Saturday, October 22, 2011

Lifelong goal ....to be great-grandfather....hahaha

22 Okt 2011 Tekak masih perit , hidung masih pedih, badan masih seram sejuk, batuk pun belum hilang lagi manakala bila bercakap suara jadi parau pulak. Apa pun saya masih bersyukur kehadrat Allah swt kerana saya masih bernyawa , boleh bernafas , makan minum dan bergerak kesana kemari dengan penuh keinsafan.

Alhamdulillah , dengan rezki yang ada , pagi ni dapat bawa isteri dan anak-anak menjamu selera kat kedai Mee Udang Batu Cave. Makanannya sedap , ramai pelanggan kat kedai tu. Anak saya Intan yang tak puas makan kat situ , siap minta bungkuskan kari daging untuk bawa balik makan dirumah....hihihi .  Karenah anak-anak terpaksa la di ikut jugak, lagi pun bukan selalu bawa mereka makan kat luar.

Hari khamis 20 Okt 2011 anak saya Intan sambut ulang tahun kelahiran . Dah sebelas tahun anak saya nih , perangai pun dah berubah cepat merajuk la pulak....hihihi

Macam biasa saya dan Yatie kenalah belikan kek dan menyediakan sedikit juadah untuk kawan-kawan Intan.  Tahun ni Intan meraikan hari lahirnya kat sekolah ugama .....alih angin pulak nih. Tak kisah la kat mana pun janji Intan gembira . Happy Birthday Sayangggg...




Bestnya hari ini 22 Okt 2011 ... Jiran saya Pak Hamid Warisan Canopy buat majlis bercukur rambut cucu sulongnya. Dua ekor kambing jantan special ditumbangkan . Penyerinya cendol dan teh tarik tu yang best dan membuat tetamu melekat kat kerusi termasuk la saya......hihihi


Yang seronoknya bukan main ramai jemputan Pak Hamid , dari pagi sampai kepetang. Macam kenduri kahwin la pulak..



Kata Pak Hamid " Buai ni ditempah khas dari Kelang". Dalam hati saya berkata " Takut Pak Hamid beli terus je buai ni, mana la tau cucunya tak nak turun bila dah naik buai ni". Cucu yang bertuah dapat Tok Wan macam Pak Hamid nih, minta diberi ,tak minta pun dapat jugak....hihihi


                                         
Tahniah untuk  Pak Hamid dan Besan sekeluarga, Along serta menantu kesayangannya Budin , lebih-lebih lagi kepada cucunya tu.....Kak Siti tentu seronok ya,  tengok anak buah naik buai berbunga-bunga....

Akhirnya saya ingin memetik maksud firman Allah swt dari ayat pertama surah An Nisa'...


"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu".

Tuesday, October 11, 2011

Promotion


11 Okt 2011  Sangat seronok apabila terbaca E-Siar petang tadi bila terlihat nama sahabat kami Ismail Ahmad @ Mail Besi @ Mail Lok U  tersenarai sebagai salah seorang yang dinaikkan ke pangkat Sub Inspektor.

Kami dah lama bersama kat Kem Komandan dari dia berpangkat sarjan, rasa-rasanya saya dah tahu dia ni dari A sampai Z . Saya selalu buli dia dan kadang-kadang dia tipu saya tapi kami masih Ok.....hahaha

Dari sumbang bakti tenaga , perlaksanaan tugas dan mutu kerja , beliau adalah seorang yang dikategorikan sebagai sangat layak dan wajar dinaikkan kepangkat Sub Inspektor....Tahniah  Cik Mail.

Nak publish gambar2 ni.....dia memang hebat....hehehe





Akhirnya saya hanya nak kata " Dah naik pangkat apa lagi , belanja makan la...hihihi"

Monday, October 10, 2011

Happy Ending's

10 Okt 2011 Alhamdulillah selepas mengharungi perjalanan pergi balik Alor star - Kuala Lumpur dalam jangka masa yang singkat, walaupun letih tetapi kesihatan masih terpelihara. Bagi isteri saya yang banyak berdiri dan berjalan hari ni terpaksa ke klinik Tanglin untuk mendapatkan rawatan kerana sakit lutut dan kaki....hehehe

Tahniah kepada keluarga adik saya Syadah dan Mohd Noor kerana  Majlis sambut menantu/adik ipar  berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Seronok dapat jumpa sanak saudara yang datang dari jauh dan dekat , ada yang dah lama saya tak jumpa.

