22 Okt 2011 Tekak masih perit , hidung masih pedih, badan masih seram sejuk, batuk pun belum hilang lagi manakala bila bercakap suara jadi parau pulak. Apa pun saya masih bersyukur kehadrat Allah swt kerana saya masih bernyawa , boleh bernafas , makan minum dan bergerak kesana kemari dengan penuh keinsafan.
Alhamdulillah , dengan rezki yang ada , pagi ni dapat bawa isteri dan anak-anak menjamu selera kat kedai Mee Udang Batu Cave. Makanannya sedap , ramai pelanggan kat kedai tu. Anak saya Intan yang tak puas makan kat situ , siap minta bungkuskan kari daging untuk bawa balik makan dirumah....hihihi . Karenah anak-anak terpaksa la di ikut jugak, lagi pun bukan selalu bawa mereka makan kat luar.
Hari khamis 20 Okt 2011 anak saya Intan sambut ulang tahun kelahiran . Dah sebelas tahun anak saya nih , perangai pun dah berubah cepat merajuk la pulak....hihihi
Macam biasa saya dan Yatie kenalah belikan kek dan menyediakan sedikit juadah untuk kawan-kawan Intan. Tahun ni Intan meraikan hari lahirnya kat sekolah ugama .....alih angin pulak nih. Tak kisah la kat mana pun janji Intan gembira . Happy Birthday Sayangggg...
Bestnya hari ini 22 Okt 2011 ... Jiran saya Pak Hamid Warisan Canopy buat majlis bercukur rambut cucu sulongnya. Dua ekor kambing jantan special ditumbangkan . Penyerinya cendol dan teh tarik tu yang best dan membuat tetamu melekat kat kerusi termasuk la saya......hihihi
Yang seronoknya bukan main ramai jemputan Pak Hamid , dari pagi sampai kepetang. Macam kenduri kahwin la pulak..
Kata Pak Hamid " Buai ni ditempah khas dari Kelang". Dalam hati saya berkata " Takut Pak Hamid beli terus je buai ni, mana la tau cucunya tak nak turun bila dah naik buai ni". Cucu yang bertuah dapat Tok Wan macam Pak Hamid nih, minta diberi ,tak minta pun dapat jugak....hihihi
Tahniah untuk Pak Hamid dan Besan sekeluarga, Along serta menantu kesayangannya Budin , lebih-lebih lagi kepada cucunya tu.....Kak Siti tentu seronok ya, tengok anak buah naik buai berbunga-bunga....
Akhirnya saya ingin memetik maksud firman Allah swt dari ayat pertama surah An Nisa'...
"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu".
The King, his family and U
1 week ago
No comments:
Post a Comment