tampar...Kontinjen Sabah
![](http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40819_IMG_6133%20copy.jpg)
Johan Petanque Terbuka Wanita..Kontinjen Kedah
![](http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40819_IMG_6148%20copy.jpg)
Johan Petanque Terbuka Lelaki...Bukit Aman
![](http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40819_IMG_6159%20copy.jpg)
Briged Tengah...Juara Keseluruhan Kejohanan Petanque 2011
![](http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40819_IMG_6164%20copy.jpg)
Ucapan Penutup Kejohanan oleh YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Hj. Hanafi,
Pemangku Pengarah Pengurusan yang mewakili YDH Ketua Polis Negara
![](http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40819_IMG_6169%20copy.jpg)
Johan...Pasukan Bola Tampar Kontinjen Sabah
![](http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40819_IMG_6171%20copy.jpg)
Kontinjen Pahang..Naib Juara Bola Tampar
![](http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40819_IMG_6175%20copy.jpg)
Pasukan Petanque Kontinjen Kedah
![](http://www.rmp.gov.my/filebase/image/40819_IMG_6172%20copy.jpg)
Pasukan Petanque Briged Tengah
Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
No comments:
Post a Comment