Masa cuti balik kampong berselisih juga di jalan tapi  cuma nampak bumbung kereta saja ....horn-horn juga tapi depa tak dengar , cermin tutup rapat....hihihi

Nak publish yang ini  ......mungkin ada kawan2 saya macam Ahmad Md Saman dan Aris Bachik berhajat nak ubah lanskap Tg Dawai. Jom kita minta duit dari PM lepas tu kita majukan Tg Dawai jadi macam Hope Island State Park ...... nak gelak sikit ' hahaha hai , macam-macam orang ada dalam dunia ni...kata Tompel.





dan yang ini juga .....Bang tat , Det dan Man Penang jangan dok jeles yaaaa....hehehe

Thursday, October 6, 2011

United In Marriage


6 Oktober 2011  Majlis perkahwinan adik bungsu saya Hidayat dan Munira berlangsung pada 1 Oktober 2011 , sedih juga kerana tak dapat hadir.  Nak buat macam mana dah terikat secara rasmi dengan aktiviti sukan PDRM, dah tak dapat meluangkan masa lagi. Harap jangan kecil hati la no....tengok dua-dua senyum tu kira ok la tu...hihihi

Seperti yang dijanji insyaallah , kenduri sambut menantu pada 8 Oktober 2011 ini kalau tak ada aral melintang kami sekeluarga akan bersama-sama hadir meraikannya.

Tahniah la bro....seronok tengok gambaq hang bersanding cucu Tok Nik Om jadi raja sehari .

Doa kami semuga rumah tangga hang bahagia dan mendapat rahmat Allah swt hingga akhir hayat....

."Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair"





Tuesday, October 4, 2011

La Petanque At RMP




4 Okt 2011 Sebagai pengelola sukan Petanque PDRM ,  saya amat gembira nak publishkan setiap berita mengenai perkembangan petanque .

Berita ini dipetik dari Laman Web Rasmi Polis Diraja Malaysia....Hihihi

Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar dan Petanque Piala KPN 2011
PULAPOL Kuala Lumpur - 2 Oktober 2011. 'Yang jauh kita dekat-dekatkan dan yang dekat kita mesra-mesrakan' ungkapan pepatah yang diucapkan oleh YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Hj. Hanafi, pemangku Pengarah Pengurusan yang mewakili YDH Ketua Polis Negara, ketika berucap di Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar dan Petanque Piala KPN 2011 di Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau berharap, kejohanan ini akan dapat merapatkan ukhuwah dan hubungan silaturrahim bagi menjalin hubungan yang kekal abadi, seterusnya membina semangat setia kawan di kalangan warga PDRM.

Kejohanan yang dikelolakan oleh Bukit Aman, bermula pada 30 September 2011 hingga 2 Oktober 2011 ini telah menarik 19 pasukan mengambil bahagian dalam sukan bola tampar dan 15 pasukan pula dalam sukan petanque. Kejohanan bola tampar telah berlangsung di PULAPOL Kuala Lumpur sementara petanque pula berlangsung di Briged Tengah PGA, Cheras.

"Adalah menjadi harapan saya agar kejohanan ini akan dijadikan platform oleh Majlis Sukan PDRM untuk membuat persiapan bagi mencari bakat atau pemain PDRM di kejohanan MAKSAK nanti"

"Tidak mustahil untuk PDRM  muncul sebagai juara seandainya pemilihan pemain dibuat dengan tepat dan mengadakan latihan secara bersistematik dan berterusan. Paling utama adalah disiplin diri, sama ada semasa menjalani latihan atau pun ketika pertandingan berlangsung", harapan oleh YDH Ketua Polis Negara.

Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan Bola Tampar dan Petanque Piala KPN 2011.

Turut hadir, YDH Timbalan-Timbalan Pengarah, dif-dif jemputan, Ahli-ahli Majlis Sukan PDRM, Ahli-ahli Jawatankuasa Penganjur, Pengurus-pengurus Pasukan, Pegawai-pegawai Kanan, para jurulatih, para peserta kejohanan dan wakil-wakil media.

Hadirin dihiburkan oleh Quintet PDRM dan persembahan nyanyian daripada wakil-wakil kontinjen.

Keputusan KejohananPetanque Terbuka Wanita
Johan        : Kedah
Naib Johan : Negeri Sembilan
Ke 3          : Briged Tengah
Ke 4          : Perak

Petanque Wanita Veteran
Johan        : Briged Tengah
Naib Johan : Perak
Ke 3          : Negeri Sembilan
Ke 4          : Bukit Aman

Petanque Terbuka Lelaki
Johan        : Bukit Aman
Naib Johan : Pulau Pinang
Ke 3          : Kuala Lumpur
Ke 4          : Selangor

Petanque Veteran Lelaki
Johan        : Pulau Pinang
Naib Johan : Briged Tengah
Ke 3          : Bukit Aman
Ke 4          : Selangor

Juara Keseluruhan Petanque Piala KPN 2011Johan        : Briged Tengah
Naib Johan : Bukit Aman
Ke 3          : Pulau Pinang
Ke 4          : Negeri Sembilan


Bola Tampar Piala KPN 2011Johan        : Sabah
Naib Johan : Pahang
Ke 3          : Selangor
Ke 4          : Bukit Aman


