7 Okt 2009 Hari ni ada perhimpunan bulanan Jabatan-Jabatan PDRM peringkat Bukit Aman. Tuan Ali dengan Sm Mail macam biasa la akan kehulu kehilir kat tengah arena . Bukan tunjuk sibuk tapi dah jadi tanggungjawab nak pastikan majlis berjalan lancar. Dalam erti kata lain nak elak panas cuping telinga la..
Bagi saya tak kisah sangat bila adanya Sm Mail berlegar-legar kat arena tu. Macam selalu la , benda-benda yang orang tak boleh settle serah aja pada “panglima” ni, pasti beres punya. Moyang saya dulu pesan “ Kalau buat kerja nak bagi elok, buat la umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak ”, Tapi bagi panglima ni falsafah dia pula “ Tak boleh cara lembut , buat cara kasar , janji beres”.
Sebab tu la agaknya saya dengar cerita ada seorang pegawai kanan tu kata “ Orang lain saya tak takut , yang saya takut kat Sm Mail yang pakai PTT tu”. Dalam hati saya berdetik juga “apa ke hal nya “Saka” Sm tu dah buat”. Risik punya risik saya dapat cerita yang pegawai tu dah diajar oleh “Saka” Sm Mail supaya jangan letak motosikal ditempat larangan . Cerita lanjutnya saya dengar pegawai kanan tu terpaksa mengupah orang mengambil motosikalnya yang “ terjatuh” dalam gaung. Dahsat betul la kerja “saka” tu.
Syarif Lobo dan Fazli pun takut juga kat “saka” tu , yang saya tau tak takut cuma Kak Normah dengan Sakila sahaja. Keberanian luar biasa mereka tu bukan setakat bagi “Saka” tu makan sup tulang kambing dicampur air, malahan ditambah perisa “pencuci pinggan mangkuk” lagi.
Tapi malangnya saya yang tak tahu ujung pangkal cerita pula yang dikata kan menjadi dalangnya. Saya nak buat pengakuan la kepada sahabat saya “ Saya orang pertama makan sup tu, rasanya memang sedap cuma tak dibubuh daun sup aja. Daging kambing tu memang keras sikit, yang pentingnya saya tak naya sahabat saya, kiranya cerita “dalang” tu palsu la. Agak saya la yang tau siapa dalangnya kita kena siasat dengan Mary dan Kak Ros “.
Nampaknya bos kita Tuan Ali tak boleh ambil lepas tangan dalam hal ni. Kalau dia tak buat cerita pasai “ sup kenduri kampong “ tu, tak la cerita ni berpanjangan.

Apa kena mengena dengan cerita yang dah lebih 30 tahun berlalu tu? Tak relevan langsung...
ReplyDelete