Malam semalam Sm Mail terpaksa mendapatkan rawatan, maklumlah "gaut" dah mula menyerang. Kata Sm Mail kepada Tuan Ali masa mereka makan tengahari tadi " Saya dah cucuk semalam " . Kerana seronok dah "cucuk" Sm Mail bantai lagi satu mangkuk besar sup tulang kambing dengan berselera sekali . Sebaik sahaja sup habis dimakan saya pun beritahulah " Sup yang dimakan Cik Mail tu sebenarnya guna air paip saja ".
Tuan Ali pula pecah cerita " Masa kat kampong dulu kalau ada kenduri kami buat sup tulang, lepas makan , sisa tulang tu masuk balik dalam periuk tambah air, lepas tu orang lain pulak sambung makan". Sm Mail yang dah bercelaru fikirannya mula menggelabah , semua orang nak dibelasahnya. Tak patut betul Tuan Ali buat cerita macam tu , nampaknya lepas ni kami dah tak boleh la lagi makan makanan yang disediakan oleh Sm Mail . Dia dah dendam la .......
Menariknya menceritakan keseronokkan "raya sakan" oleh rakan-rakan pejabat , saya teringat kat Kak Ros . Masing-masing Staf masih sibuk duk rancang nak buat rumah terbuka dan jamuan raya tapi Kak Ros dah lebih "Advance". Rupa-rupanya Kak Ros dah pun buat persiapan untuk sambutan hari raya lain pula . Kesempatan rehat panjang hari jumaat digunakan oleh Kak Ros untuk shooping "baju raya" . Katanya kepada Kak Normah " Ros dah siap beli baju untuk sambut hari raya haji pulak" . Dalam hati saya berkata " Betul la apa yang Tuan Ali cakap hari tu .....".
Kali ni saya cuma nak flash back gembiranya Kak Ros dengan sahabatnya yang baru bercuti panjang, mereka berdua minum air cawan besar kat pejabat. Saya nak bagi tau Sm Mail " Air yang diminum oleh Kak Ros dan Harida tu pun air paip juga la bang,,,".

Hai, meriah nampak. Minum apa tu? Kopi kapal api ka? Jaga2 takut melayang ke bulan nanti atau kopi ginseng jin hijau....
ReplyDelete