Ketibaan YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Hj. Hanafi, pemangku
 Pengarah Pengurusan di Dewan Pengaman, PULAPOL Kuala Lumpur


Majlis di mulakan dengan nyanyian lagu Negaraku


Majlis Makan Malam Kejohanan Bola Tampar dan Petanque
Piala Ketua Polis Negara 2011














YDH SAC Dato' Zaleha binti Abd Rahman menyampaikan Sijil Penyertaan
 kepada Pengurus Pasukan


Johan Bola Tampar...Kontinjen Sabah


Johan Petanque Terbuka Wanita..Kontinjen Kedah


Johan Petanque Terbuka Lelaki...Bukit Aman


Briged Tengah...Juara Keseluruhan Kejohanan Petanque 2011


Ucapan Penutup Kejohanan oleh YDH DCP Dato' Abd. Rahim bin Hj. Hanafi,
Pemangku Pengarah Pengurusan  yang mewakili YDH Ketua Polis Negara


Johan...Pasukan Bola Tampar Kontinjen Sabah


Kontinjen Pahang..Naib Juara Bola Tampar


Pasukan Petanque Kontinjen Kedah


Pasukan Petanque Briged Tengah


Wartawan/Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan

Sunday, October 2, 2011

Petanque IGP Cup 2011 .....Talents Grooming


2 Oktober 2011   Alhamdulillah selepas dua hari berkampung di Gelanggang Petanque Bde Tengah PGA Cheras , maka selesailah kejohanan Petanque KPN Cup 2011.

Meriah! Meriah! Meriah! hanya itu yang dapat digambarkan. Tahun ni seramai 325 peserta dari 16 Kontinjen mengambil bahagian. Terima kasih tak terhingga kepada Majlis Sukan PDRM dan Komander Bde Tengah PGA YDH SAC Mohd Rodhi Ismail yang telah memberikan sokongan padu kepada Kontinjen Bukit Aman yang bertindak sebagai Pengelola kejohanan .

Jam 8.45 pm malam tadi (1 Okt 2011)  Kontinjen Bukit Aman meraikan kemenangan berpasukan lelaki mengalahkan pesaing hebat Kontinjen Pulau Pinang. Sebelum itu Pasukan Kedah telah menggemakan gelanggang dengan sorakan kemenangan apabila berjaya menundukan pasukan N. Sembilan dalam saingan berpasukan Wanita.

Pasukan Pulau Pinang pun rasanya tidak kecewa sangat kerana berjaya menjadi Johan dalam Veteran (Triple) Lelaki mengalahkan Trio Bde Tengah .

Pasukan Bde Tengah yang hebat dengan mempunyai 32 gelanggang pula berjaya mengungguli kategori Veteran Wanita apabila Trio mereka berjaya menjinakan Trio Perak untuk dinobat sebagai Johan Veteran Wanita.

Nampaknya tahun ni semua pasukan yang mengambil bahagian akan membawa pulang hadiah masing-masing . Semua kena datang ke Dewan Pengaman Pulapol Kl untuk jamuan makan malam dan majlis penyampaian hadiah sempena penutup kejohanan Bola Tampar Dan Petanque Piala KPN 2011....Best gitu! Hihihi

Kepada yang tak sempat bersama kami nah klik saja disini Urusetia kami ,  Meriahnya Petanque (1st day) Ceria Petanque (1st day ),  Haiyuk-Haiyuk... (1st day)ISA guna kuasa (2nd Day) , Cuba teka siapa dia?Tiada beza antara kami (2nd day)    untuk menilai dan mentafsir nilai persahabatan dan keakraban petanque....

Jurulatih Kl Sjn Rasit kata " Tuan ni mulut celupar betul la awal dah letak siapa kalah siapa dan siapa jadi juara , Kl dah kalah kepada Pulau Pinang ...hehehe".

Saya hanya kata "Hang  Shid baca kekuatan atas kertas , saya baca kekuatan dalam hati dan perasaan...hihihi"

Nak tambah sikit lagi " Kepada Kpl Mat Zin jurulatih N. Sembilan jangan sedih sangat la pasal silap perhitungan tu....lain kali kita lawan lagi . Lagi pun ISA dah mansuh ....hihihi".

Nak publish yang ini ....Cantik!!.....hihihi


 Kata Tn Hj Tahir Imam Masjid Bukit Aman " Nak menegakkan syiar islam ni bukan  setakat duk masjid saja. Kita kena la turun padang sama , sampai waktu sama-sama tunaikan tanggung jawab kepada Allah SWT."  Kata saya " Setuju sangat Tn Hj "

                                                        Masa untuk minum.......kita minum dulu 


Anggun.....

Bukan senang nak posing dengan gadis-gadis cun nih...hihihi