Terasa kecewa sangat tak dapat ke Kuala Kangsar pada 22 Jan 2012 untuk majlis perkahwinan Farid dan Shela, tersangkut dalam kesesakan jalan dari Sg Buloh ke Rawang. Akhirnya dengan berat hati terpaksa ambil keputusan berpatah balik ke Kuala Lumpur.....kesian kat anak-anak dan cucu-cucu.
Apa pun, syukur alhamdulillah kerana dengan izin Allah swt dipermudahkan pula perjalanan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Lubuk Merbau, Kedah pada 24 Jan 2012. Tertunai la juga janji dengan Farid untuk menjengah majlis hari bahagianya.....Seronok dapat jumpa Mak , adik beradik , anak2 buah dan kaum keluarga yang sama-sama hadir di majlis yang penuh gilang gemilang tu....tahniah untuk Kak Cik Kiah dan Bang Lah dapat menantu pertama...orangnya lawa senyum pula manis mcm gula.
Gambar yang sempat saya ambil masa majlis tu dah di uploud ke FB .....Kenduri Farid & Shela
Nak juga publish sekeping dua gambar aksi menarik semasa majlis berlangsung....... hehehe
Lelaki kacak disamping wanita anggun..
Bersama kakak dan adik-adik...
Peminat pelamin nih...
Diiring gendang dan serunai Pattani
Menjamah makanan bersama abang dan anak..
Silat Pattani
Sebaya depa ni , baju putih tu bila lagi????
No comments:
Post a Comment