Monday, October 12, 2009

SHR 1430 - Kem Kom
















10 Okt 09 @ 21 Syawal 1430 Jam 2000 Warga Kem Komandan berkumpul di Mes Pegawai Kanan Polis Bukit Aman . Tujuan nya tak lain tak bukan untuk bersama-sama meraikan kehangatan Sambutan Aidil Fitri . Perkiraan saya rupanya dah dua puloh satu hari kita berada dibulan syawal 1430 ni. Mana nak rasa cerpatnya masa berlalu , tiap-tiap hari asyik makan free saja.

Semalam lepas solat jumaat makan hingga pecah perut kat rumah Kpl Asni , tapi saya dilarang keras oleh Tuan Ali daripada merakamkan gambar ketika dia sedang makan dimajlis tersebut . Malu la agaknya tu… Tak apa la, malam ni saya akan rakam gambar dia banyak2.

Sambutan aidil fitri cawangan Kem Komandan tahun ni, dipelupori oleh OCS Tuan Hj Tahir dengan sokongan dari semua ketua unit berasaskan garis panduan baru yang ditetapkan oleh Tuan Ali. Saya rasa pasti la hebat kerana melibatkan semua unit dalam kem komandan. Lebih ½ ribu pegawai ,anggota dan kakitangan awam yang terlibat.

Program majlis ni pula dibuat ala kenduri kampong , semua unit sumbang dana beli bahan-bahan mentah dan masakan dibuat secara gotong royong . Kalau tak salah saya Chef nya ialah Ketua Unit Letrik En Musa Syarif dibantu oleh Sjn Napisah dari Unit Perumahan. Yang membantu pun ramai juga dan dengar ceritanya mereka sibuk kat masjid tu dari pagi sampai petang

Ada juga orang persaorangan yang hulur sumbangan umpamanya Ketua Unit Bekalan SI Ismail Md Zin bagi sumbangan 2000 cucuk satey yang dibakar sendiri, Cawangan transport sponsor 10 hamper, sahabat saya Encik Karim pun sponsor hamper jugak. Dengar cerita Tuan Ali pun sponsor hebat juga untuk menjayakan majlis ni. Hanya Allah yang dapat membalas sumbangan ikhlas tuan-tuan tu.

Pengamatan saya malam tu dari bahagian pentadbiran yang tak hadir hanya Kak Ros dan Aminah yang masih bercuti diSerawak. Kak Ros pulak bagi tau saya tak dapat ruang kerana pada waktu yang sama ada majlis serupa di Taman perumahan nya yang dia tak boleh tak hadir kerana suaminya ketua blok tempat majlis tu. Isteri saya pun tak dapat hadir kerana tidak sihat. Kepada mereka yang tak dapat hadir tu jangan sedih kerana tahun depan jika panjang umor kita boleh lah hadir .

Tuan Ali naik turun pentas beberapa kali sumbang suara termasuk berduet bersama X cc Kem Kom Puan Aziah. Tiga SI orang kuat Kem Kom pun turut berpadu suara menghiburkan hadirin. Syakila menjadi penutup majlis dengan lagu Semakin hari semakin sayang yang sungguh merdu, macam suara Uji Rashid la.

Mulanya saya tengok salah seorang SI tu jadi juru acara saja tapi entah macam mana ada satu Sm tu dah ambil alih control mic dari mula sampai habis, SI dah tak ada kerja terpaksa la dia ikut-ikut orang naik pentas menyanyi dan menari saja… Sabar aja la SI , Sm tu memang suka glamoooooooooooor.

Kepada yang tak berpeluang berada dimajlis yang meriah tu ,untuk tatapan saya publishkan gambar-gambar semasa majlis berlangsung.

1 comment:

  1. Salam para sahabat,

    Saya seronok jugak tengok gelagat Sm yang suka glamoor tu. Nak kata koboi tua ni bukan Mexico tapi tengok macam pelancong dari Hongkong saja. Tapi Sm tu tak ada baju lain ka, baju yang dia pakai malam tu, macam dah biasa tengok kat batu muda hari tu la.

    ReplyDelete